.

PROGRAM MOTIVASI YANG DAH BASI!

Backpacker SD

Kalau ada je program motivasi mesti ayat ni yang keluar dari mulut SD. Sama la jugak dengan kawan-kawan laen. Semua dah rasa basi dengan program-program yang lapuk pengisiannya. Dalam setahun masa tingkatan tiga rasa-rasanya setiap bulan pun ada.

peningkatan keputusan? Jangan nak tanya. Tak ada kesan walaupun kesan sampingan. Tingkah laku? Yang skema terus-terusan skema yang degil memang tak payah cerita. Jadi SD nak cakap yang cekgu kaunseling sekolah SD dah habes idea nak tingkatkan kesedaran diri dalam diri pelajar!







SD tak salahkan dia keputusan pelajar teruk tapi SD salahkan dia sebab buat aktiviti-aktiviti yang basi! Bukan marah tapi post ni kena tulis macam ni baru nampak efek dia. Tadi baru je komen kat fb orang pasal ni jadi nak kongsi la sikit KENAPA PROGRAM MOTIVASI NANGIS2 TAK RELEVAN!




Haaaa~~~ SD tergolong dalam golongan mana? Konfem-konfem la skema boy~~ dan SD bangga jadi skema boy. SD senang-senang je boleh lepas dari apa-apa kesalahan sebab kan skema boy~~ HAIP! skema boy bukanlah bermaksud seluar tinggi sampai ke pusat rambut sikat tepi tampak kemas. Skema boy yang jenis takut buat salah la.....


Siapa cakap jadi budak paling nakal itu hot? siapa cakap best jadi budak nakal? siapa cakap jadi budak popular best? budak-budak tu sendiri la! Sapa lagi. Kesimpulannya SD cakap jadi skema best sebab SD nak cakap la.TEHEE~~