.

BELAJAR CARA MUDAH

Backpacker SD

Salam dan selamat pagi semua........

Hari ni SD nak ajar cara nak study dengan mudah tanpa perlu selak seratus lima puluh kali tapi jawapan tak jumpa-jumpa bukan cara mudah untuk dapat A. Cara ni sesuai untuk soalan-soalan yang perlukan banyak pembacaan dan teori. Sebelum SD mula membebel dengan lebih panjang baek kita mulakan tutorial kita.

Langkah-langkah study mudah :-


1) Pastikan anda ada nota dalam bentuk salinanlembut (softcopy) dalam komputer anda


2) Pastikan wifi 'turn-off' atau 'disable'


3) Buka nota salinanlembut anda contoh yang SD guna Storage untuk subjek SD sem 7.






4) Buka past year atau mana-mana soalan untuk dijawab. Contoh SD buka past year dan soalan bertulis 


"The basis of the design pressureand temperature for a LPG pressure vessel"

5) Tekan Ctrl + F dan paparan macam kat bawah akan keluar.


6) Key soalan SD "design pressure" dan "design temperature" jadi SD taip je key tu dekat 'find box' tu. Paparan kat bawah akan keluar. Korang klik la 'Find next' sampai dapat jawapan.


Owh! tak lupa juga satu pesanan baek dari SD. Kan masa nak final ni la korang akan mula pergi kedai photostat nak 'print' nota-nota yang tak pernah print sebelum ni dan sebab jarang pergi 'print' mulalah terjadi kejadian tertinggal 'pendrive' dekat kedai photostat.

Jadi untuk menambah kebarangkalian 'pendrive' tu kembali kat korang. Ada eloknya korang 'rename' 'pendrive' tu dengan no telefon korang.


FACEBOOK IALAH?

Backpacker SD

Facebook ialah :-

1) tmpat untuk keluarkan kata2 pujangga @ ayat2 power yang dlm dunia realiti takda org nak dengar dari pengeluar status

2) menegur sifat2 org yg bajet yg mana kat dunia realiti dia x dpt tegur perangai org yang bajet sbb diri sendiri pun x sedar diri
...
3) meluahkan perasaan yang mana kat dunia realiti xda org nak diluahkan

4) berkongsi apa yang dia rasa @ buat @ perasaan bagi lonely soldier boy/Gurlz

5) melepaskan perasaan @ geram, bilamana nak tegur depan2 takda keberanian

6) medan pergaduhan sebab dunia realiti orang tak nampak, klu kat fb semua kwn nmpak....baru dpt perhatian...."rileks la"...."sabar la".... "tegur elok2"....kan perhatian tu!

7) berkongsi ilmu yang mana ilmu tu dia baca tapi tak paham....kalau kat dunia realiti tak paham mcm mana nak cerita ye dak!

8) mencari skandal2 bagai sebab tukar2 no phone ngan kawan dah lapuk! Lagipun skandal kat fb sehari boleh 10 orang......tukar number phone?

9) sindir menyindir bilamana nak hentam depan2 tak berkesempatan,pos arini kurang2 nanti2 si disindir baca gak esok lusa

10) tempat nak membebel bagi insan yang suka membebel tapi xda pendengar yang setia. Janji dapat bebel.....

11) tempat untuk menunjukkan kasih sayang sesama insan yang mana boleh bagitau satu dunia saya penuh kasih sayang...... SAYA : sayang mak! MAK : Mak sayang jugak.dah makan?

12) kongsi2 atau dlm bi dia share fakta2 yang jelas2 bukan fakta "sila pos artikel ini kalau tidak facebook akan kenakan caj untuk akaun anda"....... ??????? sharing is caringgggg~

13) tempat untuk buat group discussion bagi yang malaz nak turun ke public place yang semak dengan orang sambil check in kat mcd walaupun dlm bilik kecik je.....

14) tempat untuk tunjuk muka2 comey dan kiut dan baju2 baru beli sampai sendiri tengok pun jatuh cinta.....sebenarnya nak tau berapa ramai yang alert....ye la, kat dunia realiti ada pulak keluar komen kat atas kepala orang tu "eh! awak cantik!" "eh! cantek baju" "eh!"

15) menunjuk apa yang tak nampak; i peluk u, u peluk i, i cium u, u bawa i....baru la dunia tahu i tak kesah buat semua ni sbb I BE MYSLEF katanya

16) bersembang dengan kawan tanpa perlu g kedai minta teh tarik (common drink) satu cawan duduk smpai letih cakap.....jimat duit minyak kete n duit tek tarik~~~

17) bagitau dia ada kat mana sebab nanti sng org nak cari dia apa2 hal, sbb setiap masa pun bagitau dia check in....boarding pass dah amek?

18) tempat untuk stalk orang2 hensem dan orang2 cantek tanpa perlu bermain mata...ye la kan....katanya segan.....kat fb kemain dia stalk kan, bila depan2 meooowwww~

19) Mengutuk orang bagai sebab xda keje nak buat...post status as public post sbb sapa makan cili dia terasa pedasnya.....orang jenis mcm ni bajet diri sempurna....tegur elok2 nanti rosak skrin laptop

15) membuat status2 bajet seperti STATUS INI!

ahakzs~~
ikhlas dari SEADEAD ENSEM
kalau copy paste sila kredit ke sini sebab status ni status bajet! 


penulisan dari FB sendiri di kala malam dah pagi~~

PROGRAM MOTIVASI YANG DAH BASI!

Backpacker SD

Kalau ada je program motivasi mesti ayat ni yang keluar dari mulut SD. Sama la jugak dengan kawan-kawan laen. Semua dah rasa basi dengan program-program yang lapuk pengisiannya. Dalam setahun masa tingkatan tiga rasa-rasanya setiap bulan pun ada.

peningkatan keputusan? Jangan nak tanya. Tak ada kesan walaupun kesan sampingan. Tingkah laku? Yang skema terus-terusan skema yang degil memang tak payah cerita. Jadi SD nak cakap yang cekgu kaunseling sekolah SD dah habes idea nak tingkatkan kesedaran diri dalam diri pelajar!







SD tak salahkan dia keputusan pelajar teruk tapi SD salahkan dia sebab buat aktiviti-aktiviti yang basi! Bukan marah tapi post ni kena tulis macam ni baru nampak efek dia. Tadi baru je komen kat fb orang pasal ni jadi nak kongsi la sikit KENAPA PROGRAM MOTIVASI NANGIS2 TAK RELEVAN!




Haaaa~~~ SD tergolong dalam golongan mana? Konfem-konfem la skema boy~~ dan SD bangga jadi skema boy. SD senang-senang je boleh lepas dari apa-apa kesalahan sebab kan skema boy~~ HAIP! skema boy bukanlah bermaksud seluar tinggi sampai ke pusat rambut sikat tepi tampak kemas. Skema boy yang jenis takut buat salah la.....


Siapa cakap jadi budak paling nakal itu hot? siapa cakap best jadi budak nakal? siapa cakap jadi budak popular best? budak-budak tu sendiri la! Sapa lagi. Kesimpulannya SD cakap jadi skema best sebab SD nak cakap la.TEHEE~~

DOWNLOAD WINDOWS ORIGINAL PERCUMA (KHAS UNTUK BUDAK UTM)

Backpacker SD

sela

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum.......

SD nak tanya berapa ramai yang tahu benda ni dari dulu lagi tapi tak tahu caranya? Secara menyeluruhnya SD boleh katakan hanya sesetengah pelajar sahaja yang tahu benda ni. SD yang suka pasal program-program tahu ada windows percuma dari UTM tapi tak tahu nak cari kat laman layar yang mana.


Okay! Artikel kali ni dibuat khas untuk budak-budak UTM untuk memuat turun microsoft windows original dari UTM. SD akan ajar satu persatu dari mula sampai dapat buka laman untuk memuat turun software tersebut. Jom kita mula!

SEMUA GAMBAR-GAMBAR BOLEH 'ZOOM-IN' KALAU TAK JELAS

1) Buka Google!



2) Tulis "VPN UTM" pada laman carian Google
3) Tekan "UTM VPN-UTM.My" carian yang pertama



4)Akan keluar paparan seperti dibawah




5) Masukkan ACID anda untuk daftar masuk seperti paparan di bawah




6) Selepas berjaya daftar masuk, korang akan nampak paparan macam kat bawah ni.
7) Klik  'link' yang keempat "CICT software resources and virus info"



8) Korang akan dibawa ke paparan baru macam kat bawah ni. Perhatikan bahagian kanan 'sidebar' ada MSDNAA. Klik 'link' tu.




9) Korang akan dibawa ke paparan baru lagi macam kat bawah ni. Kali ni klik 'link' yang bertulis "msdn70.e-academy.com/utm_cict"




10) Paparan baru akan muncul lagi macam kat bawah ni. Klik "sign in"~kedudukannya atas kanan betul-betul atas logo UTM.



11) masukkan 'username' dan 'password' yang diberikan UTM kepada korang.




eh! UTM bagi?? Masa bila pulak dia emel aku username & password???
Betul ka hang ni SD??? Await kami tak dapat pun???

Okeh! Okeh! SD tau ramai yang tak pernha buka emel utm korang kan. SD pun jarang-jarang buka Ada la dalam setahun 2 kali. SD akan ajar cara nak buka emel korang k. Tutorial ni khas untuk yang dah pernah masuk emel UTM korang. Yang belum pernah masuk @ tak register lagi, SD minta maaf. SD dah lupa cara nak daftar untuk kali pertama.

Pertama, buka Microsoft Outlook Live ( Google je kat internet). Lepas tu korang boleh la daftar masuk menggunakan username ACID korang.  Tambahkan @live.utm.my pada username yang korang selalu guna masa log in aimsweb. Contoh aimsweb----> Mkassim45; untuk outlook live mail ----->Mkassim45@live.utm.my. Password live mail yang original ialah no k/p @ matrik korang.

Contoh macam kat bawah ni.



UTM ada hantar MSDNAA username dan password  kat emel tu. Kemudian, cuba cari pada emel yang ke-2 @ ke-3 awal dalam senarai emel korang.

Dalam emel live outlook tersebut ada diberi username & password untuk MSDNAA jadi gunakannya untuk log in dalam MSDNAA. Emel dalam outlook live tu lebih kurang seperti yang ditunjukkan di bawah.




lepas tu masukkan 'username' dan 'password' korang ke dalam daftar masuk laman MSDNAA.




Fasa yang terakhir adalah untuk korang ber'shopping' sepuas-puasnya secara percuma. Untuk tutorial shopping sD tak nak ajar. Pandai-pandai la korang nak shopping kat MSDNAA tu. Paparan bila dah berjaya daftar masuk adalah lebih kurang macam kat bawah ni.




Perasan kan SD letak anak panah tu. Nak shopping software-software percuma kat situ la.





SELAMAT BERSHOPPING SEMUA!



Robbi zidni 'ilma - Tuhanku tambahkan ilmu padaku (Qur'aan 20:114)

Warzuqni fahma - rezkikan aku dgn kefahaman

Robbi habli hukma - Tuhanku kurniakan hikmah padaku (Qur'aan 26:83)

Wa alhiqni bis solihin - Masukkanlah aku kedalam golongan orang2 yg soleh. (Qur'aan 26:83)


اللهم صل على محمد وال محمد

TAK BERJAYA UNTUK LOG IN MENGGUNAKAN PASSWORD DIBERI

Backpacker SD

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum .......dan salam sejahtera

Sila ikuti langkah ini satu persatu. SD dah cuba sedaya upaya untuk memberi tutorial semudah mungkin.Kes ni terjadi kerana password yang diberi kepada kita telah expired dan perlu diperbaharui.

SEMUA GAMBAR BOLEH 'ZOOM-IN' KALAU TAK JELAS

1) Sila klik HELP pada bulatan seperti ditunjukkan di bawah.



2) Scrool Down untuk mencari link CONTACT US



3) Klik CONTACT US dalam bulatan seperti gambar di bawah.




4) Klik CONTACT CUSTOMER SUPPORT dalam bulatan seperti gambar di bawah.




5) Korang boleh la isi segala maklumat yang perlu. SD juga menghadapi masalah yang sama macam korang. Insyaallah dalam 2 3 hari bekerja dia akan balas dengan memberi password yang baru.






Korang tak dapat nak log in sebab password yang diberi dahulu dah tamat tempoh.


Selamat mencuba k! SD harap tutorial ini membantu serba sedikit untuk proses korang memuat turun software-software percuma.



Robbi zidni 'ilma - Tuhanku tambahkan ilmu padaku (Qur'aan 20:114)

Warzuqni fahma - rezkikan aku dgn kefahaman

Robbi habli hukma - Tuhanku kurniakan hikmah padaku (Qur'aan 26:83)

Wa alhiqni bis solihin - Masukkanlah aku kedalam golongan orang2 yg soleh. (Qur'aan 26:83)


اللهم صل على محمد وال محمد

PENTADBIRAN NEGARA YANG PALING HEBAT

Backpacker SD

Dr Mahathir Muhamad memang seorang yang perlu semua orang kagumi dan bangga kerana bagi SD dia adalah satu-satunya orang yang mempunyai pemikiran yang kedepan dari masa dia berfikir. Sama ada kita mengaku atau tidak, bila kita lihat semula banyak perkara yang dibuat olehnya nampak bodoh atau sia-sia pada waktu itu tapi sebenarnya memberi kesan atau impak sangat besar di masa akan datang atau dengan ayat senangnya masa sekarang.

Dr M memang satu dalam semua rakyat Malaysia. Pemikiran dia memang hebat. Aku kagum dengan dia bab pentadbiran negara. Dan sudah tentulah kelemahan dia ialah pentadbiran dia tak berpaksi islam. Apa-apa pun bagi aku dia hebat! Lihatlah bagaimana dia menegakkan segala provokasi dari pengacara.



BSCKPSCKING FOR THE FIRST TIME (BSLI)

Backpacker SD

Niat di hati nak siapkan artikel pasal Bali ni seminggu lepas balek rumah tapi itu la kan...... Orang banyak job gini la gayanya. Balek je rumah mesti jadi driver setia untuk ahli-ahli persatuan rumah 403 chini 3. SD memang tak pernah terpikir nak bercuti-cuti jauh sampai ke Bali. Ingatkan setakat jalan-jalan Johor, tak pun belah-belah utara. Alek-alek ke Bali juga SD sampai.


SD beli tiket untuk ke Bali murah je. Harga tiket dalam RM130 gitu je tapi sebab beli luggage sampai 20kg jadi la jumlah semua RM175. Ni harga setahun sebelum nak pergi nieh! Jadi jangan la pelik bila tiket murah. SD jalan kat sana berempat dan kami hanyalah backpacking. Backpacking best sebab semua benda dah sampai baru nampak masalah-masalah, penipu-penipu dan pengikis-peengikis. Masa ni memang kena maen ngan ayat-ayat.



Nasi Padang. Lauknya agak mahal untuk bajet traveller macam kami






Apa-apa pun kat Bali 'everything is easy since that's the tourist place' senang cerita jalan kat mana-mana pun nampak tourist je ramai dari orang Bali sendiri. Kat sana memang 'heaven' dunia untuk orang yang suka berhibur juga  'heaven' untuk orang yang suka pemandangan yang cantek. The bad things about popular tourist place is your next generation have no future there since they are growing up with tourist environment. You can see children there (Kuta) selling some sort of souveniour instead of attend school.


Barang-barang untuk mwenghormati dewa.

Ni Sarapan kami  (lempeng pisang) simple but greatlicious



Jalan-jalan ronda bali dengan motosikal

































Ni pendapat SD je la. Based on the first impression. Tak terpikir nak kaji betul-betul pulak. Untuk berjalan-jalan kat sana korang boleh sewa moto tanpa perlu salinan ic ke, passport ke cuma kena bayar 'lump sum' untuk berapa lama @ hari korang nak sewa. Janji tahu jalan. Kalau nak 'backpacking' SD memang galakkan sebab baru dapat 'feel'  macam tourist. Kalau guna tour guide memang kureng sikit tapi untuk kes-kes tertentu memang tak boleh nak buat apa.

Macam hari ketiga kitaorang, van sewa jadi pilihan terakhir sebab jalan kat sana kami tak tahu walaupun dah google. Apa-apa pun Bali memang sangat cantek dan sangat best. Nothing to regret even need to cut my pocket money.


Tempat sembahan kepada dewa-dewa

ULUWATU TEMPLE (sunset view). Tempat suci diorang, tak boleh masuk




Nice trip to Bali. Waiting for next backpacking!



I-CITY THE LIGHT WORLD

Backpacker SD

Selamat Berpuasa SD nak ucapkan buat semua kawan-kawan blogger SD dan juga sesiapa yang membaca blog SD ini. Bagi SD puasa kali ni agak menarik dan satu pengalaman yang baru sebab semasa malam pertama Ramadhan SD tak ada kat Malaysia untuk menyambutnya. SD kemana??? Nanti SD ceritakan kat post yang akan datang. Harap puasa korang-korang semua lebih menarik dari SD.



3 minggu sebelum Ramadhan, errrmmmmm….agak-agak dalam 13 Julai gitu la SD jalan-jalan ke I-City. Sebelum SD pergi banyak la orang kata I-City tak best pun dan agak bosan. Yup! Memang bosan. Lampu je yang ada kat sana. Owh! BOSAN tu untuk orang yang tak suka bergambar pelik-pelik je. SD dengan kawan-kawan SD sangat ‘enjoy’ masa kat sana. Melompat la, perasan artis la, sembang-sembang dengan orang lain la dan banyak lagi benda yang menarik nak buat kat situ kalau tahu caranya.



Jadi memang BOSAN itu hanya untuk sesetengah orang je. Tapi bak kata SD “at least once in my life” SD kena gak pergi sana. nak tengok apa yang dimaksudkan dengan BOSAN itu. Jadi bila nak cerita kat orang takda la nanti “kau tahu dari mana I-City bosan?” “kawan aku cerita kat aku!” okay 'fine' kau dengar orang cerita ‘then’ kau terima bulat-bulat. pandai betul kan! hhhmmmmmmmm~~~~ Rasanya tengok gambar lagi syok kan. Kat bawah ni ada la sikit-sikit gambar SD dengan kengkawan yang TAK BOSAN kat sana.tehee~~