SEDIH, TENANG & BERSYUKUR

Backpacker SD Monday, January 24, 2011

Menjadi seorang yang tak ambil kesah dalam banyak perkara sangat menguntungkan dan menenangkan. Biar la benda pelik-pelik jadi pun, kita tetap begitu. Kalau ada benda yang sedih jadi, kita sedih kejap-kejap je. Pastu kita hidup macam biasa je. Kalau kena marah dengan orang yang rapat dengan kita, kita terasa hati tapi esok kita dah lupa. Orang kata kita depan-depan, kita sedih tapi bila makan tengahari kita dah tak ingat benda tadi.


Petang kita bertumbuk sebab sorang nak rehat sorang nak g main bola tapi makan malam nanti kita makan sama-sama. Kawan tinggalkan kita pergi jenjalan, sedih sangat tapi lepas tu terus berterus terang kenapa jalan tak ajak. Kan elok begini kalau ramai yang bersikap ambil mudah dan berterus terang. Tak ada lah sesi pujuk memujuk.


Owh!!!! SD bukan nak cakap SD tengah gaduh ke apa tapi tiba-tiba macam rasa pelik sangat kalau tengok lelaki yang jenis "makan hati" ni. Tak la, kalau nak terasa boleh tapi jangan la nak pendam dalam hati. Tak payah la nak gaduh-gaduh. Menambah perasaan sakit,sedih dan letih dalam badan je. Lepas tu cakap terus je apa yang korang rasa tapi biar beradap dan kena caranya.


Semalam lepas 2 tahun menanti janji dari seseorang yang bernama Encik Zakian. SD sangat kecewa bila dikhabarkan yang dia dah menipu SD. Dia kata akan masukkan nama SD dalam senarai pelajar yang mengambil pelajaran Scuba tapi sampai 2 tahun dia berdalih akhirnya SD dapat tahu yang SD kena tipu. Kelas, kuiz, latihan seharian dan duit semua SD dah buat, tapi ????? janji hanya janji. SD terpaksa ulang lagi sekali subjek ko-q dan akan ambil berseorangan bersama-sama dengan junior-junior lain.


Kita ni hidup jangan menonjol sangat, nanti ada yang samar2 kat belakang duk dengki kat kita


Bangun pagi waktu cuti-cuti ni memang best sebab tak payah nak mandi cepat-cepat. Tak payah sibuk nak bancuh air. Tak payah pilih baju. Semua la tak payah! Bangun mandi pergi buat benda yang kita suka. SD macam biasa la, bila habis je lauk dalam peti, pergi pasar membeli-belah la kat sana. Seronok memasak memang hanya orang yang suka masak je tahu. Tak suka masak!!! Then jangan cuba-cuba nak masak sebab masak ni leceh dan banyak keje.


Kadang-kadang tak tahu pun nak buat apa bila buka laptop. Buka FB, buka blog, baca berita, baca blog. Kadang-kadang tu bosan jugak buka FB, seminit buka then tutup semula. Dan tadi SD tengok video yang agak menyentuh hati dan perasaan juga. Betapa bersyukurnya duduk kat Malaysia ni.


Korang rasa pemandangan bilik SD ni cantek ke tak?


Yang pertama tu cerita sedih, yang kedua tu cerita ketenangan dan yang ketiga tu cerita kesyukuran. Hari ni dan semalam (rabu dan khamis)SD punya warna sangat warna-warni dan yang penting kita enjoyyyy!!!!


Hehehehehe~~~ Hari ni (Sabtu) SD ngan member-member pergi jenjalan kat Pandan City Mall yang sebenarnya hanyalah pasar malam berbumbung. SD tak banyak benda nak beli sebab kena jimat. Setakat barang keperluan tu boleh la. 'well' ada orang tu berharta tapi tak berduit dan ada orang tu berduit tapi tak berharta. Korang kategori mana?


Ni jam baru beli sebab jam yang lama pecah masa kat Korea
Takda keje kan, kat Korea gak dia nak pecah



Ni video yang SD tengok dan sangat menyentuh perasaan

0 Beg Deuter Untuk SD