2010 VMA Red Carpet Arrivals

Backpacker SD Thursday, September 16, 2010

Ni style paling latest yang SD ikut
Serius memang tak paham dengan budak-budak hollywood kat sana tu. Apa diorang dah ketandusan idea ker nak mereka pakaian atau diorang memang berfikiran dalam kotak diorang jer. Kenapa la nak pakai benda-benda alah semua tu. Tali sana, tali sini, senget sini senget sana, dah macam gaya orang zaman purba pun ada SD tengok. Mengikut pemerhatian SD la kan, diorang punya fesyen tu lebih kepada kualiti kain yang digunakan dan guna betapa susahnya nak bentukkan baju tu. Lagi susah nak bentukkan baju tu atau lipat2kan baju-baju tu lagi mahal la harganya. Kalau tengok 'Runaway Project' senang2 je diorang klip-klip pastu jahit pakai tangan. Lipat sana sini, 'then' kalau longgar tarik sikit klip pastu jahit guna tangan. Ala sembat macam kita belajar masa tingkatan tiga je pun.


SD perasan la kan, part yang susah masa nak cantumkan lengan dengan baju. Diorang tak pakai kain okay, tak macam kita yang berkain panjang (yang pakai skirt jangan nak perasan) Kadang-kadang lengan pun tak ada. Haish!!!! SD tak harap langsung yang fesyen-fesyen kat Malaysia ni jadi advance macam tu. Harap-harap fesyen kita masih lagi bersifat ketimuran. Eh!!!! siapa tahu yang pelakon lelaki yang 'tough' dalam cerita Tari Tirana tu sebenarnya model antarabangsa. SD ada buka satu blog ni tunjuk gambar dia dengan company apa entah. Dah nama punpun antarabangsa kan, pakai 'spender' amek gambar itu biasa. Bogel tak lagi rasanya, paling advance pakai 'spender' je rasanya. Sapa-sapa nak tengok pi la cari blog tu, tak ingat la SD baca kat mana. Kalau tak silap blog gosip-gosip pasal artis rasanya.


Korang tengok-tengok la gambar kat bawah ni dan kalau boleh tak perlu la nak ikut sebab sangat pelik la diorang punya stail. Secara keseluruhan wanita-wanita barat sana suka stail "ORANG ZAMAN BATU" dan lelaki barat sana suka stail "BERLAPIS-LAPIS".

(kredit gambar-gambar disini)


YANG LAKI-LAKI











GAYA YANG PEREMPUAN



















0 Beg Deuter Untuk SD