CARA MERAJUK TERBAIK UNTUK BALIK KAMPUNG

Backpacker SD Thursday, September 9, 2010

Sempena nak beraya ni kan, ramai la yang berebut nak balik beraya kat kampung mak la kampung ayah la sampai gaduh-gaduh nak balik raya. Ada pulak yang merajuk-rajuk lepas tu kan sebab tak dapat balik kampung dia. Kat sini SD ada sikit petua yang korang boleh guna yang boleh buat oihak lawan cair dan ikut cakap korang. Apa-apa pun korang kena la praktis dulu pastu baru la boleh mencuba dengan teknik baru ni.

Teknik yang SD nak bagi ni jugak boleh dipraktiskan oleh kaum-kaum kecil yang nak ajak mak bapak pergi jalan-jalan. Jadi mak bapak kat luar sana korang wajib tengok video ni. Takut-takut nanti tertipu pulak dengan anak sendiri kan. Pikir tak pikir la kan SD nak tunjukkan teknik ni sebab kalau dah tunjuk abes la terbongkar rahsia SD tapi sebab pikir nak kongsi dengan orang lain SD bagi jugak la kan tips ni.

Tengok betul-betul tau step yang SD ajar. Nanti terlepas satu step dah tak menjadi pulak teknik ni. Dah SD dicop kaki tipu pulak kan.


Di kesempatan ini SD nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Orang selalu cakap batin takda salah kan tapi sedar tak sedar percakapan itu juga dikira batin. Mana tahu ada yang terasa hati dengan kata-kata kita, penulisan kita atau teguran kita. Itulah dinamakan batin.

0 Beg Deuter Untuk SD