My Water Moments

Backpacker SD Wednesday, June 9, 2010



Dalam bahasa inggeris dia kata "MY WATER MOMENTS" dalam bahasa melayunya dia kata "SAAT SAAT SAYA BERSAMA AIR" tapi korang tau tak kalau cik Google SD kata apa....hehehhehehhe....sangat kelakar cik Google SD ni. Pandai jugak cik Google SD ni melawak.

Entri kali ni SD nak buat pasal gambar-gambar SD tenggelam dalam air. Sikit punya tenggelam. SD belajar berenang tapi yang sakitnyer, dah sepuluh dah cekgu mengajar SD berenang ni. Bernafas hidung keluar mulut, bernafas mulut keluar mulut, hayun-hayun tangan la, kayuh basikal la, lentik menggedik la, dah habes dah segala cara ni. Tak reti-reti jugak nak berenang ni. Geram sangat tak boleh-boleh nak berenang ni, ha'h nah amek ko SD buat akrobatik dalam air. Boleh pulak. Jadi pulak tu, meliuk-liuk kaki menari.huhuhuhu.....Saksikan gambar SD berakrobatik.

Kalau ada Sony TX5 mesti nampak camne gaya SD tahan nafas kat bawah tu. Mesti muka yang tak pernah wujud dapat snap punya. Kuasa Sony TX5 akan menghukummu (gaya sailormoon)

Kesian SD lemas sebab nak tengok kaki orang dalam air. Kalau la ada SONY TX5 takyah nak celup celup kepala dalam air.

Ni tinggal kaki jer sebab dah kena potong badannya. Tak caya!!!!!! Lantaklah. Nak tunjuk tapi masa ni tak ada SONY TX5 jadi tak boleh nak tunjuk bukti kitaorang betul betul potong dia.

Cubaan pertama untuk membuat aksi akrobatik nampaknya membuatkan SD tenggelam lemas dan hilang sedikit kewarasan. Setelah mendengar jeritan "Tolong!!!! Tolong!!!!" ada gak insan marin datang tolong waraskan SD.huhuhuhu~~~~~~


Kat sini pulak, kalaulah ada SONY TX5 mesti dapat amek gambar kaki-kaki penyorak ni menari-nari ala ballet. Sayang kuasa sailormoon SONY TX5 tak ada nak menolong.

Walaupun SD gagal membuat aksi akrobatik pada cobaan pertama. Namun SD tetap mendapat sokongan padu dari pasukan sorak SD. Mahal dibayar, maunyer diorang x bersorak. Kat atas tu aksi diorang beri semangat kat SD untuk terus berakrobatik. Demi tak mengecewakan penyorak-penyorak, SD buat cobaan yang kedua.

Cobaan kedua SD menjadi jugak. Hasilnya tengoklah, SD buat aksi akrobatik duyung baru mendarat di tepi pantai.HAHAHAHAHHAHA....sangat susah yer nak buat aksi ni. SD siap ajak kawan lain turut serta dalam akrobatik ni yang diberi nama "AKROBATIK DUYUNG MENDARAT"


Nampaknya, tak disangka-sangka rupanya ada penonton yang melihat dari jauh. Memang bertambah semangat la SD untuk buat aksi akrobatik. Sangat memberangsangkan hasilnya selepas dapat sokongan penonton. Akrobatik yang susah nak dibuat. Puas kot SD paksa sorang-sorang buat aksi akrobatik. Kertas proposal dah buat, surat dah lulus, cop dah dapat, penaja dah cari dan akhirnya saksikan akrobatik terhebat.Yeahhhhhhhhh!!!!!!!!


Amacam layan tak aksi akrobatik yang SD buat. Layan kan.huhuhuhu~~~~~SD setakat planner jer. Jerit-jerit kat bawah tu bagi arahan.

Sebagai melengkapi kontest ni, dia kata sila bagitau serba serbi pasal SONY TX5. Kat bawah ni dinyatakan semua pasal SONY TX5.~~~

1. Auto Focusing - yang ni kelebihan dia membuatkan gambar lebih semulajadi dan lawa.

2.Handle Twilight Mode - yang ni fungsi dia, lawakan gambar yang kita amek waktu maghrib2 tu. Gambar lagi terang kalau guna mode ni. Takde la sume nak gelap jer.

3. Water-Temperature-Dust-Shock Proof - Kat sini digabungkan 4 sekali. Dengan teknologi canggih manggih kat kamera ni kita boleh tangkap gambar dalam air, kat tempat sejuk (salji la konon2 dapat g kan) (suhu sampai -10 darjah celcius tau dia still boleh guna) ,susah masuk habuk lagi satu (pasni nak pergi arab takyah nak balut-balut kamera) dan jugak akhir skali tahan hentakan. Pasni kalau jatuh takde la nak risau-risau dah.

4. effortless panaromic picture - dengan adanya mode ni korang boleh gerakkan kamera korang ke kiri ke kanan ke hadapan ke belakang (baca dengan rentak k). Dia akan rakam gambar-gambar masa kita gerak-gerak tadi dan gabungkan dalam satu 'frame'. Biasanya untuk panorama la. Tak pun untuk amek gambar kelas kalau panjang sangat barisannya.

5. Anti motion blur - macam x biasakan amek gambar 'blur blur'. Asal ada jer mode ni konfem gambar okay kan. Tangan sapa amek gambar tak bergetar. Meh cerita kat sini. Nak bagi award sket.

6. 10 frame in 1 second - mode ni nak cerita pasal amek gambar masa objek tengah bergerak. contoh gambar anak korang (anak????? errrmmmmm.....) main bola. dia akan tangkap 10 kali dalam sesaat dan dia pilih gambar yg terbaik untuk disimpan. Bagus gak, pasni takda la gambar-gambar hantu melintas depan kita.huhuhuhu~~~~~Statik gitu gambar kita amek.

Entri ni macam pelik sebab tetiba jer SD buat entri pasal SD main air. Tak disangka-sangka rupanya SD pandai bercerita menggunakan gambar. Bersempena dengan kontest nak menang kamera mahal berjenama SONY TX5. SD buat entri mencuba naseb. Bagus betul kontest-kontest ni. SD baru je habes idea nak buat entri cakap pasal apa. Trimas yer Nuffnang dan juga Sony bagi idea.

Alhamdulillah habes gak entri kali ni...........

0 Beg Deuter Untuk SD