DOWNLOAD WINDOWS ORIGINAL PERCUMA (KHAS UNTUK BUDAK UTM)

Backpacker SD Saturday, October 8, 2011

sela

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum.......

SD nak tanya berapa ramai yang tahu benda ni dari dulu lagi tapi tak tahu caranya? Secara menyeluruhnya SD boleh katakan hanya sesetengah pelajar sahaja yang tahu benda ni. SD yang suka pasal program-program tahu ada windows percuma dari UTM tapi tak tahu nak cari kat laman layar yang mana.


Okay! Artikel kali ni dibuat khas untuk budak-budak UTM untuk memuat turun microsoft windows original dari UTM. SD akan ajar satu persatu dari mula sampai dapat buka laman untuk memuat turun software tersebut. Jom kita mula!

SEMUA GAMBAR-GAMBAR BOLEH 'ZOOM-IN' KALAU TAK JELAS

1) Buka Google!



2) Tulis "VPN UTM" pada laman carian Google
3) Tekan "UTM VPN-UTM.My" carian yang pertama



4)Akan keluar paparan seperti dibawah




5) Masukkan ACID anda untuk daftar masuk seperti paparan di bawah




6) Selepas berjaya daftar masuk, korang akan nampak paparan macam kat bawah ni.
7) Klik  'link' yang keempat "CICT software resources and virus info"



8) Korang akan dibawa ke paparan baru macam kat bawah ni. Perhatikan bahagian kanan 'sidebar' ada MSDNAA. Klik 'link' tu.




9) Korang akan dibawa ke paparan baru lagi macam kat bawah ni. Kali ni klik 'link' yang bertulis "msdn70.e-academy.com/utm_cict"




10) Paparan baru akan muncul lagi macam kat bawah ni. Klik "sign in"~kedudukannya atas kanan betul-betul atas logo UTM.



11) masukkan 'username' dan 'password' yang diberikan UTM kepada korang.




eh! UTM bagi?? Masa bila pulak dia emel aku username & password???
Betul ka hang ni SD??? Await kami tak dapat pun???

Okeh! Okeh! SD tau ramai yang tak pernha buka emel utm korang kan. SD pun jarang-jarang buka Ada la dalam setahun 2 kali. SD akan ajar cara nak buka emel korang k. Tutorial ni khas untuk yang dah pernah masuk emel UTM korang. Yang belum pernah masuk @ tak register lagi, SD minta maaf. SD dah lupa cara nak daftar untuk kali pertama.

Pertama, buka Microsoft Outlook Live ( Google je kat internet). Lepas tu korang boleh la daftar masuk menggunakan username ACID korang.  Tambahkan @live.utm.my pada username yang korang selalu guna masa log in aimsweb. Contoh aimsweb----> Mkassim45; untuk outlook live mail ----->Mkassim45@live.utm.my. Password live mail yang original ialah no k/p @ matrik korang.

Contoh macam kat bawah ni.



UTM ada hantar MSDNAA username dan password  kat emel tu. Kemudian, cuba cari pada emel yang ke-2 @ ke-3 awal dalam senarai emel korang.

Dalam emel live outlook tersebut ada diberi username & password untuk MSDNAA jadi gunakannya untuk log in dalam MSDNAA. Emel dalam outlook live tu lebih kurang seperti yang ditunjukkan di bawah.




lepas tu masukkan 'username' dan 'password' korang ke dalam daftar masuk laman MSDNAA.




Fasa yang terakhir adalah untuk korang ber'shopping' sepuas-puasnya secara percuma. Untuk tutorial shopping sD tak nak ajar. Pandai-pandai la korang nak shopping kat MSDNAA tu. Paparan bila dah berjaya daftar masuk adalah lebih kurang macam kat bawah ni.




Perasan kan SD letak anak panah tu. Nak shopping software-software percuma kat situ la.





SELAMAT BERSHOPPING SEMUA!



Robbi zidni 'ilma - Tuhanku tambahkan ilmu padaku (Qur'aan 20:114)

Warzuqni fahma - rezkikan aku dgn kefahaman

Robbi habli hukma - Tuhanku kurniakan hikmah padaku (Qur'aan 26:83)

Wa alhiqni bis solihin - Masukkanlah aku kedalam golongan orang2 yg soleh. (Qur'aan 26:83)


اللهم صل على محمد وال محمد

0 Beg Deuter Untuk SD