GAMBAR YANG MUNGKIN MENCETUS.....

Backpacker SD Friday, August 27, 2010


............PEMIKIRAN BERCANGGAH

Dah Ramadhan ke berapa ya waktu artikel ni ditulis. Aku kira-kira Ramadhan ke 18. Maksudnya dah 18 hari aku melalui musim beribadat tapi kenapa perasaan malas nak memaksimumkan ibadat tu ada dalam diri. Syaitan-syaitan semua dah diikat kecuali setan nafsu. Aku berpendapat setan nafsu adalah setan paling kuat diantara kaum-kaum setan. Boleh ker? Entri ni nak bercakap pasal gambar-gambar yang aku ambil masa aku membawa diri ke alam maya.

Gambar Pertama : Paderi melayu telah datang ke Malaysia dan aktif di Negeri Sembilan

Memang dahsyat kan bila difikirkan apa yang sedang orang besar kristian sedang jalankan terhadap kita umat islam. Banyak dugaan yang kita hadapi bilamana mereka (orang atasan agama kristian) cuba untuk membawa sebanyak mungkin orang-orang dimuka bumi ni ke dalam agama mereka. Untuk pengetahuan korang-korang semua SD sudahpun mendapat berita mengenai perkara ini bertahun yang lalu melalui mesej handset dan gaya penulisannya sama sahaja, tiada yang berubah makna (mungkin ada beza susunan kata tapi maknanya sama). SD tidak berani nak sebarkan sebab tiada bukti mengenai perkara ini. SD tak nak menyebarkan penipuan, nanti sia-sia dapat pahala MLM. Jangan cakap la yang diorang cuba nak murtadkan umat islam. SD rasa diorang bukan saja nak murtadkan orang islam malah nak mengajak semua orang dibumi ni memeluk kristian.


Biarlah tak percaya pada ajaran kristian, yang penting tukar agama asal ke agama kristian. Kalau korang-korang tengok rancangan-rancangan bual bicara orang putih @ mat salleh punya, ada yang berpendapat yang mereka memeluk kristian hanyalah pada nama sahaja tapi mereka tidak percaya akan kristian dan tak mengamalkan ajaran kristian. Kita janganlah sampai begitu, hanya islam pada nama tapi jangan terkejut sebab sudah ada di Malaysia keluarga yang islam pada nama. Kehidupan harian mereka tidaklah berlandaskan islam dan panduan seharian adalah budaya barat sana. Pagi mesti makan susu dan corn flakes, tengahari mesti makan spagheti, malam telan burger, sekali sekala telan la nasi. Itu normal bagi sekecilan rakyat kita. Nak nasehat, dikata menyibuk pulak nanti tapi kita sepatutnya bersyukur berada di Malaysia sebab agama kita masih lagi tak bercelaru.


Fahaman islam kita masih satu, kita tiada fahaman yang pelbagai seperti di arab sana. Duduk dalam satu negara tapi bergaduh sesama sendiri, senang-senang je orang luar masuk menyibuk dan memerintah sebab diorang lemah dalamannya. Kita tiada kahwin campuran, contohnya suami kristian isteri islam dan anak-anak boleh pilih nak masuk agama mana. Kita tak ada orang yang gila-gila, sampaikan sebab main bola sepak boleh jadi merusuh (walaupun aritu ada kerusi dibakar bila Kelantan kalah-dikecualikan), sebab tak dapat tengok konsert merusuh, sebab artis buat ‘show’ kita terjerit-jerit sampai pengsan dan sebab pening kepala satu kawasan kubur semua agama boleh dikebumikan disitu. Kita tak ada lagi orang yang fanatik sampai nak bom sana bom sini, merusuh sana merusuh sini, bakar bendera, baling najis dan macam-macam lagi. Kita tak ada semua itu. SD doakan moga Malaysia akan kekal begini atau bertambah lebih amannya.

INGATLAH YANG NEGARA KITA SEMAKIN LEMAH DARI SEGI DALAMAN KERANA TERLALU BANYAK RASUAH YANG BERDIKIT DIKIT MENGIKIS TIANG UTAMA MALAYSIA

Gambar Kedua : Perkataan BYE senjata sulit orang Kristian


SD dah baca untuk kali yang kedua benda ni. Bukanlah berfahaman radikal atau moden tetapi mahukan bukti sahih sebelum membantu mentebarkannya. Sunah nabi pun puncanya dari sumber-sumber yang benar. Teringat kesah gembala unta yang memegang satu sunah nabi yang sahih. Dia telah menipu untanya dengan mengisi batu di dalam botol (demi nak memanggil unta dengan mengatakan di dalamnya adalan makanan), dilihat olah pengumpul hadis-hadis nabi perkara itu. Selepas kejadian itu, sunah yang dipegangnya ditolak walaupun benar dan ia hanyalah kerana menipu unta.


Jadi kita mestilah mengetahui sesuatu kebenaran itu dulu sebelum menyebarkannya. Janganlah sebar semua benda asalkan difikirkan bawa kebaikan walaupun hanyalah suatu penipuan. Apa yang SD nak tekankan di sini ialah dalam ayat BYE di atas kat mana yang membawa maksud dibawah naugan pope. Adakah di ‘B’, terselitnya di ‘Y’ atau ada singkatan yang di ambil dari ‘E’. SD masih mencari-cari dimanakah terselitnya senjata-senjata itu. Lagi sekali SD nak katakan, bukan tidak percaya tetapi ragu-ragu dengan kebenarannya. Sesiapa yang punya jawapannya tolong beritahu SD dengan terang-terangnya kerana SD ingin juga punya ilmu itu.

KITA ORANG ISLAM JUGA ADA SENJATA SULIT IAITU DOA KITA

Gambar Ketiga : Kes tipu pembelian secara atas talian



Perkara ni memang banyak terjadi dikalangan rakyat kita sebab kita sekarang ini memegang status negara membangun. Samalah juga dengan rakyatnya yang juga sedang membangun tapi dalam nak membangun itu ada je yang nak menyelit dengan dawai duri dan pemotong padlock. SD dah beberapa kali membeli secara atas talian dan dah berurusan dengan pelbagai pembelian atas talian. Memang tak dapat dinafikan yang kita berasa takut dengan sistem ini sebab tiada keyakinan akan kewujudan barang yang ingin dibeli. Penipuan secara atas talian ni tak banyak mendapat perhatian dari pihak polis berdasarkan komen-komen yang SD baca dari forum-forum yang ada di internet.


Hal ini terjadi begitu kerana ianya dikelaskan dalam kategori jenayah kecil, jadi polis buat endah tak endah sebab banyak lagi kes besar nak diselesaikan (tapi kalau korang ada peguam sendiri ada baiknya bawa perkara ini kemakamah, biar si penipu tu merana). Bayangkanlah, kes di makamah yang sedia ada pun tak terurus, banyak yang ditangguh dan bertahun baru selesai. Inikan pula kes sampingan yang hanyalah ‘Melukut di tepi gantang’. Nasihat SD fikirlah dengan logik sebelum membuat pembayaran, jangan tergesa-gesa nak memindahkan wang, kononnya takut diambil orang lain barangnya. Sebaiknya minta nasehat dan pendapat orang lain dahulu. Seboleh-bolehnya tanyalah pelbagai persolan kepada penjual mengenai barang yang ingin dibeli. Dah namanya penjual barang, sudah tentu mereka akan tahu serba sedikit mengenai barang-barangnya kalaupun tak pakar.


Kalau harga yang diberi tak selogik akal, fikirlah dan renungkan banyak-banyak. Akhir sekali, beli online ni untung tau sebab SD baru je beli beg mendaki gunung dengan harga murah berbanding dengan harga pasaran di Jusco-Jusco dan Giant-Giant atau kedai-kedai kecil. Banyak yang ditanya dan banyak yang dijawab mereka, banyak yang SD tak tahu sebelum membeli tetapi SD tahu selepas membeli. Inilah kelebihan belian secara atas talian walaupun ada risikonya.

SD DAH BELI BEG DEUTER, DANCE PAD, AIR JUS SECARA ATAS TALIAN. ANDA?



0 Beg Deuter Untuk SD