SUNGAI MALAYSIA KOTOR TAK?????

Backpacker SD Thursday, May 27, 2010


Cik Google SD memang pelik sket, tekan kotor dia bagi ni, bagi la gambar sampah

Jalan-Jalan Cari Makan....Orang cakap "jauh perjalanan luas pemandangan" tapi kalau hari2 guna jalan yang sama dia bertukar camni plak "Jauh perjalanan sempit pemikiran". Habis hari2 tengok benda yang sama je, 'last2' dia pikir pasal pemandangan tu jer. Sebenarnya nak cakap yang SD dah dua kali naik kete lalu jalan yang sama g tempat yang sama. Orang mintak hantar, kita tolong. Pasni x tau la nak jalan ke mana plak.(Apa???? Xda kena mengena ngan tajuk!!!!! 'Rileks' lu. Tak mula lagi citer, 'intro' pun belum)

Okay, yang ni ada kena mengena ngan tajuk. SD tengok kat Malaysia ni banyak sungai yang kotor. Bila jalan-jalan kat bandar2, jalan kat taman2 dan banyak lagi la tempat. Selalu nampak sungai2 kotor (SD, aku rasa ko konfius la sungai ngan longkang besar) Oh, ye erk. Tak perasan plak sungai ngan longkang, cam sama jer. Sungai klang tu, nak panggil sungai ke longkang besar. Hah!!! Jawab la.

Tadi......SD ada baca artikel2 inggeris pasal sungai-sungai yang terkotor di dunia. Highlight kat situ DI DUNIA. Agak-agak korang la kan, sungai kat Malaysia ada tak termasuk skali. Penduduk paling kurang adab kita tergolong tau (ni ntah pengkaji mana ntah datang wat survey pasal benda ni, adab yang dikaji dari segi menolong orang klu kertas2 terjatuh, beri laluan kat orang tua n adik beradik tu la, bukan adab kesopanan tau) Okay kembali ke topik asal, dah puas pikir dah. Malaysia tergolong ke tak????? Okay baca satu-satu gambar ni(BACA!!!!! gambar kan). Ala bising plak, ikut je.....



Sungai Citarum, Indonesia

Sungai Ni nampak kotor kan dan kalau korang perasan sungai ni kotor dengan sampah, sangat banyak sampah. Yang lebih mengejutkan sungai yang tiada hidupan(highlight disitu, TIADA HIDUPAN) ini merupakan sumber utama air untuk pertanian dan juga sumber air minuman (orang panggil kawasan tadahan air gitu). Macammana dengan keadaan sungai @ kawasan tadahan air Malaysia????? (Boleh dibuat entry baru yang itu)



Sungai Yamuna, India

Yamuna ialah anak sungai terbesar di daerah Ganges, India. Apsal sungai ni jadi camni, maunya tak!! Korang bayangkan 58% dari hasil buangan New Delhi disalurkan ke sungai ni. Patut ke dia buat lagu tu. Kerajaan diorang pernah gak cuba nak bersihkan semula sungai ni tapi sia2 je sebab mentaliti dan juga tiada sifat nature love, sungai ni kekal begini.


Sungai Buriganga, Bangladesh

Kan dah cakap jauh perjalanan luas pemandangan tapi kalau ni la pemandangan korang masa jalan2 tu, apa korang rasa??????(nak jawab tulis kat komen) Sungai ni adalah sungai utama yang mengalir bersebelahan bandar Dhaka, ibu negara Bangladesh (patut la kena kejar dek polis pun diorang x nak balik sana) Sungai yang dikatakan mati secara biologinya ni mengandungi 80% bahan yang tidak dirawat macam bahan buangan kilang dengan polyethenes yang termendap di bawah air


Sungai Kuning, Lanzhou, China

Dah sampai China dah kita, sedar tak sedar jauh jugak kita berjalan-jalan. Sungai ini namanya 'Yellow River' yang mana merupakan sungai kedua terpanjang di China dan menjadi sumber utama untuk penduduk di sebelah utara China(boleh dikatakan sungai ni di Lanzhou). Itu dulu la kan sebelum sungai ni dicemari dengan tumpahan minyak yang x henti2 dan juga pencemaran perindustrian.


Sungai Marilao, Filipina

Sekarang korang fahamkan kenapa kat mula-mula tu ada jJCM. sekarang ni kita akan berhenti di Filipina (gaya seorang 'tourguide' bercakap) Kalau kat Indon (weh!!! mana boleh sebut Indon dah sekarang, kerajaan marah sebab orang Indonesia tak suka dengan gelaran tu) kalau kat Indonesia ada banyak plastik kan, kat sini laen pulak, batang pisang, bangkai anjing yang bengkak-bengkak (ala yang macam kembung-kembung tu),plastik dan selipar getah @ korang panggil selipar jepun (eh!! boleh buat entri jugak ni) banyak sangat.

Sungai ni sepatutnya kena tukar nama "sumber bahan kimia Filipina". Mana taknya, korang bayangkan bahan toksik yang ada kat dalam sungai ni belaka(semua) bahaya macam Cadmium, Chromium, Copper dan Arsenic(arsenic tuuuuu, korang boleh mati) Tengok kain rentang tu, hermph tak payah la buat, sia2 je. Selamba jer kilang2 buang sisa terus dalam sungai, penduduk kampung pun apa lagi. Berkata si penduduk (rekaan aku yer) "Kilang boleh buang benda pelik2, kami pun boleh la buang benda pelik2, x pelik pun setakat anjing mati sekor"...hahahhahahha.....giler klakar....Okay dah2...kita beralih ke India balik.....


Ganges river, India

Sungai ni terhasil daripada glasier Gangotri tapi tengok sampah tu glasier Gangotri pun malu nak mengaku air tu dia punya.Ishhh...Ish....Ish....Korang tau tak sungai ni sungai paling mulia bagi masyarakat Hindu kat sana. Boleh la nak cakap lebih kurang 2, 000, 000 orang (highlight kat situ ada ENAM 0 yer) mandi kat sini setiap hari. Tengok keadaan dari gambar dah tau sungai ni kotor dengan sampah(mungkin baru pas festival kot) Kat bawah ni ada gambar2 yang lain. Yang aku SD pelik kenapa diorang anggap sungai ni suci tapi tak terdetik ke nak jaga kesucian ni dia kata suci sungai ni.BODOH Link yang membicarakan tentang sungai Ganges.


Klik gambar untuk besarkan gambar

Dah...Dah...Lagi lama kita bincang, lagi banyak keburukkan. Baik kita melancong ke tempat laen mencari sungai2 tercemar. Kali ni kita pusing semula ke Chini(Eh!! Ni rumah SD la) China.



Songhua river, China

Kedudukan sungai ni di timur laut China, dan merupakan anak sungai terbesar bagi sungai Heilong. Sungai ni tercemar dengan benzene(banyak guna kat makmal ni) pada November 2005. Yang paling kesiannya, bekalan air Harbin ditutup disebabkan hal ni.

Korang tak tertanya ke, kenapa negara2 sedang membangun dan negara ketiga logik la negara ketiga negara kotor diorang sibuk kejar nak jadi negara kedua je yang dalam senarai. Takkkkkkk!!!!!! Tak habis lagi entry ni. 'Tour guide' nak bagitau ni, dah tukar duet ke belum ni. Kita nak ke USA ni. Kang menyesal tak tukar.Poyo je kau ni!!



Sungai Mississippi, USA

Percaya atau tidak, sungai ni merupakan sumber alam semulajadi dan ekonomi utama bagi Amerika Syarikat. Lagi sekali percaya atau tidak, 40% air kat Amerika tu mengalir kat sungai ni. Percaya atu tidak juga, eh xda dah....xda dah....Sungai ni dicemari oleh pertanian pusat di Teluk Mexico(1.5 million tan metric Nitrogen setiap tahun bersamaan 1 500 000 000 kg metric) Sedar atau tidak juga(ada lagi ayat ni...hehehehhe...) ni jam yang ke 3(3 jam) SD sedang menaip artikel ni.



Sungai Sarno, Italy

Beri nama kat anak kucing best gak ni. Negara yang maju dan cantik ni juga tak terkecuali dari menjadi model negara tercemar.Ehh...korang tau tak ada kajian mengatakan yang spageti bukan berasal dari Italy tapi China(eh....lagi sekali boleh wat entry) Mee dikatakan telah berada di China lebih awal. SD x kaji lagi yang ni. Weh!! SD ko lari tajuk la. Eh!!! Tersasul. Okay! Sungai ni mengalir melalui Pompeii ke selatan bandar Naples dan merupakan sungai yang paling tercemar di eropah.(Highlight kat situ EROPAH) Macam biasalah kan, kalau sungai tercemar je mesti pertanian, ------kalau pertanian jer mesti sungai tercemar------(yang ni salah yer),sungai ni tercemar dengan bahan buangan pertanian dan industri yang tak dirawat. Yang ni seday sikit sebab sungai tanpa segan silu masuk dalam laut sambil mencemardulikan laut.  Key Pad LOck kau Itali, abes laut pun ko nak cemarduli. Ko ingat ko raja dunia.



Sungai Raja(King), Australia

Fuhh!!!! Penatnya nak menaip, dah masuk jam ke berapa ni. Fuhh!!! Penatnya nak membaca, dah masuk minit ke berapa dah ni. Dua2 bawak bersabar. Sungai ni sangat berkuasa, kata King, king apa? King Kong....hua...hua...hua...LOL(laugh out loud-----SD tau ada yg tak tau maksud sebenar LOL).....Sungai yang berkuasa tapi tak berdaulat ni nak kata tercemar tak tapi ayatnya lebih kurang camni, menderita dengan tahap keasidan melampau hasil perlombongan yang mengalirkan 1.5 juta tan metric sulfida sehingga 1995.Sekarang berapa la agaknya?????

Dah habes pun cakap tulis pasal sungai2 yang tercemar teruk. Banyak lagi sungai2 yang tercemar tapi ni je yang SD dapat senaraikan. Kalau nak tahu lagi cari kat cik Google SD. Dia x kesah pun. Tanya je kat dia.Okiey Dokiey......tutup ngan bacaan alhamdulillah.....

p/s habes menaip pukul 2.30 pagi mula menaip dalam pukul 10.30 mlm
p/s publish lambat sebab malam2 orang x baca jd tunggu pagi esoknya
p/s Malaysia ada ke tak??? ni kan persoalan kita. Takde x bermaksud x kotor tapi maseh terkawal

4 Beg Deuter Untuk SD
  1. dasyat la ko....
    dok berjam2 pan laptop..
    4 wat entry nie...

    Posted on May 28, 2010 at 4:11 PM

     
  2. SD Said,

    huhuhuhu....aku asyik baca entry ni...pastu pikir kongsi pun best gak....tp nak translate n cari2 la saket sket....huhu...cuti kan...xpa laaa.....

    Posted on May 28, 2010 at 6:33 PM

     
  3. wey...ak xpham la pasal comment ko kat entry ak..
    ko ckp da password 4 comment ak nye entry..
    setahu ak..
    ak xusik pape pon..
    try explain sikit...

    Posted on May 28, 2010 at 11:43 PM

     
  4. SD Said,

    ala klu kita nak post je komen mesti dia ada suruh tulis apa yang tertera pada gambar, lebih kurang gitu la....ko g kat setting pastu klik komen, pastu bahagian word verification tekan no.....setel la....masa ko komen blog ni xda kan dia minta word verification kan....

    Posted on May 28, 2010 at 11:47 PM