Sapa cakap waaaaaahhhhh!!!! best la kos kau. Memang best sampai hari-hari rasa nak belajar je. (mata ke atas tangan ke bahu) eh!!! Sempena hari ni (AHAD 8 MEI 2011) hari terakhir SD belajar di UTM untuk sem 6 ni. SD nak buat satu entri khas untuk menghargai subjek-subjek yang SD belajar selama berada di sem 6 ni.
Jom kita mulakan dengan menerangkan kenapa panjang sangat tajuk entri kali ni. Sebenarnya (rasanya korang dah tahu kot tajuk tu nama subjek SD amek, eh!! tak tau?) nama-nama subjek yang SD amek ada dalam tajuk kat atas ni.
1) Transmission Line (Penghantaran Gas)
2) Instrumentations (Proses Intrumentasi)
3) Process Control (Kawalan Proses & Dinamik)
4) Separation Process (Proses Pemisahan)
5) Pollution Control (Kawalan Pencemaran)
Dari 5 subjek ni 3 subjek adalah berbentuk pemahaman dan hafalan. Pollution, Instrumentations & Pollution SD kena paham apa benda yang subjek ni cerita pastu kena la hafal dia punya fakta. Owh!!! walaupun ni subjek hafal tapi soalan dia memang menguji kefahaman. Bayangkanlah SD hafal yang air sungai ada 5 peringkat proses pembersihan sebelum boleh diminum tapi sekali soalan keluar, adakah langkah yang kelima itu perlu? Mengapa? Jadi kalau hafal tapi tak paham konfem tak boleh jawab.
Ni subjek Intrumentations
memang betul la duk kat U ni tak sama duk kat sekolah. Yang lagi dua tu subjek mengira yang mana kalau kat mall macam Giant, Jusco, The Store; kedai-kedai francais macam KFC, McD diorang akan guna tangki LPG. Ala tangki masak kat rumah kita la. Yang beza diorang dengan kita, diorang perlu letak tangki tu kat luar dari mall then pasang sistem paip macam sistem paip air sampai la ke dapur memasak diorang. Jadi SD la BAKAL bertanggungjawab untuk pasang dan memeriksa benda tu selamat ke tak. Yang ni untuk subjek Transmission Line.
SD rasa tak salah kot SD upload gambar ni
Takut la maklumat rahsia, tak boleh share online
Ni la dia pipeline gas di semenanjung malaysia
Untuk Process Control SD belajar cara macam mana nak kawal sistem tangki. Senang cerita kalau korang tengah masak kan, berapa suhu, berapa tekanan dan semua la kena kawal sebab tu nama dia process control. Subjek ni sangat la mencabar sebab UTM dah mula buat PBL (Personal Base Learning) untuk subjek ni maksudnya korang kena belajar sendiri subjek ni. Lecturer masuk kelas cuma buat review je, sikit pun tak ajar. Kalau kita tanya dia akan jawab dengan pertanyaan sebab nak suruh kita fikir. Gila kan! Memang gila.
Ni la water treatment process sebelum boleh minum
SD tak tahu macam mana SD mengharungi subjek ni. Syukur la SD boleh jugak faham subjek ni. Walau apa pun SD dah pun menghabeskan sem 6 ni dengan jayanya. Harap dapat la pointer tinggi sebab kata dah faham. Kalau tak tinggi biarlah atas 3. Baru syok tengok pointer nanti..... uhuhuhu~~~~ Lepas ni mau berLI di Selangor, Seri Kembangan, Balakong. Harap banyak la yang dapat belajar masa praktikal nanti. Sekian.
kau xpham.. aku lg xpham!! hahahaha
jemput singgah ANASAURUS :)
Posted on May 9, 2011 at 3:58 PM
gitu la kan...apa2 pun semua ni penghargaan untuk subjek sem ni....
Posted on May 9, 2011 at 7:45 PM
khalispun tak faham apa2..hehe
Posted on May 10, 2011 at 3:42 PM
khalis : huhuhu~~~ yg belajar 3 tahun ni pun merangkak2 nak paham..... yg pnting post ni khas untuk sem6.... dah mcm org dah sem6 ni dlm post ni...
Posted on May 10, 2011 at 8:07 PM
awal yang baik
Posted on November 24, 2011 at 8:02 AM