.

ADEW KER CAYE KATEW CAYE SUKEW AUWWAK!

Backpacker SD

Ada saya kesah! Itu katanya la bila ditegur. Betul la dia cakap, fb dia sukew atiew diew lerw nak tulis apew pun. Caye tak disturb owrang laen puwn. Owh!!! sangat sengal yer SD nak baca. Ada gak yang SD tegur tapi cara elok-elok dan ada jugak yang SD tengok je sebab tak berapa nak kenal sangat.

Apa-apa pun SD nak cakap, tak perlu la nak buat-buat comel kat fb. PERLU KE??? tak kannnn~~~ Kalau la betul comel, tunjuk kat dunia betul udah la. Dah pulak tu, maen campur-campur bahasa pulak tu. Hadoiiii la. Kalau yang membaca  tu terasa, SD minta maaf la. SD cuma menyatakan apa yang terbuku di hati. Kalau korang nak tulis macam kat gambar ni tulis je la. Takda halangan!






HANTU ITU WUJUD!!!! SYIRIK KATANYA

Backpacker SD

 Huuuuuuuuu~~~~~HUUUUuuuuuuu~~~~~ Warghhhhhhh!!!!!! gitu la gayanya bunyi bila tengok citer hantu kan. Pastu muzik nak suspen. Macam cerita khurafat & jangan tegur......Muzik dua-dua tak nak kalah, buat aku saket jantung je. Then jiran sebelah pulak jerit tak nak kalah gak dengan bunyi muzik tadi. Memang saket jantung aku.

Malam tadi SD ada baca pasal satu artikel yang cerita pasal lagenda hantu-hantu Johor Bahru. Memang lagenda lah kalau korang baca komen-komen yang diorang tulis. Paling best rumah yang hilang kat Taman Rinting.

SD nak tanya korang la kan, siapa kata kalau kita percaya akan kewujudan hantu itu syirik? Angkat tangan 'please'~~~ Lagi-lagi, siapa percaya hantu tu wujud? Angkat tangan 'please'~~~ Satu lagi, siapa pernah guna perubatan secara batin? atau dinamakan perubatan islam @ bomoh? Angkat tangan 'please'~~~ SD yakin, dalam ramai-ramai yang baca ni ada yang tak percaya hantu itu wujud, syirik katanya, ada yang tak percaya perubatan bomoh, mengarut katanya.


SD nak jual Card Reader 7 dalam 1
Tak pernah guna, nak jual sebab tersalah beli
Cari gadjet untuk kamera baru tapi amoy tu kaut untung pulak

'Well', orang yang cetek ilmu yang sombong untuk bertanya je yang akan berfikiran begitu. Mengenai bomoh @ perubatan islam tu, Nabi Muhammad SAW sendiri yang mengajar sahabat-sahabatnya untuk menggunakan ayat-ayat suci Al-quran dalam perubatan. Sakit sendi!!, tak payah la nak telan panadol extend. Baca je potongan ayat surah yaasin. Demam!! tak payah la nak bayar RM45 kat doktor semata-mata nak dapat saranan ubat dari yang pakar. Potongan ayat dalam Al-quran pun dah cukup.

Kalau di luar kawalan tu ye, anda patut pergi jumpa doktor. Cerita yang SD nak kongsi kali ni pasal SIAPA ITU HANTU, WUJUDKAH????? SYIRIKKAH???? BETULKAH????? Okay, bagi yang tak tahu dan tak sombong tu boleh la baca kat bawah ni. Komen SD pasal cerita hantu Johor Bahru.



Apa-apa pun, Kalau korang berani dan nak merasa sendiri pengalaman dikacau jin @ bertemu jin. Pergi la join mana-mana bebudak atau group. Katanya pengalaman hidup kan......

SEDIH, TENANG & BERSYUKUR

Backpacker SD

Menjadi seorang yang tak ambil kesah dalam banyak perkara sangat menguntungkan dan menenangkan. Biar la benda pelik-pelik jadi pun, kita tetap begitu. Kalau ada benda yang sedih jadi, kita sedih kejap-kejap je. Pastu kita hidup macam biasa je. Kalau kena marah dengan orang yang rapat dengan kita, kita terasa hati tapi esok kita dah lupa. Orang kata kita depan-depan, kita sedih tapi bila makan tengahari kita dah tak ingat benda tadi.


Petang kita bertumbuk sebab sorang nak rehat sorang nak g main bola tapi makan malam nanti kita makan sama-sama. Kawan tinggalkan kita pergi jenjalan, sedih sangat tapi lepas tu terus berterus terang kenapa jalan tak ajak. Kan elok begini kalau ramai yang bersikap ambil mudah dan berterus terang. Tak ada lah sesi pujuk memujuk.


Owh!!!! SD bukan nak cakap SD tengah gaduh ke apa tapi tiba-tiba macam rasa pelik sangat kalau tengok lelaki yang jenis "makan hati" ni. Tak la, kalau nak terasa boleh tapi jangan la nak pendam dalam hati. Tak payah la nak gaduh-gaduh. Menambah perasaan sakit,sedih dan letih dalam badan je. Lepas tu cakap terus je apa yang korang rasa tapi biar beradap dan kena caranya.


Semalam lepas 2 tahun menanti janji dari seseorang yang bernama Encik Zakian. SD sangat kecewa bila dikhabarkan yang dia dah menipu SD. Dia kata akan masukkan nama SD dalam senarai pelajar yang mengambil pelajaran Scuba tapi sampai 2 tahun dia berdalih akhirnya SD dapat tahu yang SD kena tipu. Kelas, kuiz, latihan seharian dan duit semua SD dah buat, tapi ????? janji hanya janji. SD terpaksa ulang lagi sekali subjek ko-q dan akan ambil berseorangan bersama-sama dengan junior-junior lain.


Kita ni hidup jangan menonjol sangat, nanti ada yang samar2 kat belakang duk dengki kat kita


Bangun pagi waktu cuti-cuti ni memang best sebab tak payah nak mandi cepat-cepat. Tak payah sibuk nak bancuh air. Tak payah pilih baju. Semua la tak payah! Bangun mandi pergi buat benda yang kita suka. SD macam biasa la, bila habis je lauk dalam peti, pergi pasar membeli-belah la kat sana. Seronok memasak memang hanya orang yang suka masak je tahu. Tak suka masak!!! Then jangan cuba-cuba nak masak sebab masak ni leceh dan banyak keje.


Kadang-kadang tak tahu pun nak buat apa bila buka laptop. Buka FB, buka blog, baca berita, baca blog. Kadang-kadang tu bosan jugak buka FB, seminit buka then tutup semula. Dan tadi SD tengok video yang agak menyentuh hati dan perasaan juga. Betapa bersyukurnya duduk kat Malaysia ni.


Korang rasa pemandangan bilik SD ni cantek ke tak?


Yang pertama tu cerita sedih, yang kedua tu cerita ketenangan dan yang ketiga tu cerita kesyukuran. Hari ni dan semalam (rabu dan khamis)SD punya warna sangat warna-warni dan yang penting kita enjoyyyy!!!!


Hehehehehe~~~ Hari ni (Sabtu) SD ngan member-member pergi jenjalan kat Pandan City Mall yang sebenarnya hanyalah pasar malam berbumbung. SD tak banyak benda nak beli sebab kena jimat. Setakat barang keperluan tu boleh la. 'well' ada orang tu berharta tapi tak berduit dan ada orang tu berduit tapi tak berharta. Korang kategori mana?


Ni jam baru beli sebab jam yang lama pecah masa kat Korea
Takda keje kan, kat Korea gak dia nak pecah



Ni video yang SD tengok dan sangat menyentuh perasaan

AYAT-AYAT SENGAL "MAK" DAN "ANAKNYA"

Backpacker SD

Pagi tadi SD dengan kawan SD pergi pasar basah kat Taman U nak beli barang-barang nak masak untuk seminggu. 'Then' dah sampai sana kan, mesti la telan nasi dagang dia dulu. SD kategorikan sedap nasi dagang dia. Ehh!!!! Nasi sambal udang dia pun sedap tapi air teh tarik dia, 'low class' sangat. Tak boleh nak dibandingkan dengan air kat meranti la kan.

Ehh!!! lupa pulak nak bagitau. SD baru je beli peti ais baru n dapur baru. Gara-gara makan kat luar yang selalu kena masakan yang tak sedap. SD masak untuk makan malam je, masak yang 'simple-simple' tu boleh la. Kalau suruh masak yang pelik-pelik tu, korang balik rumah je nanti suruh la mak korang masak.

Tengah duk pilih-pilih barang ni, tiba-tiba kitaorang tersembang satu benda. Macam mana boleh tercerita benda ni? korang abaikan. Terus kita pergi ke dialog yang dibincangkan.

Dak CikEh!!! Dak Muk kenapa ko beli 2 nasi lemak?
Dak MukUntuk orang rumah. Eh!!! Tak lama lagi mak dapat menantu!!
Dak CikOwh!!! Dah lama ker. Tak bagitau pun.
Dak Muk[senyum]
(dak cit cemburu k pada abangnya sebab dipuji maknya)
Dak Cit Mak!!! Tak lama lagi mak dapat cucu (dengan senyum gembira dan 'excited')
Dak CikWahhh!!!! gembiranyaaaa..... Mak dapat cucu dah....... Tak sabar rasanya....

tiba-tiba~~~~

Dak CikEh!!!! Bila kau kawen? ...... ??????

semua terdiam........ Konfem anak luar nikah.......Dak Cit salah cakap....Dak Wa tak ada pulak masa ni. Memang 'right on the time' la.....[sengal betul anak tu pergi bagitau dia ada anak luar nikah]

Sila layan video kat bawah ni yer, Misha Omar versi Aliffsha Omar




kredit to CarlSamsudin

AJL25 + AYAT-AYAT SENGAL DARI MEREKA-MEREKA

Backpacker SD

Perghhhh!!!!! memang gila la kan. Dalam banyak-banyak yang ditarget satu je yang kena. Apa ke jenis juri da tahun ni. Apa-apa pun tak kesah la sapa menang, bukan SD dapat pun duit yang diorang menang tu tapi bengang sebab tekaan satu je betul. Haishhh!!!

Dalam banyak-banyak 'part' dalam AJL ni SD suka part waktu Faizal is Mail dengan Ally is Kandar sembang-sembang. Memang sengal dowh diorang-diorang ni. Memang konfem la kan tahun depan jadi pengacara AJL lagi sekali.Konfem dah satu rezeki kat situ. SD tak berapa minat Faizal tapi Ally, !!! YES. SD suka cara dia mengacara (yang penting faizal is sengal boy). Masa skul-skul dulu setiap pagi kot SD buka MHI semata-mata nak dengar gaya pengacaraan Ally is Kandar.

Kat sini jom kita 'highlight' kata-kata diorang yang sengal dan membuatkan SD gelak buruk gila yang dah macam hape ntah. Kejap!!! siapa tak tengok AJL? tak rugi pun, boleh je nak tengok ulangan kat internet kan. Sekarang mana ada rugi-rugi. Tengok cite kat wayang lambat-lambat pun tak rugi. Sama je cite tu kalau tengok lambat pun. Yang penting tiket hari Rabu murah. hehehehe~~~ (SD jarang la pi tengok wayang sebab tak berkesempatan)

Ayat-ayat sengal masa AJL25


1)
Faizal : Awak perasan tak persembahan yuna ada peningkatan yang ketara? (lepas Yuna habes menyanyi)

Yang ni sebenarnya penonton ingatkan Faizal cakap pasal persembahan Yuna dan begitu jugak la dengan Cheryl. Padahal Faizal cakap pasal piano yang si Yuna guna. Memang betul la piano yang AJL24 kecik dan AJL25 besar punya.

2)
Faizal : Tahu tak anda! persamaan Tomok dengan saya. (Faizal cakap dekat Ally lepas Tomok habes menyanyi)

Masa ni memang sengal dowh Faizal ni. SD pun tak terpikir yang gitu jawapannya. Persamaan dia dengan Tomok - Nama Tomok (Syahindrawan bin Ismail) dan Faizal (Faizal bin Ismail). Kat situ la persamaan dia. Memang sengal!!

3)
Cheryl : tapi kan awak rasakan kenapa Faizal Ismail tak menonjol sebagai penyanyi (Masa ni Ally n Cheryl duk cakap pasal persamaan Tomok n Faizal Ismail)

tiba-tiba suara sumbang ala-ala setan menghasut datang - hah! hah! mengumpat erh! Hello, Hey! Hey!

Memang sengal la babak ni. SD tak tahu la ni dah rancang ke spontan tapi memang menjadi la kan diorang punya reaksi dan tindakbalas. Tak bosan tengok diorang ni.

4)
Faizal : Kembalinya kita ke pentas AJL ke 25. Saya nak cakap sikit pasal KAITAN LANGSUNG LAGU YANG KELIMA NI DENGAN SAYA.

Apa kes "tiada kaitan langsung" bertukar "kaitan langsung". Ayat ni pun tak boleh blah. Memang SENGAL!!

5)
Cheryl : Pendek kata~~~ debaran Black belum habis lagi la kan. Faizal : Huh!! sapa kata? Cheryl : saya kata........ Faizal : Owh!! Ally kata.hakh!! hakh!!

Memang tepat kena kat dada Ally la kan masa ni. Terima je la Ally. Faizal tu siap ada manila kad tulis "FBI is king" kan.

6)
Ally : Derr! Bukan tak boleh pergi der, tak boleh blah der! (Ni Ally betulkan ayat Cheryl yang guna ayat "tak boleh pergi der")

Ha~ Ha~ Ha~ Ha~ memang tak boleh pergi der kalau macam ni cakap lu.

7)
Ally : Dalam bahagian mana yang awak tak paham "penonton AJL sahaja" Faizal : Tapi saya tengah menonton AJL "wahh!!! meriahnya AJL, waaaahhhh! wooohuhu~~ Ally iskandar, Chery!!!"

Dah macam apa dah kan Faizal masa ni, tapi memang terkena la Faizal dengan Ally. Sejibik Ally bagi.

8)
Ally : owh!! deep vein thrombosis.....vai...vei...veiee.....(ni Ally ejek balik apa yang Faizal cakap)

Serius macam budak-budak masa Ally buat benda ni.Hadoyaiiiii!!!!! Macam-macam.

9)
Cheryl : yaaaa!! Nikky yang bagi nama tajuk lagu ni. Faizal : yeeaaa! so sweat....so sweat.... Ally n Cheryl : So sweettttt! so sweetttttt! Faizal : Hello!!! Past tense....Past tense.....kalau read (sebutan present tense) raed (sebutan past tense) sweet (sebutan present tense) sweat(sebutan past tense)

Ni lagi satu lawak yang memang SENGAL habis dowh! memang tak boleh blah. Apa kejadah 'past tense' untuk 'sweet' pulak! mujur tak sakit perut gelak tau!!

10)
Ally : What is your name?, Faizal : My name is Faizal, Ally : Who is faizal? Faizal : faizal is Mail.hakh! hakh! hakh! wuhooo!!! easy...easy...

Serius SENGAL dowh jawapan dia. Tak ku sangka pulak yang si Faizal ni nak jawab macam tu. hakh! hakh! hakh! memang kali kedua tengok pun gelak la. Konfem gelak!
Kawan tanya "siapa adik dia?"  SD tahu dia ada adik yg jadi artis tapi tak tau namanya. Google sikit-sikit then namanya SITI SALEHA
11)
Faizal : Shut up not shut up...Diam tak diam...

Gelak yang tadi pun tak abes lagi dah dia buat lawak baru. Memang SENGAL dowh. ni dah macam "I DON'T WANT BANANA FRUIT TWO TIMES" lagi sekali hadoooyaiiii!!!

12)
tak da dah. Dah abes dah. Rasanya ada lagi lawak-lawak yang SD tak selitkan dalam ni sebab lawak tu tak terpilih sebagai lawak yang boleh buat SD gelak buruk gila hape ntah. Apa-apa pun harap tahun depan pengacaraannya boleh hidup lagi macam tahun ni. Memang SENGAL sangat pengacara kita ini.

Korang-korang yang tak dapat tangkap apa yang SD 'highlightkan' kat sini, elok-elok la pergi tengok lagi sekali AJL25.huhuhu~~~~ Konfem gelak punya.

MAYBANK @ BRADER SENGAL

Backpacker SD

Korang tahu tak, bulan Januari ni bulan apa? Bulan ni ialah bulan mengeluarkan duit pelaburan dalam bank. Ada yang datang pukul 3 petang tapi dah tak boleh amek nombor sebab ramai sangat orang nak keluarkan keuntungan. SD tak terlibat la sebab SD nak masukkan duit dalam bank bukan nak keluarkan. Siapa yang ada buat pinjaman ASB mesti tahu benda ni. Perancangan masa depan katanya.


Bila dah buat perancangan masa depan ni maksudnya masa sekarang tak boleh la nak berjoli bagai. Nanti tak pasal-pasal keje apa tak lagi dah muflis. Kalau muflis dalam jutaria takpa, jangan muflis betul-betul sudah la. Sebenarnya SD nak cakap pasal brader penyibuk yang buat-buat pandai dengan SD.


Tak mana pun dia sibuk tapi sengal jugak la nak melayan brader tu. Banyak songeh ditambah dengan karut-marut yang tak tentu hala. Ni dialog SD dengan brader sengal tu kat MAYBANK TAMAN U.


Brader : Awak, ada apa?
Saya : Boleh tolong 'check' akaun Maybank saya tak?
Brader : Ada kad?
Saya : Tak ada.
Brader : Buku?
Saya : Tak ada.
Brader : Mana boleh dik, macam mana nak keluarkan duit nanti!
(sengal brader ni, sejak bila pulak aku kata nak keluar duit)
Saya : Saya tak keluarkan duit.
(SD cuma masukkan duit dalam akaun Maybank untuk pembayaran bulanan pinjaman ASB)
Brader : eh!!! tak boleh dik, nanti.....
(SD tak puas hati 'then' terus mencelah)
Saya : Tak!!! Tak!!! Tak!!!
(dengan tegas sambil goyang-goyang tangan tunjuk tanda tak)
Saya : Tolong 'check' akaun Maybank saya je. Tu je!!!
Brader : IC.
(hah!!!! kan senang, minta je IC)

SD dah tau dah kena bagi IC kalau nak cek akaun tapi brader ni je sengal lebih. SENGAL!!!!

Ni pulak dialog SD dengan MAYBANK TAMAN TUN AMINAH

Brader : Awak, ada apa?
Saya : Boleh tolong 'check' nombor akaun bank saya?
Brader : IC.


Haaaa!!!! Amacam ringkas dan padat tak pengisiannya. Padat kan tapi tak sepadat milo fuze la.3 dialog je okay. Tak perlu tanya segala bagai soalan yang karut marut tu. Kan mudah, senang, cepat, tak abes air liur, tak perlu "Tak!!! Tak!!! Tak!!!" dan tak perlu dialog panjang-panjang.

Kesimpulannya kalau korang nak senang kaji dulu prosedur benda yang korang nak buat. Macam buat passport kat Johor Bahru ni. Salah langkah, petang la jawabnya baru korang siap buat. Pastu takda lah diorang bagi banyak alasan yang kemudian harinya korang jugak yang terseksa. Mungkin korang akan jadi macam ni:-

Brader : Awak, ada apa?
Saya : Boleh tolong 'check' akaun Maybank saya tak?
Brader : Ada kad?
Saya : Tak ada.
Brader : Buku?
Saya : Tak ada.
Brader : Mana boleh dik, macam mana nak keluarkan duit nanti!
(sengal brader ni, sejak bila pulak aku kata nak keluar duit)
Saya : Saya tak keluarkan duit.
(SD cuma masukkan duit dalam akaun Maybank untuk pembayaran bulanan pinjaman ASB)
Brader : eh!!! tak boleh dik, nanti.....bla...bla...bla...
Saya : eh!!! ye ke. Kalau macam ni tak boleh la yer.ooooo....gitu rupanya.
(dah kena tipu @ kencing basah lencun korang pun balik)



Dah bazir tenaga korang mendengar dia berceramah bohong tambah penat nak siap-siap nak pergi bank. Kurang minyak rambut korang sikit kalau laki, kalau puan penat saterika tudung cantik-cantik. Yang pakai yuna style pulak, dah penat lilit-lilit leher kannnn.....


*oh brader!!! tak payah la nak lebih-lebih. Menyusahkan orang je.
*budak-budak universiti sekalian. Sila-silakan la buat simpanan kewangan.Kurang-kurang korang ada harta nak tanggung kalau-kalau tersepit.
*SD tak boleh nak shopping langsung sebab banyak hutang nak kena setel.
*masih dalam KOREA MOOD