PEPERIKSAAN TERAKHIR DI UTM

Backpacker SD Saturday, January 14, 2012

Hari ini ialah hari terakhir SD mengambil exam selama hayat SD belajar dekat UTM ni. Sem depan semua subjek yang SD amek semua tak ada exam. Lebih kepada project work. Seperti sem lepas SD nak dedikasikan pos kali ini untuk subjek-subjek yang SD amek semasa sem ketujuh SD di UTM~ Secara jujur sem ni adalah sem paling gagh sekali dalam hidup SD di UTM ni.


Serius SD cakap kalau SD cerita hidup SD dekat adek-adek SD yang nak masuk matrik tu mesti dia boleh batalkan niat dia nak masuk u. Tapi kata orang, tengok juga kos apa kita amek kat u kan. Macam SD amek Kejuruteraan Kimia Gas~ Sangat saket dan its well known this course is one of the tough course even hard to eligible and enter this course. SD tahu kenapa dia amek budak-budak pointer tinggi je~ SD bukan nak berlagak tapi ni sekadar berkongsi cerita. SD buat blog kan untuk berkongsi pengalaman, pendapat dan kenangan SD di dunia Allah ni.


Ni senarai subjek yang SD amek masa sem tujuh ;


1) Plant Design
2) Projek Sarjana Muda 1
3) Safety for Plant Design
4) Reticulation System and Storage
5) Effective Communication
6) Process Control Lab
7) Seperation Process 2 Lab
8) Project Management
9) Horticulture Technologi


SD tak nak cerita satu-satu sebab tak habes nanti kalau SD cerita satu-satu~ SD akan tunjukkan serba sedikit gambar2 pasal apa yang SD belajar dalam semua subjek ni.


Ini ialah subjek Plant Design yang mana SD kena buat satu "kilang" untuk process bahan kimia dan mengasingkan bahan-bahan kimia tu semua
Ini ialah subjek project Management yang mana kami kena belajar pasal dalam buat sesuatu projek yang juta-juta berapa lama masa diperlukan, apa yang boleh ditangguh,bila setiap 'sub-work' boleh siap....gitu la kira-kiranya~
Ini pulak subjek yang mana SD belajar pasal keselamatan dan langkah2 perlu diambil kalau nak buka syarikat berkiatan kimia atau adek2 dia. Kita jarang dengar kemalangan kat tempat2 industri macam ni kan sebab diorang memang sangat teliti dan semua benda even yang remeh pun dianggap besar. Satu je sebabnya sekali kemalangan satu plant hancur! Takda dah rosak sini sket sana sket.
Ini pula subjek untuk proses penimpanan bahan2 bakar macam LPG (gas dalam tong gas masak) LNG (gas yang kereta NGV guna tu). Sebab proses penyimpanan ni bermain dengan tekanan tinggi dan suhu rendah jadi segala benda nak kena amek kira.Walau tanah tempat nak letak tong pun kena amek kira.
Ini gambar untuk lab seperation. Gambar ni duk cerita pasal macam mana nak jadikan serbuk dari cecair....Senang cerita ni la mesin buat susu tepung, santan serbuk, kopi serbuk xda hampas.....Ni la mesinnya cuma ni skala lab je la.....kecik molek nak buat serbuk secawan kopi pun x lepas~




Yang gambar terakhir ni pulak Lab Process Control. Dalam lab ni kami akan belajar macam mana nak kawal mesin-mesin yang ada dengan menggunakan arahan komputer secara analaog @ senang cerita kita masukkan arahan satu-satu pakai code dia 'then' mesin tu akan buat kerja dia. Menarik tapi kami tak paham sepatah haram pun masa buat lab ni. Bila dah siap buat baru la paham serba serbi sebab sangat kompleks dia punya 'key in' analog data.

Jadi sampai sini je la coretan SD untuk SEM7......Banyak yang SD lalui termasuk la bergaduh, demam, saket kepala, hilang selera makan, tidur tak tentu hala dan sebagainya~~~

0 Beg Deuter Untuk SD