Dalam blok kelihatan manusia mulai pupus ~~~Dalam samar-samar manusia mulai hidup ~~~~~Memulakan kesah dengan mencari makan ~~~~~~~~Makan pagi pada jam menunjukkan 2 petang
Dah makan, lepak2 la pulak kat bilik2 orang laen ~~~Entah la, duk bilik pun sama jer bosan ~~~~~~Tunggu-tunggu, lepak-lepak da malam ~~~~~~~~Bila malam, kebanyakkan manusia dah bangun !!!!! !!!!! !!!!! !!!!! !!!!! Keje di waktu malam hanyalah bermain-main
# wahai toman-toman yang besar. # Kenapa angkau makan ikan hiasanku. # Oleh itu kujadikan kau sebagai pengganti # Kau dikira beruntung kerana aku tidak memakan engkau secara hidup-hidup. # Jangan engkau lawan kataku lagi...... ...... @ Apakah aku sudah bilang sama kau
@ Jangan kau cuba melawan arahanku
@ Tetapi engkau semua degil dengan arahanku
~~Siap boleh wat meeting nak larikan diri lagi~~
> Demi mengelak kau dari terus membawa durjana pada keturunanmu yang lain > Maka ku suruh hamba2 sahayaku membunuh engkau dan menghidangkan kau kepadaku > Aku pasti kaummu akan memusuhi aku untuk tujuh keturunanmu ~~Ala darah ikan toman kuar merah klu putih boleh la nak sumpah tujuh keturunan~~
> Maka dengan taatnya hambaku menunaikan pemintaanku
> Semua ini kerana sikap kau wahai Toman
....
" Cuba kau lihat~~kau dah mati mana boleh tengok~~ "
" Hasil autopsi menunjukkan engkau memang pendurjana "
" aku tidak salah lagi "
"Ha Ha Ha Ha .................. "
~~Sedap woo Toman segar goreng kari jer~~
Ala x kejam pun aku kan??????? Yang mati jer aku makan, yang hidup aku letak jer dalam akuarium. Lawa sangat corak kat badan ikan Toman tuh. Sayang nak makan jadi bela la kan. Mantainnance nak jaga x usah cakap la. Kopak duit aku. Akuarium ni kat bilik kawan aku. Yang pegang ikan tadi tuh. Hamba sahayaku.......Masa niey baru jer pas cuci akuarium tuh. Beli second hand punya kotor ya amat.........
Nak maen bola sepak aku malas ---Tapi kwn2 aku still gak ajak aku ---Sekali sekala pun okay gak kan turun maen ---Aku pun g bilik atas tengok diorg siap2 nak trun maen
Aku nak turun lambat sket, konon2nya la ---Aku duk bilik betul2 depan kot bola tu ---Mak aih aku tengok ramainyer orang ---Camna nak maen klu camtu, x sentuh bola la aku
Dah macam semut aku tengok ---Kemalasan tambah jarang turun ---Aku amek kputusan x nak turun maen ---Aku pun amek la gambar semut sedang maen
Hehehehe...........
P/S : Zam yang besar pun nampak cam semut. Jgn marah yer zam......
Hari ini 17 Oktober, aku g makan McD kat Shell (naek moto RxZ kwn aku)
Agak lama bertapa kat sana aku pun balek (mcvalue lunch - murah)
On the way nak balek polis trafik naek keter lalu tepi ( dia sruh berhenti )
Sekali dia record nama pemandu la (dah sapa suruh moto xde cermin tepi )
Aku penumpang (lega hati aku tapi kesian penunggang )(hehehe....)
Kwn aku tanya nak masuk ikut pintu mana (aku cakap pintu belakang kat KTC)
Sekali traffic jam la plak kat u-turn nak masuk jalan belakang (aku tertanya-tanya)
Kwn aku berhenti sebab ada accident ( aku ikut jer, da aku memang trauma jalan raya)
Kitaorg cross jalan ( nampak treler minyak caltex n moto merah jer-polis pun baru sampai)
Aku tercari-cari ( Mana orang yg accident, dah naek ambulans ker )
Sekali bila aku g dekat 'orang bawah tayar yang 2 lapis tuh' (ngerinya )
Bayangkan orang bawah tayar treler tayar 18 ( uish, klu idup mesti dia cacat )
Aku x amek gambar sebab takut teringat2 dalam tido ( perut dia tertinggal belakang treler )
Semua body dia bawah tayar belakang yang ada 6 tayar (topi keledar pecah )
Kesimpulannya korang pun tahu kenapa aku x amek gambar kan. Baca bismillah tau sebelum naek moto atau nak wat apa2 pun. Pastu baca ayat kursi sebelum keluar bilik untuk pelindung diri. Mesti yakin kalau x semua ni x berguna.......Wasslam....
Hari sebelum aku g u, aku tengok adek aku beli ikan hiasan. Cantik2 ikan guppy dier.
Biler pikir2 baek aku pun wat mende yang sama. Dek syok sangat tengok ikan adek aku.
Aku pun dengan penuh keazaman balek u. Esoknya terus aku g u-mall cari ikan
guppy yang lawa2. Skang niey aku dah spend seratus ++ tuk semua keperluan ikan tuh.
Smalam aku tengok akuarium nie sejam lebih. Syok sangat tengok bdak2 kecil niey berenang. Tenang jer jiwa aku. Tuk Liz klu rasa nakluah perasaan blh la luah kat ikan aku(cermin da pecah kan!!!!!!!) Nanti aku pos gambar2 budak2 kecil aku kat blog..........
Memang syok betul cuti aku. Pas jer balek dari Sarawak, aku terus jer g Terengganu plak. BERCUTIIIIIIIII..............Part yang paling best bile sumer niey percuma.
Aku kene join aktiviti yang d buat jer. X kesah la kan. X padat maner pun jadual dier.
Pengetua cakap program ni tuk budak2 JKM bercuti tapi aku penyibuk jer. Xpe la x malu punnnn....
Mostly kat sana kitaorg maen air jer. Memang best lah senang cakap kat Pulau Kapas. Ada snorkeling tuk tgk jerung tp luck aku xde la. Kwn aku nmpak la shark aku x nmpak. Ala masa snorkling aku takut giler sebab dalam sangat n aku x reti berenang.
Pelampung aku pakai tapi kejap2 aku tenggelam. X terkira la banyaknyer aku tertelan air masin. Masa kat laut tu aku peluk jaket keselamatan jer. Takut tenggelam........Pas jer aritu baru la aku tau yang aku ni antara golongan yang takut air atau dikenali "FOBIA AIR".............hermph........
Ni la first time aku nak naek flight. Jadi memang excited la sesangatnyer nak g sana. Memang dah nasib agaknyer, dier suruh duk lama2 kat airport. Flight aku lewat satu jam.
Ni plak gambar aku n skuad2 Bario bile dah sampai kat Miri airport. Memang seronok x terkata la kan sebab akhirnya ada la pernah naek flight n aku dah jejak kaki aku di Sarawak...Masa ni plak aku kat Bario, Sarawak. Nak g sana mesti naek flight ni sebab nak naek keter ker lori ker dua hari baru sampai. Mende ni orang Bario panggil belon, aku plak panggil twin otter. Twin otter ni blh bawak 19 org jer. Masa aku n skuad2 aku g 14 org jer naek sebab kitaorang bawak banyak barang.he....he.....he........kesian orang laen kan. Naseb la kan............
Pas jer sampai kitaorg terus jer g rumah panjang. Memang betullah nama dier rumah panjang. Aku jalan dan jalan dan jalan dan jalan lagi, x jumpa2 ujung dier. Memang panjang la. X sia2 nama dier rumah panjang. Korang patut g gak. Tengok sendiri la senang cakap. Ruang ni rumah Sinak Rang. Mak angkat pengarah program yg aku join ni.Kat sini ada dua bilik.......Aku kene menari zapin sebab orang sana nak tengok tarian tradisional dari semenanjung. Jadi pengarah aku nak wat zapin n antara yang layak aku dipilih. Pengarah aku pun menari gak, dier berdiri yg tengah tuh......agak berdebar la tp ni bukan first time la aku perform, jadi xde masalah lah......Pastu aku bergambar ngan budak2 dari Bario. Diorang punyer perfomance memang cun lah. Memang aku rasa bertuah sangat.......Pas dah lamer duk kat sana.(aku rasa x lame pun, tiga hari jer pun)Aku pun nak balek semenanjung dah. Memang seday sangat sebab orang sana suka sangat kat kitaorg. Jadi sebelum pergi tuk waktu yg agak lamer, kami pun bergambar ngan sinak-sinak rumah panjang. Mesti korang tertanya2 kan saper la "Sinak" tu. Sinak maksudnyer mak la........Kitaorg x terus balek semenanjung tapi kitaorg g jalan2 kat Miri n tempat pertama kitaorg g ialah pantai kat Miri. Gambar yg ada memang dasyhat2 sangat. Jadi "Don't try this at home" he...he...he...he...Last skali kitaorg g taman awam Miri. memang best betullah..........Moga cuti korang pun best cam aku gak........Banyak sangat pengalaman baru........THE END