Backpacker
SD
Haku : Ehhhh!!! Weh...weh.....meh sini tengok ni. Macam penyu kan. Apa ni erk??
Kawan Haku : tuntung kot, tak pun labi-labi....
Haku : Apa erk??? Tanya abang tu la. Abang!!!! Ni apa ni bang, macam penyu jer??
Abang tu : Ah’ah. Tu penyu la tu.
Haku : ye ker abang!!!! (sambil garu-garu kepala sebab pelik sangat penyu tu)
Dalam hati SD duk pikir apsal la penyu ni pelik sangat. Dah lama sangat duk pikir, Sah!!! Memang sah, ni bukan penyu. Apa kejadah penyu buat kat dalam akuarium air tawar. Apa ke dia nak rasa ‘feel’ air tawar pulak ker??? Abang ni memang dasar tak kenal haiwan!!! Kata SD kat abang tu tapi dalam hati je la.
*weh korang semua, tadi SD ngan kawan2 SD sembang pasal benda kotor kot. Memang cam tuuuutttttttuuutt je sembang tadi (hal kotor lelaki)huhuhu~~~
*kesian kat Delliana (dia perempuan okay) sebab dah dekat 3 hari tak pernah tidur sebab SD malas nak tunggu dia 'loading'(hibernate kan lagi cepat)
*pelik kan penyu ni. Siap boleh ada kat darat lagi.....dasar tak tahu haiwan
Monday, September 27, 2010
Backpacker
SD
Hari ni SD nak share sikit pasal apakah jantina sebenar yang laptop korang semua miliki. SD dapat benda ni kat Facebook then sebab SD tak ada apa nak 'update' jadi SD pikir 'why not i share this one in my blog'. Agak melucukan dan memang boleh buat layan waktu sengal-sengal. Korang boleh edit ayat-ayat 'I love You' tu. Contoh yang SD dah cuba 'I hate You' 'saya sayang awak' dan 'wak lu'. Ayat bahasa melayu dia tak jadi sangat. Kelakar ada la.
Apa-apa pun laptop SD berjantina betina sesuai la dengan nama dia yang SD bagi Dellyiana. Dulu SD tak pasti jantina dia jadi laptop SD ada dua nama. Nama jantan dia Dellan. 'Best' kan nama laptop SD. huhuhuhu~~~~ Korang semua cuba la buat. Pasni tahu la jantina laptop korang tu apa. SD kreditkan benda alah ni kepada dia.
buat je step kt bwh ni...
1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
Save as = love u.vbs
3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."
Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....
Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe
Friday, September 24, 2010
Backpacker
SD

Tadi sambil-sambil tunggu maghrib SD berjalan-jalan secara maya di dunia tanpa sempadan ni dan TADI TERBACA LA PASAL perlu ke perempuan pandai masak. Terdetik dan terpikat dan tersentuh dan terpikir dan semua TER yang boleh digunakan (tapi bukan Ter anak pak cik Termizi---Ter jangan marah yer) dalam hati SD. Ehhhhh!!!! Betul la perempuan kena pandai masak, kalau tak nanti suami tak suka balik rumah sebab lauk bini masak tak sedap. Makan kat luar lagi best dengan kawan-kawan.
Makan kat luar ni satu je kelemahan dia, kita mudah bosan sebab lauk tak dimakan panas-panas @ 'on the spot'. Kitaorang duk kat UTM ni dah serata UTM dah 'explore' sebab nak cari lauk lain pulak. Dah bosan katanya tapi walau apa-apa pun kami bersyukur kerana ada rezeki cuma mencari yang lebih baek.
Bagi SD isteri perlu reti masak untuk pikat hati suami dan suami perlu reti memberi kejutan-kejutan kepada isteri supaya isteri rasa seronok selalu. Kalau cik jay cakap kalau isteri kena pandai masak suami kena pandai jadi imam. Kalau SD pulak isteri kena pandai masak dan suami kena pandai bagi kejutan. Dua-dua ni sebab nak ikat hati masing-masing. Suami pulak jangan bagi kejutan bawa bini nombor dua balik rumah isteri. Itu bukan pikat hati isteri tapi nak kena ikat.
Kalau dulu nak masak pun susah, orang sekarang dah senang masak tapi malas pulak
Apa-apa pun, citarasa SD terhadap seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri perempuan tu mesti la pandai memasak dan baik orangnya serta elok wajahnya (tak semestinya cantik). SD sangat suka memasak dan bila balik je kat rumah SD mesti tolong mak SD masak sebab SD suka makan. Kalau cakap pasal makan memang SD suka, kalau makan kat kedai tak sedap mula la 'bad mood' datang dah macam perempuan period pun ada.
Ish...Ish...Ish....!!!!! tapi yang penting nak cakap kat sini perempuan kena pandai masak. Tak kerja pun tak apa tak terpelajar pun tak apa tapi kena pandai masak. Kalau suami lagi hebat dari isteri bab memasak ni SD rasa dah macam satu perkara yang tak best (takda la sampai hina bila isteri kureng dari suami) tapi boleh la kata dah macam tak best. Apa-apa hal pun banyak kot masakan melayu yang senang dan mudah untuk dimasak. Belajar-belajar la memasak yer kawan-kawan, yang laki pun boleh guna ilmu memasak bila duk bujang dan bekerja nanti.
Thursday, September 23, 2010
Backpacker
SD

Ni style paling latest yang SD ikut
Serius memang tak paham dengan budak-budak hollywood kat sana tu. Apa diorang dah ketandusan idea ker nak mereka pakaian atau diorang memang berfikiran dalam kotak diorang jer. Kenapa la nak pakai benda-benda alah semua tu. Tali sana, tali sini, senget sini senget sana, dah macam gaya orang zaman purba pun ada SD tengok. Mengikut pemerhatian SD la kan, diorang punya fesyen tu lebih kepada kualiti kain yang digunakan dan guna betapa susahnya nak bentukkan baju tu. Lagi susah nak bentukkan baju tu atau lipat2kan baju-baju tu lagi mahal la harganya. Kalau tengok 'Runaway Project' senang2 je diorang klip-klip pastu jahit pakai tangan. Lipat sana sini, 'then' kalau longgar tarik sikit klip pastu jahit guna tangan. Ala sembat macam kita belajar masa tingkatan tiga je pun.
SD perasan la kan, part yang susah masa nak cantumkan lengan dengan baju. Diorang tak pakai kain okay, tak macam kita yang berkain panjang (yang pakai skirt jangan nak perasan) Kadang-kadang lengan pun tak ada. Haish!!!! SD tak harap langsung yang fesyen-fesyen kat Malaysia ni jadi advance macam tu. Harap-harap fesyen kita masih lagi bersifat ketimuran. Eh!!!! siapa tahu yang pelakon lelaki yang 'tough' dalam cerita Tari Tirana tu sebenarnya model antarabangsa. SD ada buka satu blog ni tunjuk gambar dia dengan company apa entah. Dah nama punpun antarabangsa kan, pakai 'spender' amek gambar itu biasa. Bogel tak lagi rasanya, paling advance pakai 'spender' je rasanya. Sapa-sapa nak tengok pi la cari blog tu, tak ingat la SD baca kat mana. Kalau tak silap blog gosip-gosip pasal artis rasanya.
Korang tengok-tengok la gambar kat bawah ni dan kalau boleh tak perlu la nak ikut sebab sangat pelik la diorang punya stail. Secara keseluruhan wanita-wanita barat sana suka stail "ORANG ZAMAN BATU" dan lelaki barat sana suka stail "BERLAPIS-LAPIS".
(kredit gambar-gambar disini)
YANG LAKI-LAKI
GAYA YANG PEREMPUAN
Thursday, September 16, 2010
Backpacker
SD
Tuesday, September 14, 2010
Backpacker
SD
Sempena nak beraya ni kan, ramai la yang berebut nak balik beraya kat kampung mak la kampung ayah la sampai gaduh-gaduh nak balik raya. Ada pulak yang merajuk-rajuk lepas tu kan sebab tak dapat balik kampung dia. Kat sini SD ada sikit petua yang korang boleh guna yang boleh buat oihak lawan cair dan ikut cakap korang. Apa-apa pun korang kena la praktis dulu pastu baru la boleh mencuba dengan teknik baru ni.
Teknik yang SD nak bagi ni jugak boleh dipraktiskan oleh kaum-kaum kecil yang nak ajak mak bapak pergi jalan-jalan. Jadi mak bapak kat luar sana korang wajib tengok video ni. Takut-takut nanti tertipu pulak dengan anak sendiri kan. Pikir tak pikir la kan SD nak tunjukkan teknik ni sebab kalau dah tunjuk abes la terbongkar rahsia SD tapi sebab pikir nak kongsi dengan orang lain SD bagi jugak la kan tips ni.
Tengok betul-betul tau step yang SD ajar. Nanti terlepas satu step dah tak menjadi pulak teknik ni. Dah SD dicop kaki tipu pulak kan.
Di kesempatan ini SD nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Orang selalu cakap batin takda salah kan tapi sedar tak sedar percakapan itu juga dikira batin. Mana tahu ada yang terasa hati dengan kata-kata kita, penulisan kita atau teguran kita. Itulah dinamakan batin.
Thursday, September 9, 2010
Backpacker
SD

Bulan September memang bulan yang istimewa bagi SD sebab bulan ni SD menyambut hari kelahiran SD. Sejak dua tahun lepas tarikh lahir SD memang jatuh pada hujung minggu, jadi memang seronok la kan buat panggilan percuma guna nombor 012+++, nombor 013++++ pun bagi jugak panggilan percuma tapi 'prob' sebab boleh buat ke 8-pax je dan 8-pax tu mesti dari uni-pax. Gila apa 013+++ punya 'company' ni. Berapa ramai sangat la kawan-kawan SD yang guna uni-pax. Apa-apa hal pun 'company' 012+++ memang best lah.
Sempena menyambut bulan kesukaan ni SD ada buat satu gambar untuk menyambut September Birthday Boy dan Birthday Girl. Tak la berapa nak lawa kan tapi boleh la nak tengok-tengok. mula-mula SD ada buat gambar bergerak tapi bila upload gambar tu tak bergerak pulak. Tak tahu la kenapa. Jadi SD cuma buat gambar statik yang sangat menggembirakan. Enjoy k tengok gambar tu.
Kebanyakkannya kawan FB tapi kawan blogger Akram dan Neo D Marco. Korang nak melawat blog diorang cari la kat blog list sebelah ni k.
Thursday, September 2, 2010