FEEL THE COLD

Backpacker SD Saturday, November 27, 2010




Kitaorang dah pun dapat rasa kesejukan Bario walaupun tak sampai ke Bario lagi. Masa nak pergi sana memang sangat kelam-kabut dan bermacam-macam ragam sebab semua gila teruja bila tahu yang diorang nak pergi Bario.

Bangga bertambah bertuah, itu apa yang kitaorang rasa bila dapat peluang ini. Sampai saja Bario kitaorang lagi la dapat rasa kesejukan perkampungan Bario tu ditambah dengan suasana kampung yang memang jarang dapat kitaorang jumpa. Dengan sawah padi, suhu yang sejuk, tak ada moto atau kereta yang bising memekak dan berada di tanah tinggi. Itu yang seronok bila pergi ke Bario.



Kitaorang naik Twin Otter dari Miri ke Bario. Twin Otter tu macam van kecil yang boleh terbang. Orang yang paling bertuah saya la sebab dapat duduk kerusi dibelakang kerusi pilot. Segala radar, bacaan ketinggian gunung, segala bagai butang, penekan minyak dan semuanya la. Lepas tengok cara pilot tu bawa Twin Otter baru la saya tahu yang bawa kapal terbang ni susah bila nak naik dan mendarat je. Bila dah terbang semua senang je sebab kat atas sana takda pokok, takda simpang, takda sungai yang ada awan je.


Tujuan asal kitaorang pergi Bario adalah untuk mendekati anak-anak Bario yang terdiri daripada pelbagai kaum. Nama diorang semua unik-unik dan susah nak ingat. Kadang-kadang tu bila tanya nama diorang jawab tapi kita balas Haa!!! Sedap nama awak. Padahal tak tahu dia sebut apa. Masa tu memang gelak la kan sebab buat-buat faham.


Kitaorang juga bermesra dengan masyarakat setempat di Bario. Dengan sedikit ilmu yang ada kitaorang mengajar diorang semua tentang pembuatan baja organik. Diorang mengadu pada kitaorang yang hasil padi tak ada lebihan untuk dijual ke luar, serangan serangga perosak dan macam-macam lagi la. Jadi mungkin ini satu titik permulaan yang bagus bagi meningkatkan hasil pertanian diorang dan yang paling penting baja yang kami ajarkan adalah baja organik. SELAMATKAN DUNIA KITA


Orang memberi kita merasa, kita bagi orang satu benda dan orang bagi kita satu benda atau mungkin banyak benda. Itu yang kitaorang dapat kat sana. Kitaorang belajar cara buat ikan bilis tumbuk versi Bario. Sangat sedap walaupun ikan bilis tu tak dimasak dan sangat senang nak dibuat. Apa-apa pun masakan diorang sangat sedap. Owh!!! Ni nak bagitau, diorang masak guna garam bukit tau. Sangat susah nak buat garam bukit tu dan sangat jauh tempat buat garam tu.


Banyak benda yang kitaorang buat masa kat Bario. Yang penat ada, yang tak penat ada, yang menyeramkan ada, yang menyeronokkan ada senang kata semua la ada. Kat bawah ni ada gambar-gambar kitaorang sepanjang aktiviti kat sana.


Kami pergi ke ladang nanas yang berada di bukit. Nanas kat Bario manis dan kecil saiznya. Ada juga yang bawa balik ke semenanjung sebagai ole-ole. Owh!!! Beras Bario adalah tergolong dalam beras berkualiti tinggi. Diorang cakap sesetengah orang sahaja dapat makan beras diorang sebab penghasilan beras Bario kebanyakkannya untuk kegunaan sendiri. Kitaorang dapat sedikit hasil pemberian penduduk kampung.


Ni la tempat diorang buat garam diorang. Hebat kan masyarakat Bario. Semua diorang ada. Garam ni dibuat di atas bukit. Lama jugak la perjalanan kitaorang nak ke sana. Letih memang tak dapat nak cerita. Air 2 botol pun tak cukup nak hilangkan letih kitaorang. Yang boleh hilangkan letih kitaorang cuma garam bukit tu je. memang nasib kitaorang. Masa sampai kat sana, pembuat tu baru je siap simpan garam yang dah siap. Gaya kitaorang beli dah macam gaya perempuan kaya beli beg Gucci kat kedai Giordano.Hahahahaha!!!!


Kitaorang jugak boleh dikatakan meredah hutan & mendaki gunung sebab perjalanan ke telaga garam, kitaorang kena turun naik bukit, lintas sungai, naik titi kayu, titi kayu dan sebagainya la. 


Perkara terakhir kitaorang buat ialah mandi di empangan mini Bario. Sedar tak sedar, diorang lagi maju dari masyarakat kampung di semenanjung sebab elektrik pun diorang buat sendiri. Inilah perkara terakhir kitaorang buat sebelum balik dari Bario ke Semenanjung.


Semoga kitaorang dapat pergi ke sana buat kali kedua untuk melihat perubahan setelah apa yang kitaorang perkenalkan. WE LOVE BARIO


SD NAK MINTAK TOLONG KORANG KORANG SEMUA UNTUK KLIK SINI DAN PERGI KE BAWAH. DI SITU ADA BUTANG LIKE FB TOLONG KLIK K UNTUK MEMBOLEHKAN SD MENANG PERTANDINGAN NI K TOLONG K

0 Beg Deuter Untuk SD