DARI KECIK SAMPAI KE BESOR (PART 2)

Backpacker SD Sunday, June 27, 2010

Ni gambar logo SHAH

Pasal adek angkat ni, boleh la nak dikatakan 'arrangement adek angkat'. Ni jadi kat SMS Sultan Ahmad Shah (SHAH). Bila budak 'form one' baru nak daftar diorang akan ada seorang 'guide boy' yang dinamakan abang angkat. 'Guide boy' ni la yang akan tunjuk semua tempat kat sekolah SHAH tu. (sekolah SD antara sekolah terluas kat Malaysia tau, tak percaya!!!! Nanti pergi la sendiri kat sana) SD pun dapat la seorang arrangement adek angkat. Dah dasar mulut banyak memang tak berhenti SD bercakap ngan mak bapak dia. Kawan2 laen panggil poyo sebab ramah, tapi bagi SD tak kesah la janji ko tak buat benda tak elok. Adek angkat ni 'still in contact' sebab SD pun ada pergi sekolah tu 2-3 tahun lepas abes 'form five'. Nak amek sijil SPM. Owh!!!! Berapa SD dapat. No..No...No....Memang tak boleh bagitau. Jadi 'contact' guna FB la kan.


Okay!!! SD ni memang tak ingat dunia la kalau pasal belajar ni. Selalu je nak jadi terbaek. SD tak boleh la tengok orang lagi hebat dari SD. Mesti nak jadi lagi hebat, tapi SD jarang eh silap tak pernah lagi jadi pelajar terbaek kat mana sekolah sebab datangnya diriku ini bukanlah cerdik mana. Jadi duduk kat SHAH tu 2 tahun banyak tengok budak2 sama tingkatan cakap inggeris dengan selamba je. SD pun amek keputusan nak belajar inggeris dengan amek kelas bahasa inggeris lepas SPM. 3 bulan kursus tu nak abes. Ada la 'improvement' dari segi pemahaman, percakapan dan jugak keyakinan berdiri di depan orang ramai.

Kursus BI yang sangat 'best'

Nama kursus tu 'FELDA English Language Center' atau disingkatkan dan dimampatkan FELC. Kat sini memang la, masa mula2 tu malas betul nak pergi sebab lepas SPM kan tapi sebab nak jadi terbaek masuk dengan relanya. Yang sebenarnya korang tau tak, mana2 budak2 FELDA yang tak pergi kursus ni sangatlah rugi sebab enjoy la kat FELC. Kat sini tak sama macam belajar BI kat sekolah. Kat sini lebih kepada teknik 'English is fun' dan memang teknik @ cara yang digunakan sangat 'best'. Takde apa yang pahit kat sini @ istimewa yang boleh diungkit2 cuma nak bagitau kat sini 'first' time SD jadi penari zapin. Orang cakap menari zapin ni ada semacam semangat yang buat kita nak menari jer dan memang terbukti pun. Lepas siap persembahan pun SD tetap nak menari jugak, rasa macam tak puas. SD tanya yang laen2 dan sume sama je jawapannya.

Masa ni muka memang tak 'cool' langsung

Kat sini banyak benda 'first time' yang SD buat, (awal tahun 2007) antara yang 'first time'nya main bowling, makan pizza, naik LRT, STAR dan seangkatannya, main taman tema times square, naik LRT pakai 'month card', makan slurpee, makan McDonald, menari sambil menyanyi (ala2 high school musical), pergi FRIM, naik jambatan gantung, masuk kawasan daftar haji, dan naik salah bas. Banyak kan. Memang mencabar diri betul la kat sini. SD pernah sesat kat dalam bandar KL sesorang sebab tersalah bas, naseb 'survivor skill' tu ada, sampai gak kat kolej SD semula.

Matrikulasi Pahang yang menjadikan aku seorang "ulat buku"

Dekat matrikulasi pahang tak banyak benda yang 'best' @ dikatakan WAH!!!!! dalam hidup SD ni. Kebanyakkan masa SD belajar je sebab bagi SD matrikulasi ni sangat susah (susah lagi 'form 6' okay, SD dah tengok soalan 'form six' aliran sains, susah wooo) Sebab SD tak nak maen ngan naseb, "klu dapat syukur tak dapat masuk je mana2" ni namanya maen ngan naseb. SD tak nak dan tak suka. Jadi belajar siang malam demi tak kecewa nanti. Al-Kesahnya pentadbir matrik ada menganjurkan satu lawatan ke Jepun (Ya Ampun!!!! Gila ko klu aku dapat g sana. Bestnyerrrr!!!!)


Dia nak tiga orang jer, SD pun apa lagi pergi la mencuba naseb.Dia kata ada temuduga dan kena reti cakap jepun baru boleh mohon. SD peduli apa, mintak je la kan, mana tau naseb tetiba ada kat situ. Sekali dia temuduga kita dia suruh cakap dalam jepun daaa....SD ni ada la belajar sket2 bahasa jepun tapi setakt kenal diri, tinggal kat mana, umur berapa, tanya khabar, tu je la yang reti, Kalau nak lebay2 memang 'I'M SORRY' la kan. Dipendekkan cerita SD minta nak g Jepun, tapi surat panggil yang sampai SD dapat g Penang. huhuhuhu~~~~ Boleh la kan, dapat gak g jalan2. Begitulah ceritanya kat matrik. Takde apa2 yang nak digelakkan dan dikenangi sangat. Owh!!! Baru teringat kat sini SD belajar buat video kelas guna 'movie maker' tapi sekarang SD guna 'Flash' untuk buat video sebab lagi 'cool' dia punya video.

Universiti yang aku sangat banggakan dan layannnnnn!!!!

Sekarang ni SD belajar kat UTM @ Universiti Teknologi Malaysia. Yang tak bestnya duk UTM ni kan. kalau korang buat apa2 contact ngan orang luar mesti orang cakap UiTM. Hadoih!!!!! Memang selalu sangat la jadi macam ni. Sampai kitorang punya tempat penginapan diorang tulis UiTM, sekali SD perli sket "EhEh...UiTM la, kita budak UiTM rupanya" Bukan nak sombong tapi tak best la kalau kita dah bagitau banyak kali nak gak salah eja. Tau la UiTM popular. Jangan la kami ditirikan. Memang tak disangka rupanya ramai kawan2 bloggerz SD adalah budak2 UTM. Salam semua budak @ bekas @ alumni UTM!!!!!!! Bekas tu untuk yang ditendang okay sebab dulu2 sebelum masuk UTM orang cakap UTM ni Universiti Tendang Menendang. Kesnya banyak budak kena 'kick' dari UTM.hehehehehhe~~~~~~~


Duduk kat U @ alam U sangat best sebab kita boleh buat apa yang kita suka, takda orang nak marah. SD tak buat la benda2 jahat ni tapi kalau tengok wayang balik pukul 3 pagi, sauk ikan tengah2 malam, pergi kelas pakai 'snow cap', pakai seluar track g kelas, mancing sampai tengah malam tak balik2, memerap dalam bilik tak keluar2, tengok citer tak tido 2 hari, keluar jalan2 sampai dua tiga hari, ponteng kelas sekali dua (opsss....terjahat sket) Gitu2 je la jahat SD, takda life la kalau kat U ni nak belajar jer. Kawan2 SD yang dah abes blaja (kawan2 bloggerz pun) banyak yang cakap KEHIDUPAN UNIVERSITI sangat best. Kesimpulannya jangan skema okay kat U ni tapi pandai2 la jaga diri jangan jadi bekas UTM sudah la. Kalau duk belajar je, nanti nak cerita kat anak2 pun xda point. 'Last2' anak kata, "Skema giler bapak aku kat U"...huhuhuhu~~~~Tak ke malang hidup kena ngata anak sendiri.

Ikan kecik SD ngan teman sauk yang besar kawan SD mancing. SD tukang teman.hehehehehe~~~~

Tu bukti SD yang amek gambar toman tadi. Yang sebelah tu model penyapu.

Dia takda kena mengena dalam sesi tangkap menangkap Toman.


Kalau2 teringin nak baca klik sini pasal ikan toman, Penulisan agak kelam kabut sebab 'template' lama punya entri. Jadi macam malas je la nak betulkan yang lama2 tu. .hehehe~~~

Tu la dia serba serbi sedikit cubit cerita pasal kehidupan SD kat dunia Allah ni. Bukan nak menunjuk2 bukan nak bermegah2 (apa yang nak dimegah????) bukan nak mengada2 tapi cuma nak berkongsi pengalaman hidup. SD kalau bercerita pakai mulut ni maunya 2 tiga hari tak abes, yang seksa korang yang dengar la, SD memang kalau cakap tu feveret la senang cakap.


Alhamdulillah, Abes jugak sambungan DARI KECIK SAMPAI KE BESOR ni. Salam~~~~~~

Jawapan teka teki Dalam Part 1

Jawapannya kerani.Hina betul kerani2

kat luar sana disamakan dengan kera..

Bukan SD yang buat teka-teki ni cuma

Diambil dari mana2 ntah tak ingat dah.

13 Beg Deuter Untuk SD
  1. haha,,
    best la SD pnye story,,
    story la lg kalo rse 2 3 ari pn xabes :)
    nti msti ank2 SD ckp, nakal jgk bapak aku ni zmn mude2 dlu~~

    Posted on June 27, 2010 at 10:33 AM

     
  2. SD Said,

    hahahahahhahaha.....thanks2....anak2 akan berkata bapak aku gila jahat....hehehehhehe...

    Posted on June 27, 2010 at 10:43 AM

     
  3. 'AQILAH Said,

    dari matrik pahang rupanya...pernah pergi matrik pahang sekali...besarrr penat jalan..:)

    Posted on June 27, 2010 at 11:19 AM

     
  4. ok, nti aku bg dialog 2 kt ank ko ye SD:P
    haha,,

    Posted on June 27, 2010 at 11:24 AM

     
  5. wunny Said,

    wahh da ade part2 dah ni.
    sampai bape part agak2 nye eh SD ?

    betul, kat U lah ade macam2.
    org pun macam2 boleh jumpe.haha
    -peace-

    Posted on June 27, 2010 at 1:47 PM

     
  6. SD Said,

    wunny, sampai part 2 je la.....niat nak buat sampai part 3 tapi nanti panjang sangat....Part 2 pun okay la......

    Posted on June 27, 2010 at 3:32 PM

     
  7. SD Said,

    aqilah : aku pun penat berjalan, nak2 plak klu nak g jumpa lecturer, jauuuuuhhhh ke depan diorang punya tempat.....
    baiti : jahat ko nak kenakan aku guna anak aku (cehhh!!!! konon cam ada anak)

    Posted on June 27, 2010 at 3:52 PM

     
  8. haha..
    ko kate aku jht ye SD,,
    kalo ko nk taw, aku xpyh msok u pn da mcm2 bende pelik cm yg ko bru buat skg ni time duk ostel dlu,,
    n yg best nye xpenah kantoi:)
    cpt la buat yg part3..
    haha..permintaan ramai~~

    Posted on June 27, 2010 at 4:55 PM

     
  9. SD Said,

    ko tau tak, aku klu buat jahat mesti kantoi, last2 aku malas da buat jahat. Pernah sekali tu aku tengok kwn2 aku pakai tie ala2....dah 2 3 minggu x kena apa2 tindakan pun. Sekali bila aku buat, molek2 aku kena panggil. Hadoih aku serik dah.... Mana ada part 3 dah...nak wat AKUSEADEAD JOURNEY plak pasni.....

    Posted on June 27, 2010 at 5:11 PM

     
  10. haha..
    ko memg ditakdirkn jd baek kot..kalo aku dlu, tukang jd perancang dlm bab buat jht ni,,
    owh ye, ko pnye FELC pnye trademark 2 da mcm liverpool pnye trademark,,
    haha:)

    Posted on June 27, 2010 at 5:44 PM

     
  11. SD Said,

    tu sume salahkan perunding logo batch....kitaorg beli je...tp masa beli tu da kitaorg bincang dah...kenapa trade mark amek yg org punya....senang citer beli je la........

    Posted on June 27, 2010 at 9:53 PM

     
  12. Oh Malaysia Said,

    aku kat SHAH 5 tahun.. english tak hebat2 jugak. hehe.. bila masuk uni br ada improvement... dulu aku english set 2nd last...

    Posted on July 4, 2010 at 9:18 AM

     
  13. SD Said,

    aku kelas teacher Nani...kelas dak2 paling ngok ngek BI....hahahhahahha.....

    Posted on July 4, 2010 at 10:05 AM