MAYBANK @ BRADER SENGAL

Backpacker SD Sunday, January 9, 2011

Korang tahu tak, bulan Januari ni bulan apa? Bulan ni ialah bulan mengeluarkan duit pelaburan dalam bank. Ada yang datang pukul 3 petang tapi dah tak boleh amek nombor sebab ramai sangat orang nak keluarkan keuntungan. SD tak terlibat la sebab SD nak masukkan duit dalam bank bukan nak keluarkan. Siapa yang ada buat pinjaman ASB mesti tahu benda ni. Perancangan masa depan katanya.


Bila dah buat perancangan masa depan ni maksudnya masa sekarang tak boleh la nak berjoli bagai. Nanti tak pasal-pasal keje apa tak lagi dah muflis. Kalau muflis dalam jutaria takpa, jangan muflis betul-betul sudah la. Sebenarnya SD nak cakap pasal brader penyibuk yang buat-buat pandai dengan SD.


Tak mana pun dia sibuk tapi sengal jugak la nak melayan brader tu. Banyak songeh ditambah dengan karut-marut yang tak tentu hala. Ni dialog SD dengan brader sengal tu kat MAYBANK TAMAN U.


Brader : Awak, ada apa?
Saya : Boleh tolong 'check' akaun Maybank saya tak?
Brader : Ada kad?
Saya : Tak ada.
Brader : Buku?
Saya : Tak ada.
Brader : Mana boleh dik, macam mana nak keluarkan duit nanti!
(sengal brader ni, sejak bila pulak aku kata nak keluar duit)
Saya : Saya tak keluarkan duit.
(SD cuma masukkan duit dalam akaun Maybank untuk pembayaran bulanan pinjaman ASB)
Brader : eh!!! tak boleh dik, nanti.....
(SD tak puas hati 'then' terus mencelah)
Saya : Tak!!! Tak!!! Tak!!!
(dengan tegas sambil goyang-goyang tangan tunjuk tanda tak)
Saya : Tolong 'check' akaun Maybank saya je. Tu je!!!
Brader : IC.
(hah!!!! kan senang, minta je IC)

SD dah tau dah kena bagi IC kalau nak cek akaun tapi brader ni je sengal lebih. SENGAL!!!!

Ni pulak dialog SD dengan MAYBANK TAMAN TUN AMINAH

Brader : Awak, ada apa?
Saya : Boleh tolong 'check' nombor akaun bank saya?
Brader : IC.


Haaaa!!!! Amacam ringkas dan padat tak pengisiannya. Padat kan tapi tak sepadat milo fuze la.3 dialog je okay. Tak perlu tanya segala bagai soalan yang karut marut tu. Kan mudah, senang, cepat, tak abes air liur, tak perlu "Tak!!! Tak!!! Tak!!!" dan tak perlu dialog panjang-panjang.

Kesimpulannya kalau korang nak senang kaji dulu prosedur benda yang korang nak buat. Macam buat passport kat Johor Bahru ni. Salah langkah, petang la jawabnya baru korang siap buat. Pastu takda lah diorang bagi banyak alasan yang kemudian harinya korang jugak yang terseksa. Mungkin korang akan jadi macam ni:-

Brader : Awak, ada apa?
Saya : Boleh tolong 'check' akaun Maybank saya tak?
Brader : Ada kad?
Saya : Tak ada.
Brader : Buku?
Saya : Tak ada.
Brader : Mana boleh dik, macam mana nak keluarkan duit nanti!
(sengal brader ni, sejak bila pulak aku kata nak keluar duit)
Saya : Saya tak keluarkan duit.
(SD cuma masukkan duit dalam akaun Maybank untuk pembayaran bulanan pinjaman ASB)
Brader : eh!!! tak boleh dik, nanti.....bla...bla...bla...
Saya : eh!!! ye ke. Kalau macam ni tak boleh la yer.ooooo....gitu rupanya.
(dah kena tipu @ kencing basah lencun korang pun balik)



Dah bazir tenaga korang mendengar dia berceramah bohong tambah penat nak siap-siap nak pergi bank. Kurang minyak rambut korang sikit kalau laki, kalau puan penat saterika tudung cantik-cantik. Yang pakai yuna style pulak, dah penat lilit-lilit leher kannnn.....


*oh brader!!! tak payah la nak lebih-lebih. Menyusahkan orang je.
*budak-budak universiti sekalian. Sila-silakan la buat simpanan kewangan.Kurang-kurang korang ada harta nak tanggung kalau-kalau tersepit.
*SD tak boleh nak shopping langsung sebab banyak hutang nak kena setel.
*masih dalam KOREA MOOD

0 Beg Deuter Untuk SD