KORANG BOLEH SURVIVE KER?

Backpacker SD Thursday, August 26, 2010


Salam Ramadhan diucapkan buat semua. Sekarang kita dah sampai ke bulan pertengahan Ramadhan iaitu waktu keampunan, awalnya rahmat akhirnya pembebasan dari Neraka. (SD BaRU TAHU HADIS TENTANG BULAN RAMADHAN YANG INI TAK BENAR---BACA SINI) SD sedikit sebanyak juga menggunakan bulan ramadhan ini sebaik mungkin. Korang???? Ada baeknya korang juga gunakan bulan ini sebaeknya, kalau malas sangat nak sembahyang terawih, malas nak baca al-quran, korang boleh gunakan Ramadhan ni dengan kurangkan mencarut, kurangkan tengok apa yang bukan hak untuk korang lihat, kurangkan berkata melalut-lalut dan juga kurangkan memdedahkan apa yang bukan hak korang untuk dedahkan.


SD bukanlah baek sangat tapi SD cuba untuk menjadi yang terbaik. Itu lebih bagus dari hanya menjeling dan mengata orang yang cuba nak menjadi baek. Terasa???? Normal la manusia terasa tapi jangan simpan lama-lama dalam hati nanti makan diri. Membenci orang itu memenatkan tau daripada saling menyayangi, bukanlah maksudnya kena kawan baik, jalan pegang tangan, makan sama-sama atau yang seantero dengannya. Cukuplah tidak membenci kerana membenci itu memenatkan.

Dulu SD selalu dibuli dari segi psikologi dan buli psikologi ni kesan dia lebih mendalam dan lama sebab kita bermain dengan perasaan dan jiwa kita. Pernah juga membenci insan yang membuli itu tapi lama-kelamaan pengalaman hidup mengatakan membenci itu amat memenatkan. Sekarang SD tidak lagi membenci insan-insan yang pernah membuli SD dulu kerana begini lebih baik. Memang benar membenci itu memenatkan, jadi baiklah korang-korang semua buang perangai itu. Jadikan sifat kamu ketika keluar dari Ramadhan adalah lebih baik dari ketika kamu mendatangi Ramadhan. jadi, jom berubah.


Lagi satu nak kata tentang berterus terang dalam apa jua keadaan. Itu lebih baek dari kita menyimpan dalam hati yang lama-lama akan parah dan membengkak. Ingat tau, kawan yang paling baik dengan kita mungkin akan jadi musuh paling ketat dalam hidup kita kerana sifat terus terang ni la. Berkawan baek tapi simpan dalam hati sebab nak jaga hati kawan katanya, nak jadi cerita kawan dia tersilap haribulan buat perangai bukan-bukan. Bila dia dah tak tahan dia mula la keluarkan semua luahan hati dia yang dia simpan sejak berkurun dulu. Akhirnya, kawan yang baek satu masa dulu kini musuh yang saling membenci. Katanya diri dikhianati, banyak berkorban demi kawan dia tapi tak dihargai, padahal dia pun tak sedar yang silap dia sebab memendam.

Kadang-kadang SD mendapat teguran sebab terlalu berterus terang. Memang betul la berterus terang ni sangat menyakitkan hati orang yang kena tu tapi lebih menyakitkan hati orang yang kena tu kalau-kalau dia tahu perkara yang sebenar dari orang lain. betul tak?? Tak payah la nak nafikan, ya kan je la. Lagipun memang sifat manusia tak boleh terima kelemahan dia bila diperkatakan tapi bila dia balik bilik, duduk sorang-sorang renung semula, dia akan sedar dan mengaku kesilapan dia. Kalau dia ada perasaan baek lebih sikit dalam diri tu, mungkin dia kan minta maaf. Kalau tak pun dia akan berubah.


SEMUA MANUSIA BERUBAH

2 Beg Deuter Untuk SD
  1. Anonymous Said,

    yang baik kita puji..yg hodoh kita tak keji

    Posted on September 2, 2010 at 6:05 AM

     
  2. SD Said,

    fndrocka, mendalam meksud ko......jap nak maek kamus nak fahami...hehehhehehe~~~~

    Posted on September 2, 2010 at 9:31 AM