Malaikat dan jugak hilang. Apa hubungan malaikat dengan hilang atau apa hubungan hilang dengan malaikat atau apa hubungan malaikat hilang dengan hilang malaikat. Owh!!!! Banyak persoalan yang kena jawab ni. Tapi cerita hari ni bukan nak cerita pasal malaikat yang hilang atau kehilangan malaikat.
Sebenarnya SD nak bercerita pasal barang yang hilang di masjid. SD ada beli satu selipar ni, lawa dan canggih. Disebabkan canggih sangat benda yang bernama selipar tu pun harganya sangat canggih. Canggih la sebab hanyalah sepasang selipar, kalau kasut biasa je la harga camtu.
Kemudiannya SD bawa la ke masjid sembahyang Jumaat. Masa kali pertama bawa tak hilang tapi kali kedua bawa, hilang lesap begitu je. Keluar je dari masjid tengok-tengok selipar orang dah ada atas tempat selipar SD (konfem kena curi sebelum sembahyang). SD cari sekeliling masjid, tak jumpa. Perhati kaki-kaki setiap umat (fokus kat budak sekolah sebab jarang kot budak2 universiti nak mencuri selipar ni) Sedih sebab tak ada. Eh!!!!! SD tak mencarut, tak melatah, takda nak maki2 hamun ni. SD terus tadah tangan berdoa. Banyak yang SD minta sampai yang takda kena mengena ngan selipar hilang pun ada.huhuhuhu~~~~~ Kata doa orang dikhianati takda hijab.
Bila balik tu, SD cerita la kat kawan-kawan SD. Dipendekkan cerita kawan SD cakap. Kita kena radha kalau barang hilang kat masjidf ni sebab berkemungkinan besar malaikat yang ambil. Betul la tu kan tapi HElllllOOOOOO~~~~~~ pikir-pikir logik la kan kalau pun nak anggap malaikat ambil. Takkan la selipar kat luar masjid tu tetiba je kan boleh anggap malaikat ambil. Kalau dompet dalam poket tetiba hilang ker, baju dalam loker kat masjid tetiba takda ker logik la jugak kan malaikat ambil tapi terang bederang selipar yang berharga canggih hilang. Dulu selipar jamban tak pulak nak ambil kan.
Salah SD jugak sebab bawa selipar berharga canggih ke masjid. Ye la, ingatkan takda dah kes curi-curi selipar ni kat universiti sebab semua dah matang dan boleh pikir baik-baik. Rupa-rupanya ada la setitik dua yang maseh tak kenal dunia Allah ni. SD tak mencarut bila selipar SD hilang sebab SD berjanji SD akan tuntut hak SD kat akhirat nanti. SD akan minta balasan kat akhirat nanti sebesar yang boleh sebab dia telah menyusahkan orang lain.
Jadi kesimpulannya, memang la betul dalam islam ada banyak benda-benda yang amat mengkagumkan macam bacaan ayat kursi yang boleh lindungi diri, malaikat melindungi kita, barang kita hilang sebab benda tu lebih banyak mudarat dari baik dan banyak lagi. SD nak ingatkan, janganlah kita taksub sangat sampai buta mata kita.
Janganlah percaya semua yang kita dengar asalkan baik, bulat-bulat (kaji dulu benar salahnya )sebab ada yang kata ( bukan islam la kan) kita ni macam terdesak sangat untuk mereka-reka cerita demi nak menunjukkan kehebatan islam. Ingat tu MEREKA-REKA cerita. SD nak akhirkan dengan kata-kata, PERLUKAH KITA MEREKA-REKA CERITA DEMI NAK BUKTIKAN KEBENARAN SESUATU ITU (bukankah mereka2 cerita itu sama dengan menipu)