.

FANTASTIC FOUR AT TANJUNG PIAI

Backpacker SD



Haaaaaaa.......Jalan-jalan pusing Malaysia~ Gambar ni SD amek masa kami berempat pergi jalan kat Tanjung Piai.... Kami g hari bercuti tapi kat sana xda orang sangat pun....


Mungkin sebab xda apa yang menarik sangat kat sana kot....Ye la kan, duk tengok pokok bakau n paya je.... Dari Tanjung Piai ni nanti korang akan nampak banyak kapal tau. Ada perlabuhan dekat situ tapi SD tak pasti la pulak apa namanya.


Nak cakap apa eh lagi? owh! Nak masuk kena bayar dan ada sijil gak tapi kena beli la. SD tak teringin sangat nak kumpul sijil tu jadi SD tak beli la. Jalan-jalan je sekitar tu. errmmm....xda apa2 yang lain dari lain, sama je macam paya paya bakau yang lain. Cuma kat situ boleh la nak duduk2 (walaupun terik giler matahari) tengok kapal-kapal berlabuh.


Tanjung Piai ni katanya the tip of tanah besar asia....well~~ enjoy the pics























MESSAGE FILTER DI YAHOO MEL

Backpacker SD

Kali ini SD nak kongsi dengan korang-korang atau ayat senangnya pembaca blog SD macam mana nak tapis emel-emel lazim @ tetap yang masuk ke dalaminbox kita setiap hari.


Katakanlah korang ada join site makansinisana dan setiap minggu ada dalam 20 emel masuk sekali gus dan sangat2 la menyemak bila korang nak cari emel2 yang penting sesangat. Jadi dengan menggunakan 'message filter' ni emel2 yang dari group yang sama akan dimasukkan ke dalam satu fail khas.


Contoh SD ada join Melayu oil&gas, Dealmates, Airasia, Shashinki dan Jobscentral. Jadi SD dah buat satu sistem penapisan yg yahoo sediakan yang mana setiap emel-emel dari 'group2' tertentu ni akan masuk ke fail masing-masing.


Mari kita mulakan latihan kita. Ikut je langkah-langkah dari gambar kalau tak paham apa yang ditulis.


Klik 'options' macam gambar kat atas ni dan gambar macam kat bawah ni akan keluar


Klik 'Filter' dan klik pula 'add' untuk menambah fail-fail yang korang nak asingkan emelnya

Ni contoh apa yang SD buat. Biasanya untuk 'group2' kita buat kat 'subject' sebab emelnya ada perkataan yang sama untuk semua emel yang dihantar.

Selamat mencuba~ 'inbox' emel SD dah tak semak macam dulu. Lebih teratur dan senang nak tengok emel2 penting tanpa buat emel baru.

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE KAMI JELAJAH

Backpacker SD

Memang SD dah lama rancang nak ke USS ni tapi tak berkesempatan sebab masalah kewangan, juga masa, juga kawan2. Akhirnya bulan March 2012 menjadi titik noktah angan-angan SD tercapai.


SD bersama dengan beberapa kawan yang lain dengan nekad dan suka hatinya pergi ke USS dan all out masa kat sana. Tiket kami dapat promo SD58.20 je. Memang murah la nak banding harga asal @ hujung minggu. Dalam banyak2 permainan kat sana SD suka transformer 3D dan juga Cyclon roller coaster. Kawan-kawan cakap roller coaster the revenge of mummy paling seram tapi SD tak dpt nak trace memori SD masa naik benda tu. Tak tau nak kata seram ke takut ke sebab SD tak ingat apa2 pasal tu.


Permainan paling tak best yang SD main ialah dekat madagascar. Naik kereta pusing2 tasek kecik. SD rasa like a loser je masa naik kereta tu. Sebenarnya permainan tu untuk kanak2 je SD rasa. Kami tak makan kat sana sebab mahal sangat2, kami bawa sosej roll buatan tangan ke sana dan air beli siap2 dari Malaysia.


Apa-apa pun SD sangat sarankan korang pergi sana tapi jangan pergi hujung minggu sebab tak berbaloi. Korang kena beratur panjang berjam2 kalau hujung minggu. Sila EYES SEEING k dengan gambar2 yang SD upload.


waktu bas berlepas dari kastam Johor terus ke USS

Antara yang mengikut ke USS



Ni la Cylon yang dimaksudkan, satu lagi tu Human

Sosej roll 2 3 pam lu baru teruskan misi

With the power universal conquer "WE COMMAND THE OPTIMUS PRIME TO RISE"







Candylicious shop (hati2, gula2 dia ada yang with pig gelatin made)


AKU TENGOK MERAH2 MUKA PENYANYI TU, ADA SORANG JE YANG KACAK

SABAH WATER RAFTING

Backpacker SD

Memang best sangat2 dapat pergi jalan-jalan kat Sabah. Macam-macam benda kitaorang buat. Makan makanan laut kat Kota Kinabalu, tengok sunset, snorkeling, water rafting, sight seeing, tengok gunung KK, pergi pasar kundasang, pergi ladang susu lembu dan juga bersukan ringan dengan baling-baling bola kat 10 pin segitiga~

Kat bawah ni ada sikit gambar2 masa SD kat sana. SD pilih mana2 yang best la k untuk korang tengok2. Have a nice eyes seeing ~~ weeee....SD sight seeing daaaa...... SD sangat2 galakkan kawan2 SD semua pergi ke Sabah~ Lagi elok pergi dengan kawan2 dan buat semua yang SD buat kat Sabah~


SD ada beli banyak sangat barang2 pearl dan SD dapat murah sangat sebab  beli kat mak sedara kawan SD....special price katanya..... SD paling suka water rafting dan dairy kundasang masa kat sabah.....