TADI TERBACA LA PASAL.....

Backpacker SD Thursday, September 23, 2010




Tadi sambil-sambil tunggu maghrib SD berjalan-jalan secara maya di dunia tanpa sempadan ni dan TADI TERBACA LA PASAL perlu ke perempuan pandai masak. Terdetik dan terpikat dan tersentuh dan terpikir dan semua TER yang boleh digunakan (tapi bukan Ter anak pak cik Termizi---Ter jangan marah yer) dalam hati SD. Ehhhhh!!!! Betul la perempuan kena pandai masak, kalau tak nanti suami tak suka balik rumah sebab lauk bini masak tak sedap. Makan kat luar lagi best dengan kawan-kawan.


Makan kat luar ni satu je kelemahan dia, kita mudah bosan sebab lauk tak dimakan panas-panas @ 'on the spot'. Kitaorang duk kat UTM ni dah serata UTM dah 'explore' sebab nak cari lauk lain pulak. Dah bosan katanya tapi walau apa-apa pun kami bersyukur kerana ada rezeki cuma mencari yang lebih baek.


Bagi SD isteri perlu reti masak untuk pikat hati suami dan suami perlu reti memberi kejutan-kejutan kepada isteri supaya isteri rasa seronok selalu. Kalau cik jay cakap kalau isteri kena pandai masak suami kena pandai jadi imam. Kalau SD pulak isteri kena pandai masak dan suami kena pandai bagi kejutan. Dua-dua ni sebab nak ikat hati masing-masing. Suami pulak jangan bagi kejutan bawa bini nombor dua balik rumah isteri. Itu bukan pikat hati isteri tapi nak kena ikat.




Kalau dulu nak masak pun susah, orang sekarang dah senang masak tapi malas pulak




Apa-apa pun, citarasa SD terhadap seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri perempuan tu mesti la pandai memasak dan baik orangnya serta elok wajahnya (tak semestinya cantik). SD sangat suka memasak dan bila balik je kat rumah SD mesti tolong mak SD masak sebab SD suka makan. Kalau cakap pasal makan memang SD suka, kalau makan kat kedai tak sedap mula la 'bad mood' datang dah macam perempuan period pun ada.


Ish...Ish...Ish....!!!!! tapi yang penting nak cakap kat sini perempuan kena pandai masak. Tak kerja pun tak apa tak terpelajar pun tak apa tapi kena pandai masak. Kalau suami lagi hebat dari isteri bab memasak ni SD rasa dah macam satu perkara yang tak best (takda la sampai hina bila isteri kureng dari suami) tapi boleh la kata dah macam tak best. Apa-apa hal pun banyak kot masakan melayu yang senang dan mudah untuk dimasak. Belajar-belajar la memasak yer kawan-kawan, yang laki pun boleh guna ilmu memasak bila duk bujang dan bekerja nanti.

8 Beg Deuter Untuk SD
  1. dulu sebelum kawin memang kurang reti masak but now alhamdulillah, bolehlah masak utk 5 orang makan

    Posted on September 23, 2010 at 10:30 PM

     
  2. SD Said,

    sama la ngan akak SD yang kawen tu....dah kawen baru blaja betul2 masak tapi kan husband dia lagi hebat memasak.....huhuhu~~~macam klaka plak bila kitaorg dtg dari jauh husband dia masak, ye la kan orang jauh dtg masak kena yg pelik2 sikit.....

    Posted on September 23, 2010 at 11:03 PM

     
  3. Sir Marcello Said,

    semua orang boleh memasak..but nak masak dengan pelbagai jenis masakan mmg susah kalo tak belajar...

    Posted on September 24, 2010 at 10:09 AM

     
  4. SD Said,

    Sir Marcello : serius dowh...aku walau hari2 duk masak (masak smbil blaja) still tak ingat bahan2 dia.....kena tny org @ baca dulu utk bahan2....banyak mana nak letak tu aku reti...letak secukup rasa....hehehhehehe~~~

    Posted on September 24, 2010 at 12:17 PM

     
  5. ko pandai masak. aku pandai makan. haha

    Posted on September 24, 2010 at 12:52 PM

     
  6. SD Said,

    Zam : hahahahhahaha.......sangat vouge ayat ko...memang first klas la ko......

    Posted on September 24, 2010 at 1:59 PM

     
  7. Unknown Said,

    insyaallah sorg pompuan 2 leh je masak..tp antara malas ngan rajin ke dapur je..xtaula kalo de gak xkenal bawang ngan halia..hehe

    Posted on September 27, 2010 at 4:08 PM

     
  8. SD Said,

    Ct Soleha : kan....kan....tapi kalau yang belajar memasak dari rumah (mak tunjuk ajar) masakan2 diorang semua best2....Klu dpt rumate yg camtu mmg tak jemu mkn....tapi nak tunggu laki reti camtu susah sket, even SD pun tak berapa nak reti...hehehehe~~~

    Posted on September 27, 2010 at 4:35 PM