.

RICE CRISP MISTER POTATO

Backpacker SD

+
Beras yang cantik ditambahkan dengan kentang yang seksi. Ermmmm
Agak-agaknya la, apa benda yang kita dapat kalau gabung dua2 ni erk


======sama dengan=======
Memang sedap makan Mister Potato yang baru ni. Jilat jari sampai kering pun rasa lagi sedapnya. Sapa nak cuba meh datang rumah SD. SD belanja satu.......Entry ni sempena contest dari nuffnang dan juga Mister Potato, jadi korang jangan pelik la kalau tetiba SD tulis entry camni.Owh...terlupa nak bagitau, korang kalau nak join masuk kat Nufnang n klik blog...hehehehe....

KOLEKSI "PENIPU MATA"

Backpacker SD

Perasan tak yang garis bulatan ni tak berapa nak bulat. Perasan kan.Korang tengok je la apa yang SD nak buat pasni. Bukan SD pun yang buat. SD jumpa dan nak kongsi je. Yang membuatnya orang lain.
Suka tak dengan puzzle kayu ni. SD tak berapa suka sebab x lawa. Kalau korang suka takpalah tapi kalau perasan apa2 boleh la 'drop' komen sket2. Baru la SD tau ada gak yang CERAH MATA. Takda komen pasal puzzle ni maksudnya xda seorang pun berjaya benci gambar ni.


Ni pulak video pasal camne dadu berwarna jadi x berwarna dan dadu x berwarna jadi berwarna. Kalau korang pandai @ nak tahu jawapannya sila2 la 'drop' komen. SD akan bagitau kalau ada yang minta. Kalau takda maksudnya korang dah tau rahsia dadu ni.


okay ni video yang buktikan, apa yang korang cakap@fikir pasal gambar kat atas tadi salah. Banyak je gambar2 lain pasal illusi tapi dalam banyak2 yang SD tengok hari2 yang ni menarik perhatian sket. Kiranya korang baca summary dari bacaan SD.

SUNGAI MALAYSIA KOTOR TAK?????

Backpacker SD


Cik Google SD memang pelik sket, tekan kotor dia bagi ni, bagi la gambar sampah

Jalan-Jalan Cari Makan....Orang cakap "jauh perjalanan luas pemandangan" tapi kalau hari2 guna jalan yang sama dia bertukar camni plak "Jauh perjalanan sempit pemikiran". Habis hari2 tengok benda yang sama je, 'last2' dia pikir pasal pemandangan tu jer. Sebenarnya nak cakap yang SD dah dua kali naik kete lalu jalan yang sama g tempat yang sama. Orang mintak hantar, kita tolong. Pasni x tau la nak jalan ke mana plak.(Apa???? Xda kena mengena ngan tajuk!!!!! 'Rileks' lu. Tak mula lagi citer, 'intro' pun belum)

Okay, yang ni ada kena mengena ngan tajuk. SD tengok kat Malaysia ni banyak sungai yang kotor. Bila jalan-jalan kat bandar2, jalan kat taman2 dan banyak lagi la tempat. Selalu nampak sungai2 kotor (SD, aku rasa ko konfius la sungai ngan longkang besar) Oh, ye erk. Tak perasan plak sungai ngan longkang, cam sama jer. Sungai klang tu, nak panggil sungai ke longkang besar. Hah!!! Jawab la.

Tadi......SD ada baca artikel2 inggeris pasal sungai-sungai yang terkotor di dunia. Highlight kat situ DI DUNIA. Agak-agak korang la kan, sungai kat Malaysia ada tak termasuk skali. Penduduk paling kurang adab kita tergolong tau (ni ntah pengkaji mana ntah datang wat survey pasal benda ni, adab yang dikaji dari segi menolong orang klu kertas2 terjatuh, beri laluan kat orang tua n adik beradik tu la, bukan adab kesopanan tau) Okay kembali ke topik asal, dah puas pikir dah. Malaysia tergolong ke tak????? Okay baca satu-satu gambar ni(BACA!!!!! gambar kan). Ala bising plak, ikut je.....



Sungai Citarum, Indonesia

Sungai Ni nampak kotor kan dan kalau korang perasan sungai ni kotor dengan sampah, sangat banyak sampah. Yang lebih mengejutkan sungai yang tiada hidupan(highlight disitu, TIADA HIDUPAN) ini merupakan sumber utama air untuk pertanian dan juga sumber air minuman (orang panggil kawasan tadahan air gitu). Macammana dengan keadaan sungai @ kawasan tadahan air Malaysia????? (Boleh dibuat entry baru yang itu)



Sungai Yamuna, India

Yamuna ialah anak sungai terbesar di daerah Ganges, India. Apsal sungai ni jadi camni, maunya tak!! Korang bayangkan 58% dari hasil buangan New Delhi disalurkan ke sungai ni. Patut ke dia buat lagu tu. Kerajaan diorang pernah gak cuba nak bersihkan semula sungai ni tapi sia2 je sebab mentaliti dan juga tiada sifat nature love, sungai ni kekal begini.


Sungai Buriganga, Bangladesh

Kan dah cakap jauh perjalanan luas pemandangan tapi kalau ni la pemandangan korang masa jalan2 tu, apa korang rasa??????(nak jawab tulis kat komen) Sungai ni adalah sungai utama yang mengalir bersebelahan bandar Dhaka, ibu negara Bangladesh (patut la kena kejar dek polis pun diorang x nak balik sana) Sungai yang dikatakan mati secara biologinya ni mengandungi 80% bahan yang tidak dirawat macam bahan buangan kilang dengan polyethenes yang termendap di bawah air


Sungai Kuning, Lanzhou, China

Dah sampai China dah kita, sedar tak sedar jauh jugak kita berjalan-jalan. Sungai ini namanya 'Yellow River' yang mana merupakan sungai kedua terpanjang di China dan menjadi sumber utama untuk penduduk di sebelah utara China(boleh dikatakan sungai ni di Lanzhou). Itu dulu la kan sebelum sungai ni dicemari dengan tumpahan minyak yang x henti2 dan juga pencemaran perindustrian.


Sungai Marilao, Filipina

Sekarang korang fahamkan kenapa kat mula-mula tu ada jJCM. sekarang ni kita akan berhenti di Filipina (gaya seorang 'tourguide' bercakap) Kalau kat Indon (weh!!! mana boleh sebut Indon dah sekarang, kerajaan marah sebab orang Indonesia tak suka dengan gelaran tu) kalau kat Indonesia ada banyak plastik kan, kat sini laen pulak, batang pisang, bangkai anjing yang bengkak-bengkak (ala yang macam kembung-kembung tu),plastik dan selipar getah @ korang panggil selipar jepun (eh!! boleh buat entri jugak ni) banyak sangat.

Sungai ni sepatutnya kena tukar nama "sumber bahan kimia Filipina". Mana taknya, korang bayangkan bahan toksik yang ada kat dalam sungai ni belaka(semua) bahaya macam Cadmium, Chromium, Copper dan Arsenic(arsenic tuuuuu, korang boleh mati) Tengok kain rentang tu, hermph tak payah la buat, sia2 je. Selamba jer kilang2 buang sisa terus dalam sungai, penduduk kampung pun apa lagi. Berkata si penduduk (rekaan aku yer) "Kilang boleh buang benda pelik2, kami pun boleh la buang benda pelik2, x pelik pun setakat anjing mati sekor"...hahahhahahha.....giler klakar....Okay dah2...kita beralih ke India balik.....


Ganges river, India

Sungai ni terhasil daripada glasier Gangotri tapi tengok sampah tu glasier Gangotri pun malu nak mengaku air tu dia punya.Ishhh...Ish....Ish....Korang tau tak sungai ni sungai paling mulia bagi masyarakat Hindu kat sana. Boleh la nak cakap lebih kurang 2, 000, 000 orang (highlight kat situ ada ENAM 0 yer) mandi kat sini setiap hari. Tengok keadaan dari gambar dah tau sungai ni kotor dengan sampah(mungkin baru pas festival kot) Kat bawah ni ada gambar2 yang lain. Yang aku SD pelik kenapa diorang anggap sungai ni suci tapi tak terdetik ke nak jaga kesucian ni dia kata suci sungai ni.BODOH Link yang membicarakan tentang sungai Ganges.


Klik gambar untuk besarkan gambar

Dah...Dah...Lagi lama kita bincang, lagi banyak keburukkan. Baik kita melancong ke tempat laen mencari sungai2 tercemar. Kali ni kita pusing semula ke Chini(Eh!! Ni rumah SD la) China.



Songhua river, China

Kedudukan sungai ni di timur laut China, dan merupakan anak sungai terbesar bagi sungai Heilong. Sungai ni tercemar dengan benzene(banyak guna kat makmal ni) pada November 2005. Yang paling kesiannya, bekalan air Harbin ditutup disebabkan hal ni.

Korang tak tertanya ke, kenapa negara2 sedang membangun dan negara ketiga logik la negara ketiga negara kotor diorang sibuk kejar nak jadi negara kedua je yang dalam senarai. Takkkkkkk!!!!!! Tak habis lagi entry ni. 'Tour guide' nak bagitau ni, dah tukar duet ke belum ni. Kita nak ke USA ni. Kang menyesal tak tukar.Poyo je kau ni!!



Sungai Mississippi, USA

Percaya atau tidak, sungai ni merupakan sumber alam semulajadi dan ekonomi utama bagi Amerika Syarikat. Lagi sekali percaya atau tidak, 40% air kat Amerika tu mengalir kat sungai ni. Percaya atu tidak juga, eh xda dah....xda dah....Sungai ni dicemari oleh pertanian pusat di Teluk Mexico(1.5 million tan metric Nitrogen setiap tahun bersamaan 1 500 000 000 kg metric) Sedar atau tidak juga(ada lagi ayat ni...hehehehhe...) ni jam yang ke 3(3 jam) SD sedang menaip artikel ni.



Sungai Sarno, Italy

Beri nama kat anak kucing best gak ni. Negara yang maju dan cantik ni juga tak terkecuali dari menjadi model negara tercemar.Ehh...korang tau tak ada kajian mengatakan yang spageti bukan berasal dari Italy tapi China(eh....lagi sekali boleh wat entry) Mee dikatakan telah berada di China lebih awal. SD x kaji lagi yang ni. Weh!! SD ko lari tajuk la. Eh!!! Tersasul. Okay! Sungai ni mengalir melalui Pompeii ke selatan bandar Naples dan merupakan sungai yang paling tercemar di eropah.(Highlight kat situ EROPAH) Macam biasalah kan, kalau sungai tercemar je mesti pertanian, ------kalau pertanian jer mesti sungai tercemar------(yang ni salah yer),sungai ni tercemar dengan bahan buangan pertanian dan industri yang tak dirawat. Yang ni seday sikit sebab sungai tanpa segan silu masuk dalam laut sambil mencemardulikan laut.  Key Pad LOck kau Itali, abes laut pun ko nak cemarduli. Ko ingat ko raja dunia.



Sungai Raja(King), Australia

Fuhh!!!! Penatnya nak menaip, dah masuk jam ke berapa ni. Fuhh!!! Penatnya nak membaca, dah masuk minit ke berapa dah ni. Dua2 bawak bersabar. Sungai ni sangat berkuasa, kata King, king apa? King Kong....hua...hua...hua...LOL(laugh out loud-----SD tau ada yg tak tau maksud sebenar LOL).....Sungai yang berkuasa tapi tak berdaulat ni nak kata tercemar tak tapi ayatnya lebih kurang camni, menderita dengan tahap keasidan melampau hasil perlombongan yang mengalirkan 1.5 juta tan metric sulfida sehingga 1995.Sekarang berapa la agaknya?????

Dah habes pun cakap tulis pasal sungai2 yang tercemar teruk. Banyak lagi sungai2 yang tercemar tapi ni je yang SD dapat senaraikan. Kalau nak tahu lagi cari kat cik Google SD. Dia x kesah pun. Tanya je kat dia.Okiey Dokiey......tutup ngan bacaan alhamdulillah.....

p/s habes menaip pukul 2.30 pagi mula menaip dalam pukul 10.30 mlm
p/s publish lambat sebab malam2 orang x baca jd tunggu pagi esoknya
p/s Malaysia ada ke tak??? ni kan persoalan kita. Takde x bermaksud x kotor tapi maseh terkawal

FIRASAT FIRASAT SETIAP KEJADIAN

Backpacker SD


Ni Cik Google kita yang bagi
Wah....letih seletihnya berdiri lama-lama tadi. Memang dekat sejam lebih gak la kan berdiri tadi. Nak buat camne, dah x boleh nak duduk. Dah siap sume2 baru boleh duduk pastu terus layan blog kesayangan. Sebenarnya tadi SD baru siap masak lauk untuk adek2 SD nak g sekolah pagi esok. Dari mula sampai siap SD buat sorang2 n SD masak malam ni sebab SD malas nak bangun pagi2 untuk masak lauk2 tu sume. Okay la, kali ni nak buat entri pasal

FIRASAT FIRASAT SETIAP KEJADIAN

Kejadian yang akan dipilih kali ini adalah kejadian yang berlaku di dapur. Banyak kejadian kejadian yang berlaku di dapur sebenarnya mempunyai firasat firasat yang tertentu.(SD ada belajar sedikit pasal benda ni)Eh...nak kata kata plak. Nak kata tulis kat komen la. Cakap2 gitu mana SD boleh baca. Okay ada beberapa kejadian yang berlaku di dapur yang SD tahu apa firasatnya.

KEJADIAN

pertama : kenapa bila goreng ikan, kulit ikan melekat kat kuali tu
kedua : kenapa bila basuh anggur kulit anggur masih ada kesan2 warna putih(x paham, g beli anggur n tengok kulit dia tu, ada warna putih kan)
ketiga : kenapa kalau potong bawang air mata keluar
keempat : kenapa kalau makan nasi mesti atas pinggan(kebanyakkannya)

MAKSUD FIRASATNYA

pertama : Mengikut apa yang SD belajar(ceh wah.....kekwat ko), masak ikan sampai kulit melekat kat kuali ni memang selalu terjadi dan jarang sekali terjadi kepada yang selalu memasak. Firasat yang SD tahu (aku cam ahli nujum kat sini yer) ialah sesiapa yang masak ikan kulit melekat kat kuali nampak sangat korang jarang masak.Hua...hua...hua....Abes yang korang tak test minyak tu panas ke tak watpe. Cuba la test dulu dengan membasahkan tangan sikit ngan air paip then renjis kat minyak tadi, klu dia berbunyi bising2 macam orang marah maksudnya minyak kurang panas, kalau x berbunyi maksudnya minyak x panas langsung. Okay selepas renjis tu minyak akan berbunyi bising2 sebab marah kat korang, minyak x suka air okay sebab tu diorang x bercampur. Lepas dia dah senyap masa tu la korang masukkan ikan yg nak digoreng tadi.

Nama dia Maksud, X caya buka ni
Kedua : Perkara ni SD belajar setelah bertungkus lumus menjadi penulis tegar di skrin bercahaya(laptop la...kat mana lagi). Anggur anggur yang korang bilas ngan air tadi sebenarnya x bersih lagi tau. Korang sedap je kan telan anggur tadi ngan bahan2 x sepatutnya. Perasan tak anggur yang korang basuh masih ada putih2. Okay sebenarnya cara basuh anggur yang sebenar ialah korang ambil sikit ubat gigit then sapu kat anggur tadi(mesti ada bertanya banyak mana anggur n ubat gigi) Pernah korang tengok orang makan anggur sebiji, x pernah kan. Maksudnya anggur tadi setangkai okay n ubat gigi ala2 nak gosok gigi gitu. okay yer sapu la sesapunya then bilas anggur tadi ngan air bersih (guna air Hai-O pun boleh, jangan ada yang g umah sebelah udah). Then kalau tengok semula, anggur tadi dah xda putih2nya. Then ...ermmmmm..

Ketiga : Sebenarnya korang yang potong bawang menangis tu kesian kat bawang kot. SD x abes menuntut lagi la bab ni. SD pun hairan kenapalah korang menangis. Kalau bawang boleh cakap, ala2 gini bunyi dia "Der, lu apsal nangis2, gua yang kena potong lu nangis apsal"(rentak ala2 adnan sempit) Sorry la yang ni tunggu SD abes menuntut dulu yer.

Lawak tak?????
Keempat : Okay, nampak x SD highlight kat situ 'kebanyakkan'. Apsal la korang nak makan nasi bawah pinggan. X berjenis betul la kalau korang ni kalau makan nasi bawah pinggan. Kebanyakkan di situ membawa maksud ada gak yang x berjenis buat benda2 pelik ni. Apsal!!! Dah bosan makan atas pinggan. Yang ni SD x menuntut kat mana2 sebab memang SD x pernah lagi jumpa orang x berjenis yang macam ni. (tapi korang ngah menuntut ngan SD skang ni)kan...kan.....
Betulkan....Memang x dinafikan...Highlight kat apa puan asia nak...
Haaaaaa........Itulah kesemua firasat yang SD telah sampaikan. Amacam ada gaya seorang yang berilmu tak SD hari ni. Ada kan....Ala jangan malu2 mengaku je la.(Mengaku apa????) Mengaku SD ni berilmu...hehehhehehe.....Ada sesiapa yang rasa terkena atau dikenakan atau mengena atau perkena atau kena kena. Ada!!!! Angkat tangan....Owh!!!! Ramai.....Okiey Dokiey....

P/S Entry ni sempena SD baru siap masak tadi. Dari maghrib SD masak sampai isyak baru siap.
P/S yang pertama ketiga n keempat tu nak mengenakan korang yer, yang kedua tu betul, memang SD buat kalau anggur ada kat rumah.

ENGKAU PANDAI ADA AKU KESAH

Backpacker SD

Cik Google bagi ni bila cari "pandai"
Eh!! Jap...Jap....Apsal tajuk kali ni lain!!! Mana pergi info2 yang ko suka tulis tu. Kata suka membaca, tulis la info2 yang orang tak tau.Helllllooooo......SD pun nak gak 'blogwalking' kat sana sini. Dah dua hari 'full' tau 'blogwalking'. Disebabkan itu x sempat menyempat nak baca artikel artikel fakta. Penat la kan baca artikel fakta. Bukan satu dua nak baca, nak nak plak yang versi inggeris. Puas SD nak 'translate'. Baca pasal fakta2 ni syok sebab benda baru kan tapi itu lah. Mana la nak sempat 'blogwalking'. Okay kali ni SD x nak buat versi fakta sebab tiada info.

Cik Google bagi ni bila tekan "fakta"
Kali ni SD nak cakap pasal kos yang SD amek kat UTM ni. Saya UTM bloggerz.....Sapa2 yang tengah baca ni UTM Bloggerz angkat tangan....hahahhahhaa.....Ramaiiiii......Dah...dah..ketiak masam x mandi pagi.....Okay kat sini SD amek Kejuruteraan Kimia Gas. Apa tu?? Ni kos berkenaan dengan petroleum tapi sebenarnya sangat lain. Kalau korang nak tahu(yang dah tau jangan sombong...berdosa) dalam tanah tu ada minyak petroleum dan juga gas. SD punya bahagian yang gas tu. SD 'minor' gas okay. Bercakap pasal kenapa SD amek Kejuruteraan Kimia Gas. Ada beberapa sebab kenepa SD amek kos ni:-

Budak ni curi Gas tau tak, kat China
Pertama: SD minat la sesangat2 dengan kimia(abes amek je la kos kimia-kata si pembaca)Ehhhh...Mana boleh. SD x nak 'end up' jadi cikgu(SD garang yer klu mengajar) @ saintis(bosan la duk dalam makmal) @ pakar kimia(still dalam makmal). Jadi masa minta UPU tu tekan la Kejuruteraan Kimia.

Kedua: SD tahu sangat kos ni sangat susah. SD dah letih belajar sebenarnya. Jadi masa isi UPU SD cari kos yang SD suka dengan tahap kesenangan yang paling tinggi. Mula2 SD nak amek Kejuruteraan Petroleum( tak jadi sebab tau dah mesti susah) pastu nak amek Kejruteraan Kimia Tulen(x jadi gak sebab duk pikir mesti belajar banyak benda-memang pun macam Kejuruteraan Awam yang belajar serba sedikit pasal 'minor' dia)

Pastu SD pikir2 amek minor Kejuruteraan Kimia la. SD cari apa kos 'minor' Kejuruteraan Kimia.(ada tiga minor Gas,Bioproses,Polimer) SD tak tahu menahu pun apa itu polimer. Dalam hati pikir yang buat2 plastik tu ke? ye la kot. Tak jadi. Bioproses??? Ni mesti kimia ala2 biologi. "Ish...Aku x pernah pun blaja biologi."(Maaf yer SD bengong sket bab hafal2 ni)(masa kat skul amek sains teknikal) 'Last choice' SD amek la Gas.

Ketiga: Apa yer sebab ketiga.Takda dah. Ada dua sebab je kenapa SD amek minor Gas. 5 pilihan SD amek yg ni tp lain2 tempat. Yang selebihnya seperti kejuruteraan alam sekitar, kejuruteraan perhutanan dan forensik.(saja 'test' letak forensik pilihan kelapan, nak tengok ada ke rezeki kat forensik)
Cipan aku curi kat Cipanus

Okay SD tak la pandai sangat sebab tu SD nak cari kos yg SD suka dengan kesenangan tahap cipan(kenapa cipan...senang ke dia...errrrmmmmm) Then bila dah belajar. Apa kejadah senangnyer kos kau ni. X senang pun. Macam 'key pad lock' jer susahnya. Syukur la dapat masuk U. Belajar je sampai abes. Yang penting SD nak elakkan 'repeat' paper sebab banyak subjek yang bernama 'subjek berantai' (untuk yang x tau maksudnya x lulus subjek A x boleh amek subjek B)Tak ke haru jiwa korang kena main tolak2. Okay lah SD rasa dah panjang sangat dah ni. Karangan SPM x panjang camni(memang la SPM lima muka, ko satu muka sbb taip panjang mana pun satu muka...huaaaa...huaaa....hua...)Udah...Udah....Kita tutup bacaan kita ngan Alhamdulillah (abes gak ko punya karangan).

P/S baru je join 'contest' nestle coffee mate.....kat sini...
P/S sume gambar kredit kepada cik Google (kali kedua nak nyatakan puan yer Cik google ni)

NAK GUNA NAMA APA

Backpacker SD


Whai rakan-rakan bloggerz SD sekalian. SD sekarang ni tengah pening kepala memikirkan nama untuk domain. Niat dihati nak amek www.seadead.com tapi sayang sudah dikebas orang. Jadi SD minta tolong sangat rakan-rakan bloggerz diluar sana tolong la SD nak cari nama untuk domain ni. Rasa rasa nak amek www.seadeadlife.com tapi cam tak best. Sesiapa diluar sana yang ada idea tolong yer. SD ni memang menggunakan "seadead" sebagai pengenalan diri. Kat mana mana pun orang kenal SD dengan "seadead".Even pada kot rasmi persatuan pun guna nama tu. Adoyai, memang betul la kata orang, menangis la ko bila dah orang amek ko punya. Tolong!!!!Tolong!!!!Tolong!!!! bagi cadangan nama okay.

KENAL TAK ECRANOPLANES

Backpacker SD


Okay yer, ni maksud SD dr pak cik Google

Aku skang ni nampak trend sekarang x guna ayat ayat aku. Diorang blogger2 lebih suka kata ganti selain 'aku'. Jadi aku di sini nak bersifat lebih sopan dan feminin. Apa yang aku cakap ni, okay selepas ni x nak dah guna 'aku' nak guna singkatan nama yang baru untuk SEADEAD iaitu SD. Dengan ini secara rasminya 'aku' tak akan menggunakan 'aku' lagi. SD akan menjadi nickname aku dalam post aku yang seterusnya. Okay sebenarnya bukan ni tujuan SD nak cakap untuk entri kali ini. Kali ni Sd nak cakap pasal tajuk hari ini iaitu ECRANOPLANES. Apa itu ecranoplanes, sebelum ini SD pun x tahu apa itu ecranoplanes. Selepas membuat bacaan yang terperinci dan dengan bantuan Cik Google(wanita yer dia nie) SD dapat serba sedikit tentang ecranoplanes ni.

Ecranoplanes atau pesawat datar ialah kenderaan yang menyerupai kapal terbang tapi operasinya hanya menggunakan prinsip 'ground effect'. Ecranoplanes boleh bergerak dimana-mana sahaja asalkan tempat tu @ pemukaan tempat untuk dia bergerak ialah mendatar. Apa yang lebih penting ecranoplanes (ground effect planes =GEV) terbang rendah je dari pemukaan bawah iaitu beberepa meter sahaja dari pemukaan. GEV adalah kenderaan rekaan Rusia ketika perang dingin dan tujuan GEV dicipta ialah untuk menjimatkan tenaga dan untuk mengelakkan dari dikesan oleh radar musuh. GEV ni sebenarnya dicipta oleh Soviet Union sebagai kenderaan berkelajuan tinggi (GEV boleh bergerak beberapa ratus km/jam). Pembangunan GEV mendapat sokongan daripada Dmitri Ustinov, Menteri Pertahanan USSR. Tapi kan sayang Dmitri mati pada 1985 dan Menteri Pertahanan yang baru telah membatalkan semua pembiayaan untuk projek ini. Ada tiga jer GEV ni dan salah satunya ada di pangkalan angkatan laut berhampiran Kaspiysk.




Ecranoplane boleh tembak misil tau, bergerak sangat laju di pemukaan air tp x sentuh pemukaan air tu.



Ecranoplanes ni boleh bergerak dimana mana sahaja, tengok la ni dia bergerak di atas darat selepas bergerak diatas air tanpa perlu berhenti pun.


Tengok tu, siap bolah bawa kereta kebal g jalan jalan lagi. Hebat kan!


Fuuuyoooo!!!! Bergerak tinggi sket jer dari air. Hebat!! Hebat!! Rekabentuk sayap dia dah diubah sedikit daripada rekabentuk kapal terbang untuk membolehkan dia terbang rendah.

Gambar2 diatas diambil masa zaman soviet dulu. Gambar kat bawah ni gambar zaman sekarang plak (ada pulak gambar zaman2...gambar zaman dulu ko mana?????)


Gambar tiga yang terakhir ni diambil ketika ecranoplanes ni ditunda oleh bot tunda di sungai Volga untuk ke taman hiburan di Moscow. Mugkin ecranoplane akan jadi satu monumen yang tak akan dipulangkan kembali.


*SD tak tau la nak kreditkan kepada siapa sebab banyak sumber digunakan untuk buat artikel ni.
*SD suka membaca online ni, apa2 yang SD rasa menarik SD akan buat artikel tu di blog SD

DUNIA DI HUJUNG NYAWANYA

Backpacker SD


Memang dahsyat la aku tengok video ni. Terasa macam takut la nak beli rumah dekat ngan kawasan bukit yang dipotong. Tapi yang ni memang dahsyat kan sampai tanah mengalir macam sungai. Aku rasa kat Malaysia xda lagi yang sampai tahap ni, syukur kalau pihak JKR dapat buat kerja sebaik2nya. Jangan diluluskan sebarangan tempat yang nak dibangunkan. Tapi rumah aku tanah landai jer, kata duk kampung. Bukit ada teroka tapi tanam pokok sawit la kan. Okay la korang enjoy @ takut la masa tengok video ni.Okiey dokiey......~~~~~


kredit kepada encik Orang Muo

Award Yang Pertama

Backpacker SD


Anugerah pertama yang aku dapat dar cik puan Nurul. Dia break the rulez then dapat la aku award ni. kalau tak memang tak dapat la kan. Mekaseh diucapkan kepada cik puan Nurul. Award ni kepunyaan asal cik eddy boyz, klu korang perasan ada tulis blog dia kat award tu. Cik puan Nurul kata tujuannya nak up trffic ke blog itu, jadi melawat2 la ye. Okay skang nak cakap pasal serba serbi award ni. X payah la aku nak terang semula kan, salin & tampal (peliknya bunyi) je dari blog cik puan Nurul.


:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.
(bulat2 punya salin & tampal)

Okay sekarang dah tiba masa untuk aku mencari lima orang paling layak (ceh wah.....konon aku layak la ni kan) Okay antara lima orang tu ialah

1.Aiz
2.Chaei
3.Awie
4.syukcurz
5.Cik Na

Korang2 yang ditag amek la yer award korang tu, berat blog aku simpan award korang lama2. Yang ditag klu dah dpt award yang sama maksudnya korang ni kreatif kuas dua la kan. Memang salute la kan, kretif kuasa dua la katakan.

ANAK KECIL MAIN API

Backpacker SD




anak kecil main api ,terbakar hatinya yang sepi
air mata darah, bercampur keringat, bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda
akibat SENGKETA, sesamalah kita, cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain, pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam, kan lenyap peristiwa semalam
tertutup lah hati, terkunci mati, maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati, bersama berbakti, pulih kembali harga diri

KITA SUDAH TIADA MASA, MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA..
janganlah terlalai teruskan usaha,
melayu kan gagah di nusantara, melayu kan gagah di nusantara, MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA...


* ini lirik asal untuk nyayian lagu Warisan di Malaysia...ada beberapa lirik yang berbeza di Youtube




ULAR DAN MANUSIA (SAMA KE TAK)

Backpacker SD



Antara ular dan manusia korang rasa sama ke tak. Kenapa ular sama dengan manusia? Kenapa ular x sama dengan manusia? Memang menjadi persoalan bagi aku. Lama juga aku pikir mende ni. Last2 jawapannya x sama pun. Saja je nak wat gempak tanya kat aku pasal kesamaan ular dan manusia. Aku punya la tertanya2.Herrmmmm.......Tipu punya orang, key pad lock. Kat bawah ni ada video pasal budak kecil yang dari lahir hidup dengan ular sawa bila dah besar xboleh dipisahkan dengan ular tu. Korang mesti rasa nak g sana tengok sendiri kan. Sama la ngan aku, nanti wat la program ke Cambodia.Huhuhuhu....Sapa nak jadi Pengarah??????





In case x boleh tengok, surf kat sini.

AKU TENGOK VIDEO NIE DUA TIGA KALI

Backpacker SD




Kalau la budak2 coursemate aku gila camni gak, konfem aku ajak diorang buat skali ngan aku...hahahahhahhaa....tapi bukan aku la yang jadi penyanyi utama.....Ni la kan bila lady gaga bertukar jadi lelaki....




In case video takde korang klik kat sini, Direct ke youtube