Okay yer, ni maksud SD dr pak cik Google
Aku skang ni nampak trend sekarang x guna ayat ayat aku. Diorang blogger2 lebih suka kata ganti selain 'aku'. Jadi aku di sini nak bersifat lebih sopan dan feminin. Apa yang aku cakap ni, okay selepas ni x nak dah guna 'aku' nak guna singkatan nama yang baru untuk SEADEAD iaitu SD. Dengan ini secara rasminya 'aku' tak akan menggunakan 'aku' lagi. SD akan menjadi nickname aku dalam post aku yang seterusnya. Okay sebenarnya bukan ni tujuan SD nak cakap untuk entri kali ini. Kali ni Sd nak cakap pasal tajuk hari ini iaitu ECRANOPLANES. Apa itu ecranoplanes, sebelum ini SD pun x tahu apa itu ecranoplanes. Selepas membuat bacaan yang terperinci dan dengan bantuan Cik Google(wanita yer dia nie) SD dapat serba sedikit tentang ecranoplanes ni.
Ecranoplanes atau pesawat datar ialah kenderaan yang menyerupai kapal terbang tapi operasinya hanya menggunakan prinsip 'ground effect'. Ecranoplanes boleh bergerak dimana-mana sahaja asalkan tempat tu @ pemukaan tempat untuk dia bergerak ialah mendatar. Apa yang lebih penting ecranoplanes (ground effect planes =GEV) terbang rendah je dari pemukaan bawah iaitu beberepa meter sahaja dari pemukaan. GEV adalah kenderaan rekaan Rusia ketika perang dingin dan tujuan GEV dicipta ialah untuk menjimatkan tenaga dan untuk mengelakkan dari dikesan oleh radar musuh. GEV ni sebenarnya dicipta oleh Soviet Union sebagai kenderaan berkelajuan tinggi (GEV boleh bergerak beberapa ratus km/jam). Pembangunan GEV mendapat sokongan daripada Dmitri Ustinov, Menteri Pertahanan USSR. Tapi kan sayang Dmitri mati pada 1985 dan Menteri Pertahanan yang baru telah membatalkan semua pembiayaan untuk projek ini. Ada tiga jer GEV ni dan salah satunya ada di pangkalan angkatan laut berhampiran Kaspiysk.
Ecranoplane boleh tembak misil tau, bergerak sangat laju di pemukaan air tp x sentuh pemukaan air tu.
Ecranoplanes ni boleh bergerak dimana mana sahaja, tengok la ni dia bergerak di atas darat selepas bergerak diatas air tanpa perlu berhenti pun.
Tengok tu, siap bolah bawa kereta kebal g jalan jalan lagi. Hebat kan!
Fuuuyoooo!!!! Bergerak tinggi sket jer dari air. Hebat!! Hebat!! Rekabentuk sayap dia dah diubah sedikit daripada rekabentuk kapal terbang untuk membolehkan dia terbang rendah.
Gambar2 diatas diambil masa zaman soviet dulu. Gambar kat bawah ni gambar zaman sekarang plak (ada pulak gambar zaman2...gambar zaman dulu ko mana?????)
Gambar tiga yang terakhir ni diambil ketika ecranoplanes ni ditunda oleh bot tunda di sungai Volga untuk ke taman hiburan di Moscow. Mugkin ecranoplane akan jadi satu monumen yang tak akan dipulangkan kembali.
*SD tak tau la nak kreditkan kepada siapa sebab banyak sumber digunakan untuk buat artikel ni.
*SD suka membaca online ni, apa2 yang SD rasa menarik SD akan buat artikel tu di blog SD
ecranoplane....emm..menarik tuh...thanks 4 this info...x penah tau pon sebelum ni..ekeke
Posted on May 25, 2010 at 9:48 AM
sama la....tu pun terbaca kat mana2 ntah....terus la buat satu artikel untuk ini.....sama sama....
Posted on May 25, 2010 at 10:09 AM