.

BASEED !!!! BASEED!!!! NAK JADI KAN

Backpacker SD

Kerja rumah yang hari2 kena buat

Perghhhhh!!!!!!! Semenjak dua ni cuti kat kampung memang best. Terasa la cuti tu kata orang. Terasa nikmatnya walau dah berkurun abad duduk saja kat rumah ni. Jiran selalu tanya berapa lama cuti????? Dibalas dengan ayat sengal yang tak boleh blah, "2 bulan....dah kematu dah buntut duk umah". Selamber jer SD cakap camtu kat mak cik - mak cik semua.hehehehehhe...... Nikmat betul duk umah kalau bangun pagi2, pastu jalan2 kat belakang rumah. Redup je mata memandang (ceh wah!! jiwang sudey) Tak redup mana pun tapi okay la nak 'nuetralkan' semula pandangan bangunan2 kat U tu.

Korang selalu tak makan manggis fresh dari pokok?

Bangun pagi2 pergi belakang rumah, lepak bawah pokok BUAH UNGU. Sambil minum2 tu tetiba ehhh!!!! ada BUAH UNGU la. Banyak pulak tu. Apa lagi, tersentap segala yang terhijab (pinjam kata2 Lord Zara) Sedang asyik meratah (makan) BUAH UNGU tiba2 Buuukkkkk!!!!!! Ya Allah!!! Sapa yang jatuh tuh. Cepat2 SD berlari ke depan sikit nak pi tengok kot2 teruk. Owh!!! tak teruk pun dia jatuh walaupun dari bunyi macam teruk. SD pun angkat BUAH BERDURI bawa bawah pokok BUAH UNGU sebab takut ada yang terjatuh lagi. "Adeeeekkkkk!!!!! Amek parang kat umah". Masyuk ko segar2 lagi tu.

Durian tinggi kamera murah ni hasilnya

Sedar tak sedar dah tengahari rupanya. Dahaga la pulak kan. Ermmmm..... Nak pi cari BUAH SAIZ KEPALA la. Ada warna kuning, ada warna hijau dan ada jugak warna coklat. Yang warna coklat tu dalam bahasa melayu lama disebut BUAH KOTAI yang membawa maksud BUAH TUA. SD amek yang warna kuning sebab tingginya cuma 2 meter lebih tapi klu yang hijau sampai 7 - 8 meter tingginya. Tak mampu nak dongak tinggi2.

Gini la tingginya pokok kelapa tu, puas nak mendongak

Okay dah rasa macam lega jer lepas telan BUAH BESAR KEPALA. Berehat2 di pangkin terasa nikmat berada di kampung. Perghhhhhh!!!!! Kaw-Kaw......hahahahahhaha......Okay Petang sket dekat-dekat nak asar, turun rumah lagi. Owh!!!! Rumah SD maseh bertangga, dan tangga yang menyedihkan. Tak nak cerita. Kali ni nak pergi makan BUAH BERBULU pulak. Sayuuuuuuppp jer buah-buahnya. Tinggi sangat tapi itu biasa je sebab dari kecik panjat pokok kan. Bila dah besar segala celah pokok boleh teroka.


Dengan tak malunya SD nak cakap yang berat SD cuma 48KG. Berat ni tak berubah sejak SD dari tingkatan 5. Bayangkan dah 4 tahun berat kekal begitu. Jadi saiz badan pun memang tak banyak berubah. Kalau naik tinggi sikit, kelebaran akan kurang sikit. Sebabnya, entah!!!! yang penting UMUR TIDAK BERKADAR LANGSUNG DENGAN BERAT. Sangat sains kat situ. Dengan berat begitu, rasa2nya tak ada masalah kot nak panjat pokok sebab pijak dahan besar lengan pun tak patah @ terkopak.

Model ni diimport dari Sabak Bernam (anak buah)

SD akan panjat setinggi semampu (macam lagu wali band kan, "sekuat semampu tuk sayang....Kerna bagiku kau kehormatanku....Dengarkan...Dengarkan aku...."sambung la sendiri) Petik sana petik sini, patah sana patah sini. SD tak patah yer. Janganlah jadi!!!! Aminnnn.....

Ada beberapa petua kat sini yang SD nak bagitau pasal panjat memanjat ni.


Katakan korang tiba-tiba bangun2 tidur sedar2 ada atas bumbung dan korang memang jenis golongan tak mampu ditanggung bumbung. (jangan la marah...) Korang silalah pijak bumbung tu macam kat dalam gambar kat bawah ni (pijak kawasan line @ paku) sebabnya tak nak jadi adegan 'magic' menghilangkan orang. Ye tak ye kan. Kereta mayat cakap Magic tu haram. Tak paham....heehhehehhehe...Pi la baca kat blog dia.

Cantik tak??????

Tips lain pulak, kalau korang baru nak ceburi bidang panjat memanjat ni. Berlatih dengan memanjat pokok taugeh dulu. Kalau lepas yang tu naikkan sikit tahap kesusahan tu sikit2 sebab nak elak terjatuh tanpa sedar. Kan magic tu. Tiba2 ada kat bawah. Baca bismillah sebelum panjat, banyakkan beri tumpuan masa memanjat, jangan korang nak duk galak kat atas pokok tu. Kang tak pasal2 berlaku magic. Tapi kalau pokok tu tingginya 4 kaki @ tambah tolak satu meter, nak galak 'all out' pun suka ko la. Jatuh pun tak macam magic dah masa tu.


Lagi satu nak bagitau, dahan pokok BUAH UNGU sangat liat ye. Jadi kalau nak pijak sampai ke hujung pun takpa. Lagi pokok yang satu kategori dengan BUAH UNGU, pokok jambu batu. Dahan diorang memang sangat angkuh. Tapi kalau korang panjat pokok berbulu, jambu air, pokok buah berduri, mempelam (kadang2 pokok mempelam ada yang sama kategori dengan pokok UNGU) korang kena beringat la kan. Kalau yang kategori ngan SD sikit2 je tp yang x sama kategori tu, beringat lebih okay.


Tak paham ker kenapa SD buat entri berbentuk BUAH-BUAHAN. Korang pernah tak beli buku MARI MEWARNA BUAH-BUAHAN ? Pernah kan!! takda kena mengena dengan yang itu. Entri kali ni adalah al-kesah untuk entri hari esok punya. Ni pengenalan bagi entri esok.

Ni namanya Buah Belimbing Buluh kering

Alhamdulillah!!!! Habes menulis untuk kali ini. Slot sambungan cerita akan dibuat esok ya. Tak mau la buat dua entri sehari. Tak AKUSEADEAD langsung.hehehehhehe~~~~~

DARI KECIK SAMPAI KE BESOR (PART 2)

Backpacker SD

Ni gambar logo SHAH

Pasal adek angkat ni, boleh la nak dikatakan 'arrangement adek angkat'. Ni jadi kat SMS Sultan Ahmad Shah (SHAH). Bila budak 'form one' baru nak daftar diorang akan ada seorang 'guide boy' yang dinamakan abang angkat. 'Guide boy' ni la yang akan tunjuk semua tempat kat sekolah SHAH tu. (sekolah SD antara sekolah terluas kat Malaysia tau, tak percaya!!!! Nanti pergi la sendiri kat sana) SD pun dapat la seorang arrangement adek angkat. Dah dasar mulut banyak memang tak berhenti SD bercakap ngan mak bapak dia. Kawan2 laen panggil poyo sebab ramah, tapi bagi SD tak kesah la janji ko tak buat benda tak elok. Adek angkat ni 'still in contact' sebab SD pun ada pergi sekolah tu 2-3 tahun lepas abes 'form five'. Nak amek sijil SPM. Owh!!!! Berapa SD dapat. No..No...No....Memang tak boleh bagitau. Jadi 'contact' guna FB la kan.


Okay!!! SD ni memang tak ingat dunia la kalau pasal belajar ni. Selalu je nak jadi terbaek. SD tak boleh la tengok orang lagi hebat dari SD. Mesti nak jadi lagi hebat, tapi SD jarang eh silap tak pernah lagi jadi pelajar terbaek kat mana sekolah sebab datangnya diriku ini bukanlah cerdik mana. Jadi duduk kat SHAH tu 2 tahun banyak tengok budak2 sama tingkatan cakap inggeris dengan selamba je. SD pun amek keputusan nak belajar inggeris dengan amek kelas bahasa inggeris lepas SPM. 3 bulan kursus tu nak abes. Ada la 'improvement' dari segi pemahaman, percakapan dan jugak keyakinan berdiri di depan orang ramai.

Kursus BI yang sangat 'best'

Nama kursus tu 'FELDA English Language Center' atau disingkatkan dan dimampatkan FELC. Kat sini memang la, masa mula2 tu malas betul nak pergi sebab lepas SPM kan tapi sebab nak jadi terbaek masuk dengan relanya. Yang sebenarnya korang tau tak, mana2 budak2 FELDA yang tak pergi kursus ni sangatlah rugi sebab enjoy la kat FELC. Kat sini tak sama macam belajar BI kat sekolah. Kat sini lebih kepada teknik 'English is fun' dan memang teknik @ cara yang digunakan sangat 'best'. Takde apa yang pahit kat sini @ istimewa yang boleh diungkit2 cuma nak bagitau kat sini 'first' time SD jadi penari zapin. Orang cakap menari zapin ni ada semacam semangat yang buat kita nak menari jer dan memang terbukti pun. Lepas siap persembahan pun SD tetap nak menari jugak, rasa macam tak puas. SD tanya yang laen2 dan sume sama je jawapannya.

Masa ni muka memang tak 'cool' langsung

Kat sini banyak benda 'first time' yang SD buat, (awal tahun 2007) antara yang 'first time'nya main bowling, makan pizza, naik LRT, STAR dan seangkatannya, main taman tema times square, naik LRT pakai 'month card', makan slurpee, makan McDonald, menari sambil menyanyi (ala2 high school musical), pergi FRIM, naik jambatan gantung, masuk kawasan daftar haji, dan naik salah bas. Banyak kan. Memang mencabar diri betul la kat sini. SD pernah sesat kat dalam bandar KL sesorang sebab tersalah bas, naseb 'survivor skill' tu ada, sampai gak kat kolej SD semula.

Matrikulasi Pahang yang menjadikan aku seorang "ulat buku"

Dekat matrikulasi pahang tak banyak benda yang 'best' @ dikatakan WAH!!!!! dalam hidup SD ni. Kebanyakkan masa SD belajar je sebab bagi SD matrikulasi ni sangat susah (susah lagi 'form 6' okay, SD dah tengok soalan 'form six' aliran sains, susah wooo) Sebab SD tak nak maen ngan naseb, "klu dapat syukur tak dapat masuk je mana2" ni namanya maen ngan naseb. SD tak nak dan tak suka. Jadi belajar siang malam demi tak kecewa nanti. Al-Kesahnya pentadbir matrik ada menganjurkan satu lawatan ke Jepun (Ya Ampun!!!! Gila ko klu aku dapat g sana. Bestnyerrrr!!!!)


Dia nak tiga orang jer, SD pun apa lagi pergi la mencuba naseb.Dia kata ada temuduga dan kena reti cakap jepun baru boleh mohon. SD peduli apa, mintak je la kan, mana tau naseb tetiba ada kat situ. Sekali dia temuduga kita dia suruh cakap dalam jepun daaa....SD ni ada la belajar sket2 bahasa jepun tapi setakt kenal diri, tinggal kat mana, umur berapa, tanya khabar, tu je la yang reti, Kalau nak lebay2 memang 'I'M SORRY' la kan. Dipendekkan cerita SD minta nak g Jepun, tapi surat panggil yang sampai SD dapat g Penang. huhuhuhu~~~~ Boleh la kan, dapat gak g jalan2. Begitulah ceritanya kat matrik. Takde apa2 yang nak digelakkan dan dikenangi sangat. Owh!!! Baru teringat kat sini SD belajar buat video kelas guna 'movie maker' tapi sekarang SD guna 'Flash' untuk buat video sebab lagi 'cool' dia punya video.

Universiti yang aku sangat banggakan dan layannnnnn!!!!

Sekarang ni SD belajar kat UTM @ Universiti Teknologi Malaysia. Yang tak bestnya duk UTM ni kan. kalau korang buat apa2 contact ngan orang luar mesti orang cakap UiTM. Hadoih!!!!! Memang selalu sangat la jadi macam ni. Sampai kitorang punya tempat penginapan diorang tulis UiTM, sekali SD perli sket "EhEh...UiTM la, kita budak UiTM rupanya" Bukan nak sombong tapi tak best la kalau kita dah bagitau banyak kali nak gak salah eja. Tau la UiTM popular. Jangan la kami ditirikan. Memang tak disangka rupanya ramai kawan2 bloggerz SD adalah budak2 UTM. Salam semua budak @ bekas @ alumni UTM!!!!!!! Bekas tu untuk yang ditendang okay sebab dulu2 sebelum masuk UTM orang cakap UTM ni Universiti Tendang Menendang. Kesnya banyak budak kena 'kick' dari UTM.hehehehehhe~~~~~~~


Duduk kat U @ alam U sangat best sebab kita boleh buat apa yang kita suka, takda orang nak marah. SD tak buat la benda2 jahat ni tapi kalau tengok wayang balik pukul 3 pagi, sauk ikan tengah2 malam, pergi kelas pakai 'snow cap', pakai seluar track g kelas, mancing sampai tengah malam tak balik2, memerap dalam bilik tak keluar2, tengok citer tak tido 2 hari, keluar jalan2 sampai dua tiga hari, ponteng kelas sekali dua (opsss....terjahat sket) Gitu2 je la jahat SD, takda life la kalau kat U ni nak belajar jer. Kawan2 SD yang dah abes blaja (kawan2 bloggerz pun) banyak yang cakap KEHIDUPAN UNIVERSITI sangat best. Kesimpulannya jangan skema okay kat U ni tapi pandai2 la jaga diri jangan jadi bekas UTM sudah la. Kalau duk belajar je, nanti nak cerita kat anak2 pun xda point. 'Last2' anak kata, "Skema giler bapak aku kat U"...huhuhuhu~~~~Tak ke malang hidup kena ngata anak sendiri.

Ikan kecik SD ngan teman sauk yang besar kawan SD mancing. SD tukang teman.hehehehehe~~~~

Tu bukti SD yang amek gambar toman tadi. Yang sebelah tu model penyapu.

Dia takda kena mengena dalam sesi tangkap menangkap Toman.


Kalau2 teringin nak baca klik sini pasal ikan toman, Penulisan agak kelam kabut sebab 'template' lama punya entri. Jadi macam malas je la nak betulkan yang lama2 tu. .hehehe~~~

Tu la dia serba serbi sedikit cubit cerita pasal kehidupan SD kat dunia Allah ni. Bukan nak menunjuk2 bukan nak bermegah2 (apa yang nak dimegah????) bukan nak mengada2 tapi cuma nak berkongsi pengalaman hidup. SD kalau bercerita pakai mulut ni maunya 2 tiga hari tak abes, yang seksa korang yang dengar la, SD memang kalau cakap tu feveret la senang cakap.


Alhamdulillah, Abes jugak sambungan DARI KECIK SAMPAI KE BESOR ni. Salam~~~~~~

Jawapan teka teki Dalam Part 1

Jawapannya kerani.Hina betul kerani2

kat luar sana disamakan dengan kera..

Bukan SD yang buat teka-teki ni cuma

Diambil dari mana2 ntah tak ingat dah.

DARI KECIK SAMPAI KE BESOR (PART 1)

Backpacker SD

Macam biasa la kan. Cik Google tanya apa beza dua gambar ni?

Kera apa yang pandai menaip?????

(jawapan kat PART 2 okay)

Entri kali nak ni nak bercerita pasal SD dari kecik sampai la ke besor. Tak mau la cerita betul2 tapi ada la 'flow' dia tu macam kehidupan sebenar. Dah tunggu 2 minggu nak buat entri ni sebab 'mood' tak datang2. Takda idea nak menaip. Hari ni pun 'blur2' lagi sebab apa ntah. Ingatkan nak buat 'Fact Entri' tapi malas la nak membaca disana-sini. Jadi teringat plak ada entri yang dah simpan berkurun x tulis2 lagi. Okay kita mulakan cerita kita dari tadika.

SD tak masuk pra-sekolah @ sekolah PASTI (sekolah tadika agama). Ada satu kejadian yang tak akan dilupakan masa sekolah tadika. Perompak masuk tadika dengan tebuk lubang kat dapur. Sebijik punya besar lubang dia tebuk. Apa yang nak dicuri kat dalam tadika tu pun tak tahu la. Tapi memang agak bangang la perompak itu sebab menyusahkan orang laen. Sebab sekolah dah kena tebuk kami pindah kat bangunan lain, dan setakat ni yang SD tau memang budak2 kemas terus duk kat situ. Bangunan lama jadi balai Bomba bantuan. Kuang ajar betul punya perompak.


Lepas tadika kita mesti la pergi sekolah rendah kan. Kat sekolah rendah SD ada satu tabiat yang sangat memalukan. Bukan memalukan SD tp memalukan kakak SD. Al-kesahnya SD nie malas nak pergi sekolah ni. Bangun pagi2, adoihhhh...Ngantuk tu. Abes apsal akak SD malu. Haaa...dengar lu nak citer ni. Bila dah lambat, nak2 plak ari Isnin kan,konfem beratur kat belakang sekali. Orang laen beratur menegak, kita beratur melintang. Bese la kan, bak kata SD tadi perangai yang memalukan akak SD, bangun lambat dan pergi sekolah pun lambat.

NI gambar akak SD yang terseksa ngan SD tu!!!

SD memang x tau malu masa tu, muka toya je kan sebab baru darjah satu. Akak SD plak dah darjah enam masa tue. Dah gadis la katakan. Bab2 benda camni memang memalukan bagi diorang. Kesian dowh akak SD bila pikir2. Dalam hati kata "Lantak ko la kan, sapa suruh jadi akak aku". Bila cerita balik kat akak SD, gini dia jawab " Nasib baek pandai, kalau tak aku ketuk2 kepala kamu"...hehehehehhehehe...naseb baekkkkk....


Eh tak abes lagi la, sekolah rendah ni ada DUA kenangan. 'Highlight' kat situ DUA. Yang kedua plak masa SD darjah 3. Al-kesahnya SD ni boleh la dikatakan suka menyakat budak2 dalam kelas. Tersebut la kesah, ada sorang puan ni x suka SD jadi kita pun apa lagi. Orang tak suka, kita makin galak la kacau kan. Abes kalau dikacau yang lain buat tak layan jer. Sekali memang dah takdir SD kot, SD kacau dia waktu dalam kelas cikgu laki yang GATAL BIROH. Tengok tu 'highlight' lagi kan. GATAL BIROH ni satu kategori ngan GATAL MERENYAM la gitu.

Ada jugak kelab Gatal Merenyam rupanya

Sekali SD tarik sket baju budak tu (dia duk sebelah SD tp meja kumpulan lain) Dia punya kaki barwa tak barwanyer, di ngadunya kat cikgu tadi tu. Dengan sembareno jer cikgu tu panggil SD suruh ke depan kat meja dia 'then' tanpa sebarang 'signboard' dia pegang dua2 belah telinga SD dan angkat SD macam angkat baju baru lepas basuh. Kuang ajar punya cikgu. SD plak masa tu memang sangat2 takut dengan cikgu2 sekolah. Tak kesah la yang garang ke yang baik ke semua SD takut. Sampai nak kencing pun tunggu rehat baru pergi kencing sebab takut nak minta keluar. Okay sambung ngan cekgu GATAL BIROH. Bila dah kena angkat macam baju basah, menangisnya pun macam air basuh baju la kan. SD menangis dengan sekuat hatinya dan sepuas2nya sampai abes kelas dia.

Memang Kaw-Kaw punya port

Masa SD menangis tu kitaorang dah nak balik rumah dah. Kiranya pas rehat la kan dan kelas 'last' dah tu. SD punya semangat nak kenakan balik cekgu tu, SD menangis tak henti2. Tengok ayat tu, sangat BM kan. Tu nak menunjukkan betapa dahsyatnya SD menangis. Okay loceng dah bunyi, balik la kan. Cekgu tu dah gabra dah sebab SD tak 'stop' menangis. Mula2 dia kalut tapi sebab SD tak berhenti2 menangis dia bagi je SD balik. Macam biasa la kan, nak balik kena beratur panjang2 dulu. Dalam beratur tu SD menangis lagi ni. Jalan sambil tutup mata tambah menangis. Jalan pun cam orang buta dah gayanya.

Ni gambar Cekgu Baek Hati

Demi tak nak memalukan sekolah cekgu bertugas jaga line tak bagi SD balik. Ahhhh....SD tak kira, tak bagi balik pun selamba je menangis melalak2. 'Last2' budak2 beratur pun dah abes, SD plak x senyap2. Cekgu yang jaga 'line' pun dengan hati mulia pujuk SD suruh senyap. Demi nak balik rumah kan SD pun senyap la. Tapi bila je dia lepaskan SD, apa lagi sambung la smula menangis. Cekgu tu biar jer. SD pun balik la dengan berjalan ala orang buta balik rumah. Gitu la sedaynya cerita SD kena tarik telinga.


Sampai sekarang SD ingat lagi nama dia. Cekgu GATAL BIROH tu nama dia Azman. Siapa yang tengah baca ni nama dia Azman dan cikgu. Haaa...anda mungkin cekgu itu. Lepas kes tu SD panggil dia Cekgu Jerawat sebab kat muka dia ada kesan2 tenggelam macam kawah sebab bekas jerawat. SD tak tau camne boleh jadi camtukesan2 jerawat tu. Yang penting SD tak pernah kutuk dia. Cuma panggil dia Cekgu Jerawat.

Sekolah menengah SD ada dua sekolah. Menengah rendah SD sekolah kat SMK Paloh Hinai dan menengah atas SD sekolah kat SMS Sultan Ahmad Shah. Dua2 sekolah kat daerah Pekan cuma bezanya jarak dari rumah SD jer. Tak banyak pun kenangan kat sekolah menengah ni, cuma nak cerita pasal orang ada akak angkat dia nak jugak, orang ada adek angkat dia nak jugak dan last skali orang ada abang angkat dia nak jugak. Haish....So poor u....Nak buat camne kan. Masa SD ada kakak angkat tu SD baru form 1. Ada kawan SD ni ada kakak angkat dan diorang sangat rapat. Akak dia 'form' 5. Terkena plak ada sorang girl ni nak amek SD jadi adek angkat. Katanya SENYUMAN SD ni manis sangat.HErrmmmmm....mana pergi senyuman itu sekarang ini.


Tapi tak lama la sebab SD ni bukan jenis yang suka manja2 masa tu. Jadi stop kat situ je la. Tahan la dua tiga bulan. Okay! SD ni kecikkkkk jer masa lower form. Ala2 budak sekolah rendah saiznya dan SD tak nakal (budak baek2 kategori skema tp bukan 'nerd') Kesimpulannya kecik + baek = kena buli. Lega la sesangatnya, kat SMK Paloh Hinai (POLAND) tu, buli2 kat sana setakat kena kacau2 kena usik2 gitu je.

Nama sekolah ni POLAND sebab ni la, setiap tahun wajib

Al-Kesah ada la seorang brader ni, baek ngan SD dan dia gak selalu la 'back up' SD kalau SD kena kacau. Dia tua setahun jer tapi badan dia besar (normal la klu diikutkan dengan umur) then dia gak ada pengaruh kat dalam sekolah tu. Bak kata orang antara pelajar popular la. Ala korang macam tak pernah duk sekolah kan. Mesti ada pelajar popularkan kat sekolah korang, sekurang2nya sorang kan. Jadi SD rapat la ngan dia, haaaa yang ni tahan lama. 'Last' contact sebelum SD pindah sekolah baru. Pastu sneyap je la kan. Mana ada phone dulu2.


SD pun sebenarnya ada dua tiga orang 'protector' ,haish!!! bukan protektor separuh bulat tu tapi pelindung @ 'back up' brader. Disebabkan SD ni memang jenis peramah + banyak cakap + suka melayan orang (berbual segala kesah tak kira masa) + 'caring' = banyak la kawan yang senior dari SD. Kat POLAND kelas SD dinamakan Kelas Rancangan Khas jadi kami dari 'form one' lagi diasingkan dari kelas2 yang laen dan kami sekolah waktu pagi, yang laen2 petang. Jadi tak hairan la kan kawan2 kitaorg banyak senior. Kami tak kenal pun sangat budak2 satu batch dengan kami sebab sekolah pagi.


Sambungan Part 2~~~~~~~~~

AKUSEADEAD™ @ KORANG YANG PELIK

Backpacker SD

Dah dekat 2 bulan begitu aktif 'berblogging' dan membaca sana sini. Baru perasan yang blog picisan ini laen sket dari blog-blog yang laen. Baru la perasan yang blog ni tak bercakap pasal pendapat sebabnya pendapat yang ada kebanyakkannya memang buat orang laen pikir pelik pastu akan berkata2 pelik jugak. Pernah sekali tu SD keluarkan pendapat SD tentang dosa bercinta. Bagi SD remaja bercinta memang normal sebab diorang mempunyai nafsu itu(tapi SD tak pernah dan dipanggil pelik oleh kawan2 yang laen).

Pastu terdetik kat hati ni nak tanya kat ustaz masa dalam kelas agama. Soklan berbunyi camni "Ustaz! Saya nak bercinta, contoh la kan, (satu kelas gelak) tapi saya tak nak buat maksiat (kan bertentang mata dengan ada perasaan nafsu (berdating) tu dosa tp klu bercakap ngan kwn puan(belajar) tanpa nafsu dibolehkan) jadi boleh tak saya nak kawen ngan dia tapi atas niat nak elak maksiat berdua2an jer, bukan nak buat benda tu? Kan saya 'berdating' tanpa dosa!" Jawab ustaz" Eh!! Tak boleh, awak kawen sebab nak meghalalkan persetubuhan bukan sebab nak 'dating'..." Jawab aku semula " Abes ustaz saya minat kat dia, kalau tak rembat awal2 nanti orang rembat, tak kan nak hantar rombongan bertunang, konfem tak dapat" Jawab ustaz balik " Tak boleh!!! Tak boleh!!!!"

SD pun duduk la pastu....Kelas bunyi desir desir orang bercakap. Ayat berapi dan berbisa pertama dihembuskan dari belakang. Beliau berkata "Apa la ko ni Sidek! Pelik2 la ko tanya. Ada plak gitu.".....Jawab SD dengan ayat berbisa "Abes kalau aku tak tanya nanti ko jugak yang pelik, tanya ko, ko lagi pelik2 nanti keluar."....ayat kedua yang sama bisanya dihembus dari tepi "Malu aku weh! Takda soklan laen nak tanya ker?" Balas balik, x boleh kalah " Ah ko, malu-malu bendanya! Nak suruh ko tanya! Haram la nak keluar soklan kat mulut ko tu.".....Tu la antara soklan soklan pelik yang pernah ditanya dalam kelas. Cakap cakap kat atas tu x semuanya sama tapi lebih kurang maksudnya begitu la.

Kat Bawah ni disajikan masakan sedap, Eh tak la gambar dak2 kelas yang syok tido. Gambar tak disensor sebab saja niat jahat. Hahahahhahaha~~~

KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
Alhamdulillah!!! Siap dah entri kali ni yang nak cakap pasal PELIK.

BLOG AKUSEADEAD™ AKAN DIJUAL

Backpacker SD

Kadang-kadang dunia memang kita tak sangka-sangka. Niat yang baek memang akan membuahkan hasil yang tak disangka. Bila niat salah apa benda pun tak dapat. Semua pun tahu kan tapi nak kasi terang lagi, biar ingat lagi lama. Tanpa SD mengetahui apa yang berlaku kat blog SD, rupa2nya blog AKUSEADEAD™ mempunyai harga tersendiri yang boleh dijual.
Owh!!!! Lupa nak bagitau yang korang perasan tak kat 'widget' SD dah bertambah satu 'gadget' lagi. Berapa harga blog korang. kalau la betul harga blog AKUSEADEAD™ begitu harganya dan ada orang nak beli. Konfem SD akan jual blog ni. Bukan senang kalau ada orang nak beli blog kita.
Apa pun benda ni untuk main-main jer. Korang jangan la percaya sangat harga blog korang tu. SD tengok klu lagi ramai visitor lagi mahal harga blog kita. Tak kesah la, kita ni popular ke tak. yang penting tinggi social metric, value metric n web recognition, mahal la harga. Korang pun boleh check blog2 orang lain. Seronok bila tengok harganya berpuluh ribu. Blog SD ditulis popular kat Australia. Pelik kan. Walaupun ada 3 orang je 'readers' dari sana. Kawan SD sendiri pun.
Kalau sesiapa yang teringin nak main boleh klik kat 'widget' bawah tu. Tak pun klik kat sini yer.

My Water Moments

Backpacker SD



Dalam bahasa inggeris dia kata "MY WATER MOMENTS" dalam bahasa melayunya dia kata "SAAT SAAT SAYA BERSAMA AIR" tapi korang tau tak kalau cik Google SD kata apa....hehehhehehhe....sangat kelakar cik Google SD ni. Pandai jugak cik Google SD ni melawak.

Entri kali ni SD nak buat pasal gambar-gambar SD tenggelam dalam air. Sikit punya tenggelam. SD belajar berenang tapi yang sakitnyer, dah sepuluh dah cekgu mengajar SD berenang ni. Bernafas hidung keluar mulut, bernafas mulut keluar mulut, hayun-hayun tangan la, kayuh basikal la, lentik menggedik la, dah habes dah segala cara ni. Tak reti-reti jugak nak berenang ni. Geram sangat tak boleh-boleh nak berenang ni, ha'h nah amek ko SD buat akrobatik dalam air. Boleh pulak. Jadi pulak tu, meliuk-liuk kaki menari.huhuhuhu.....Saksikan gambar SD berakrobatik.

Kalau ada Sony TX5 mesti nampak camne gaya SD tahan nafas kat bawah tu. Mesti muka yang tak pernah wujud dapat snap punya. Kuasa Sony TX5 akan menghukummu (gaya sailormoon)

Kesian SD lemas sebab nak tengok kaki orang dalam air. Kalau la ada SONY TX5 takyah nak celup celup kepala dalam air.

Ni tinggal kaki jer sebab dah kena potong badannya. Tak caya!!!!!! Lantaklah. Nak tunjuk tapi masa ni tak ada SONY TX5 jadi tak boleh nak tunjuk bukti kitaorang betul betul potong dia.

Cubaan pertama untuk membuat aksi akrobatik nampaknya membuatkan SD tenggelam lemas dan hilang sedikit kewarasan. Setelah mendengar jeritan "Tolong!!!! Tolong!!!!" ada gak insan marin datang tolong waraskan SD.huhuhuhu~~~~~~


Kat sini pulak, kalaulah ada SONY TX5 mesti dapat amek gambar kaki-kaki penyorak ni menari-nari ala ballet. Sayang kuasa sailormoon SONY TX5 tak ada nak menolong.

Walaupun SD gagal membuat aksi akrobatik pada cobaan pertama. Namun SD tetap mendapat sokongan padu dari pasukan sorak SD. Mahal dibayar, maunyer diorang x bersorak. Kat atas tu aksi diorang beri semangat kat SD untuk terus berakrobatik. Demi tak mengecewakan penyorak-penyorak, SD buat cobaan yang kedua.

Cobaan kedua SD menjadi jugak. Hasilnya tengoklah, SD buat aksi akrobatik duyung baru mendarat di tepi pantai.HAHAHAHAHHAHA....sangat susah yer nak buat aksi ni. SD siap ajak kawan lain turut serta dalam akrobatik ni yang diberi nama "AKROBATIK DUYUNG MENDARAT"


Nampaknya, tak disangka-sangka rupanya ada penonton yang melihat dari jauh. Memang bertambah semangat la SD untuk buat aksi akrobatik. Sangat memberangsangkan hasilnya selepas dapat sokongan penonton. Akrobatik yang susah nak dibuat. Puas kot SD paksa sorang-sorang buat aksi akrobatik. Kertas proposal dah buat, surat dah lulus, cop dah dapat, penaja dah cari dan akhirnya saksikan akrobatik terhebat.Yeahhhhhhhhh!!!!!!!!


Amacam layan tak aksi akrobatik yang SD buat. Layan kan.huhuhuhu~~~~~SD setakat planner jer. Jerit-jerit kat bawah tu bagi arahan.

Sebagai melengkapi kontest ni, dia kata sila bagitau serba serbi pasal SONY TX5. Kat bawah ni dinyatakan semua pasal SONY TX5.~~~

1. Auto Focusing - yang ni kelebihan dia membuatkan gambar lebih semulajadi dan lawa.

2.Handle Twilight Mode - yang ni fungsi dia, lawakan gambar yang kita amek waktu maghrib2 tu. Gambar lagi terang kalau guna mode ni. Takde la sume nak gelap jer.

3. Water-Temperature-Dust-Shock Proof - Kat sini digabungkan 4 sekali. Dengan teknologi canggih manggih kat kamera ni kita boleh tangkap gambar dalam air, kat tempat sejuk (salji la konon2 dapat g kan) (suhu sampai -10 darjah celcius tau dia still boleh guna) ,susah masuk habuk lagi satu (pasni nak pergi arab takyah nak balut-balut kamera) dan jugak akhir skali tahan hentakan. Pasni kalau jatuh takde la nak risau-risau dah.

4. effortless panaromic picture - dengan adanya mode ni korang boleh gerakkan kamera korang ke kiri ke kanan ke hadapan ke belakang (baca dengan rentak k). Dia akan rakam gambar-gambar masa kita gerak-gerak tadi dan gabungkan dalam satu 'frame'. Biasanya untuk panorama la. Tak pun untuk amek gambar kelas kalau panjang sangat barisannya.

5. Anti motion blur - macam x biasakan amek gambar 'blur blur'. Asal ada jer mode ni konfem gambar okay kan. Tangan sapa amek gambar tak bergetar. Meh cerita kat sini. Nak bagi award sket.

6. 10 frame in 1 second - mode ni nak cerita pasal amek gambar masa objek tengah bergerak. contoh gambar anak korang (anak????? errrmmmmm.....) main bola. dia akan tangkap 10 kali dalam sesaat dan dia pilih gambar yg terbaik untuk disimpan. Bagus gak, pasni takda la gambar-gambar hantu melintas depan kita.huhuhuhu~~~~~Statik gitu gambar kita amek.

Entri ni macam pelik sebab tetiba jer SD buat entri pasal SD main air. Tak disangka-sangka rupanya SD pandai bercerita menggunakan gambar. Bersempena dengan kontest nak menang kamera mahal berjenama SONY TX5. SD buat entri mencuba naseb. Bagus betul kontest-kontest ni. SD baru je habes idea nak buat entri cakap pasal apa. Trimas yer Nuffnang dan juga Sony bagi idea.

Alhamdulillah habes gak entri kali ni...........

NUKLEAR AKAN ROSAKKAN MALAYSIA

Backpacker SD


Ukraine, Rusia. Apa kena mengena ngan tajuk!!!!
Cicak meninggalkan jejak tepi laptop menanda kawasannya dengan penanda berwarna hitam putih, hujan turun renyai2 berbaju angin tak seberapa dan berkain kilat, cengkerik bersembang sakan mengumpat pasal lagenda budak setan yang banyak peluk peluk (bestnyer farid kamil!!!!) dan aku yang ber'earfon' konon konon bising macam duk kat pasar (waktu mengumpat sekitar 2 pagi dan SD sorang jer berjaga sebab siang siang bagi can kat adek adek maen laptop) .


Pukul...3 pagi!!!! (gaya P Ramlee nyanyi)
Hari ni, eh dah berapa hari erk tak 'update'. Kena tukar ayat ni, "4 hari ni" SD nak bercakap pasal benda benda yang berkait dengan kursus SD kat U. Korang tau tak sumber elektrik kat Malaysia ni 70% datangnya dari 'power plant'. Yang lebay lebay tu elektrik datang dari putaran empangan. Pastu pulak yang solar solar tu sikit jer. 'Power plant' tu camne dia buat elektrik (ayat kampung ko!). Okay, gas dari hasil cari gali ( macam methana @ butana) dihantar ke 'power plant'....eh, korang baca kat sini la. Panjang sangat nak terang. Jadi diorang yang duk uruskan pasal power plant ni risau kalau2 kita kekurangan sumber gas tak mampu tampung kapasiti penggunaan elektrik kat malaysia.(sebab tu kita kena jimat elektrik)


Ni tempat yang SD lawat kat Melaka
Jadi diorang pun bercadang cadang nak guna nuklear. Sebenarnya nuklear ni yang buruknya kalau nak jaga bahan buangan dia tu. banyak negara diorang simpan kat mana mana tempat yang takda orang tinggal then tanam hasil buangan nuklear kat situ. Macam kat padang pasir, belah belah afrika @ mana mana yang orang x akan duduk la. Jadi SD rasa Malaysia tak perlu kot nak buat nuklear nuklear ni sebab sekali dia meletup. Mak kau pun x nak tengok. Kenapa mak???? Entah....

'Power Plant' yang guna nuklear di Ukraine
Pernah dengar tak pasal kejadian bernama 'Chernobyl disaster' atau dalam BM nya malapetaka Chernobyl. Kejadian ni sebenarnya pasal stesen nuklear yang meletup dan konfem konfem la kan habes kawasan dekat dekat situ kena radiasi nuklear tu. Benda ni terjadi sebab kegagalan ujian reaktor nuklear masa pukul 1.23 pagi 26 April 1986. Habes la senang cakap! kawasan dekat situ kena radiasi. tambah tolak 200, 000 orang kena pindah sebab kesan radiasi yang bahaya. Korang tau kan, radiasi ni boleh bawa kanser dan boleh buat sel kita bermutasi (eh! kanser tu sama je la ngan sel bermutasi). Ala maksudnya nanti dapat anak yang pelik pelik la......

Bunga yang bermutasi dan kanak kanak bernama Igor
Korang tak nak kan jadi kat Malaysia sebab nanti takda tempat kita nak duduk plak sebab Malaysia ni kecik jer, sekali meletup nuklear reaktor abes kita. Kat bawah ni ada gambar yang sadis sadis kesan nuklear reaktor meletup. Berita baek, tempat ni boleh dilawat tau tapi pakai sut ni.

'mask' tu macam Ehsan (upin ipin) punya kan
Okay skang masa untuk merasa gambar gambar yang dicuri di laman laman maya. SD x nak la bagi kredit, sebab cari kat ternet banyak je 'link' dia. Okay selamat merasa.

KLIK GAMBAR KALAU NAK 'ZOOM IN'

Patung yang ditinggalkan ..................................Topeng semasa proses menyelamat

keadaan kawasan yang ditinggalkan

Nak kata apa!!!!! Gaya kawasan zombie pun ada.

Agak-agaknya la kan...Zombie land berlakon kat sini ker????

Ni bangunan pentadbiran kalau tak silap, belah kanan tu tulisan Rusia la, takkan arab kot!

'Airport' yang ditinggalkan........................Kenderaan menyelamat dan membersih ...................................................................kawasan x boleh guna dah sebab beradiasi
Yang ni kete kete askar ........................................Yang ni kete bomba untuk padam api

Yang ni pun sama, tapi bas ni guna untuk ................ Takut tak tengok gambar tu, zombie kot angkut penduduk ...............................................................yang conteng!!!!

P/S : Penulisan ini bertemankan lagu Hey, Soul Sister. Lagu dah lama kot tapi baru je dengar. Terus layan, nanti nak masukkan dalam video.