BERITA SOSILAWATI DIIKUTI BERITA SOSILASEADEAD

Backpacker SD Tuesday, September 14, 2010






Hari ini dalam sejarah yang memang SD tak sangka-sangka dan tak duga. Semua yang terjadi memang seperti yang dirancang dan berita kematian Sosilawati rupanya di ikuti oleh berita Sosilaseadead. Bila pikir-pikir semula semua ni memang nak jadi jugak. SD ni tak pernah nak keluarkan duit banyak-banyak dan tak pernah nak letak duit kat satu tempat. Kalau ada duit tu bersepah-sepah letak dan merata-rata tapi kali ni memang tak terniat nak letak duit-duit yang agak kebanyakkan tu bersepah-sepah.


Seperti biasa SD akan letak dompet dan barang-barang yang lain atas meja untuk ke bilik air. Malas nak letak kat dalam beg sebab baru balik dari beraya. Mungkin ada yang datang ke rumah beraya dan perhatikan dompet SD diletakkan atas meja lalu didatangnya pada waktu malam untuk mengambilnya. Memang SD tahu yang mengambilnya hanya orang-orang terdekat (jiran-jiran yang datang beraya) sebab dia tahu-tahu saja tempat SD letak dompet dan tahu-tahu saja masuk ikut pintu depan.


Malam tadi dompet SD telah dicuri oleh seorang insan yang bernama jiran dan SD tahu siapa cuma tiada bukti yang konkrit tapi hanya bukti logik sahaja. SD harap dia pulangkan semula semua barang-barang SD. (angan dalam mimpi---bayangkan betapa susahnya nak berangan dalam mimpi) Kad pengenalan dalam dompet tu baru saja berusia seminggu. Baru saja tukar kad pengenalan sebelum raya, dah hilang selepas raya. Sekarang masih menggunakan kad pengenalan kertas lagi.


Nasehat SD untuk sesiapa yang tak terkena lagi tu, duit kalau boleh letakkan hanya RM50 ++ je dalam dompet. SD pun tak pernah letak duit banyak-banyak dalam dompet cuma kali ni entah kenapa diletak juga duit banyak-banyak dalam dompet. Lagi nasehat SD salin la nombor-nombor kawan dalam laptop agar-agar kalau hilang telefon bimbit tak perlu tercari-cari nombor penting. Lagi sila tukar kata kunci bank kad korang-korang ke satu nombor yang asing yang tak pernah kena mengena dengan korang. Macam reka satu nombor ---865432----- dan guna nombor sama untuk semua bank kad. Hafal je nombor ni dan jangan tulis.

0 Beg Deuter Untuk SD