10 PERKARA MENARIK TENTANG TUBUH KITA

Backpacker SD Saturday, May 8, 2010

Badan kita memang sangat mengagumkan. Hari2 kita berterusan tanpa kita sedari bertapa hebatnya susuk tubuh ini. Boleh la cakap kan yang badan kita ni mesin yang canggih walaupun tak ada kepak, cakar, bisa atau paruh-tapi kita ada benda yang menarik tentang badan kita.Korang mesti x terpikir pasal sume2 ni.


Kita Boleh Hidup Tanpa Kebanyakkan Organ Dalaman Kita

Agak-agak korang kan kalau kita takda sesetengah organ boleh hidup tak? Mesti kat luar sana ada yang kata “Mati la aku!!” “Ish!!! Mana boleh “ @ “Boleh jer”.Kalau jantung takda betul la kan kita mati on da spot tapi kalau yang lain2 hidup lagi kita ni. Sebenarnya, kita boleh buang limpa, satu buah pinggang, satu peparu, 75% hati,80% usus kita dan kebanyakkan organ di pelvis dan kunci peha kita.Macam x percaya kan, badan kita akan terus berfungsi tanpa organ2 tadi tapi badan kita x la se’okay’ kalau ada semua organ tadi.



Kematian Berjuta Juta Sel Badan Kita

Setiap minit badan kita sedang nazak, aku x tipu lah. Setiap 60 saat yang berlalu, badan kita akan kehilangan sel sebanyak 300, 000, 000 sel. Banyak kan jumlah tu, sama banyak ngan jumlah penduduk United Stata (huiyoooo....)Korang mesti pelik kan sebab korang okay jer, x sakit pun. Sebenarnya badan kita walaupun hilang banyak sel dia menghasilkan gak sel2 baru yang jumlahnya lebih banyak dari jumlah yang mati.Sedang korang pikir yang badan korang sedang berkurangan sedikit demi sedikit, dia (badan kita) juga menghasilkan 10 – 50 trillion sel sehari kalau seminit korang kira la (50, 000, 000, 000, 000/(24jamX60minit) =?????)



Rambut Kita Diibaratkan Superman Tubuh Kita

Kenapa pulak aku cakap rambut kita sama macam superman di tubuh kita, sebenarnya rambut kita sebenarnya hampir2 x boleh dimusnahkan. Rambut kita mereput pada kadar yang sangat rendah dan boleh la dikatakan rambut lebih tahan lama berbanding bahagian badan kita yang lain. Buktinya, mumia yang dijumpai ( yang usia berjuta tahun ) masih lagi mempunyai rambut di kepalanya. Perubahan suhu dan kelembapan x akan mempengaruhi pereputan rambut dan juga, kebanyakkan acid serta bahan kimia tetap x memberi apa2 kesan pada rambut. Kelemahan rambut satu je, API!!! Mungkin sebab rambut terhasil daripada gabungan carbon (protein) yang sangat banyak sebab tu dia mudah terbakar.


Berhati2 Dengan Asid Di Perut

Badan kita sangat kuat dan tough sebenarnya di kalangan organ badan kita.Acid yang ada dalam perut kita sangat pekat dan bahaya sehingga boleh melarutkan Zink (sejenis logam). Kalau fikir logik asid yang kuat macam tu mesti akan mengakis badan kita dalam beberapa saat je. Tu la kan, cerita sebenarnya perut kita ada lapisan (lining) yang akan terhasil semula dengan cepatnya, sampaikan acid tadi x dapat tembus lapisan tu. Kalau la lapisan ni x terhasil dengan sangat cepat, percuma2 je badan kita berlubang dengan sekelip mata.



Jantung - Tulang- Kuku

Kat sini aku gabungkan tiga fakta dalam satu.Pertama, peparu kita dipenuhi dengan saluran darah yang kecil yang dinamakan kapilari.Jumlah kapilari dalam kedua-dua peparu kita ialah 300, 000 million.Kalau kita susun secara bersambungan kapilari ni boleh menjangkau 1, 500 batu panjangnya. Kedua, kita boleh patahkan tulang badan kita tapi tulang kita agak kuat sebenarnya. Satu blok tulang bersaiz kotak mancis boleh menampung beban seberat sembilan tan, iaitu empat kali ganda lebih kuat dari apa yang konkrit boleh tampung. Ketiga, Kuku jari kita akan berterusan memanjang (tumbuh) dan katakanlah, korang hilang kuku jari, lebih kurang setengah tahun diperlukan untuk kuku tu tumbuh semula.


Kita Membesar Setiap Malam

Betul ker? Boleh percaya ker? Haaaa.....Kalau nak tau, setiap malam badan kita akan memanjang sedikit. Dianggarkan badan kita membesar satu pertiga inci semasa tidur sebabnya cakera tulang rawan kita ditekan olah daya graviti semasa berdiri atau duduk. Jadi kalau kita bangun dan berjalan semula, badan kita akan memendek semula kepada asal.hehehehehe......

Penapis Semulajadi

Pundi kencing membantu membuang segala toksin dalam badan kita, tanpa kedua2nya kita akan mati. Apa yang hebat pasal buah pinggang ni ialah kapasiti penapis di dalamnya. Setiap satu buah pinggang ada satu million penapis.Jadi jumlah keseluruhan ialah dua million yang mana menapis 1.3 liter darah setiap minit dan mengeluarkan 1.4 urine (air kencing) sehari. Kalau la xda buah pinggang ni, sekejap je badan kita dah penuh dengan toksin dan maksudnya x lama la tu.


Badan Kita Sebenarnya Sangat Panas

Badan kita merupakan mesin tenaga yang besar.Bila kita tengok badan kita melalui teknologi infrared apa yang dapat kita lihat ialah haba yang memancar keluar dari tubuh kita. Haba yang ada itu terhasil di dalam badan kita dan ia digunakan untuk memastikan kita terus hidup. Dan lagi, badan manusia menghasilkan haba yang sangat banyak dalam masa 30 minit, jika dikumpulkan seluruh tenaga haba yang dihasilkan dalam badan kita, ia mencukupi untuk masak air separuh gelen. Tenaga tu tak la dapat menggelegakkan air dalam beberapa minit tapi ingat!! Haba ni cukup klu kita tak buat apa2.Habis tu apa haba ni buat dalam badan kita?Haaa....Haba ni digunakan untuk memastikan kita terus hidup.

Kita Adalah Makhluk Visual


Kalau diteliti semula, kita ni sebenarnya adalah makhluk visual sebabnya kebanyakkan maklumat yang diproses adalah melalui mata kita, berbanding deria yang lain. Seperti yang kita tahu, kelawar memproses kebanyakkan maklumat melalui telinganya, kita pula memproses 90% maklumat kita melalui mata kita. Selebihnya diproses melalui deria yang selebihnya iaitu deria sentuhan, rasa, bau dan bunyi.


Atasi Batas Kelajuan


Badan kita ni kalau diikutkan x la bergerak selaju haiwan2 kat dunia ni, macam cheetah contohnya, tapi sebenarnya kita boleh mencapai kelajuan 100 batu per jam melalui tubuh kita tau. Haaaa.....kita boleh tau kalau melalui bersin kita. Masa kita bersin, kita menghamburkan (menghembuskan x sesuai kot) udara keluar dari mulut dan hidung dengan kelajuan 100 batu per jam. Benda ni boleh la dikatakan mengagumkan sebab ia keluar dari muka kita sendiri.Pernah tak korang terfikir kenapa kita x cuci hidung dengan daya tadi.hermmmm????????

6 Beg Deuter Untuk SD
  1. ciK na..... Said,

    eyt...fakta pasal kuku tumbuh tue ak da bantahan ckit la...
    dlm sem nie ja 3 kuku jari kaki ak tercabut...skang ampir pulih dah pon...
    xda pon kne tgu setengah tahun...
    hehehehe

    Posted on May 9, 2010 at 3:51 PM

     
  2. si LauT Mati Said,

    Ye ker...wah hebat ko erk....Tapi kuku tue tercabut terus ke tercabut separuh...????

    Posted on May 9, 2010 at 4:31 PM

     
  3. ciK na..... Said,

    tercabut terus la...
    sume gara2 nek gunung...
    da darah beku....
    bila darah dah xda...
    kuku pon tertanggal...

    Posted on May 10, 2010 at 4:22 PM

     
  4. si LauT Mati Said,

    Owh....huhuhu....ko terlebih sehat tue....bagus2...Rajin2 kan panjat gunung.....

    Posted on May 10, 2010 at 4:53 PM

     
  5. ko xde shoutbox eh? em nk beli slr gak ke..mmg nk nikon ke? aku rase kalo d60 ngn d3000 rasanya d60 lg ok kot..sbb aku pena bc ade org tulis kt website, d3000 tu the worst nikon slr..tatau la..cbe ko tnye yg lbih pakar..

    Posted on May 23, 2010 at 2:28 PM

     
  6. si LauT Mati Said,

    Dayah : ada la...cuba ko tengok betul2 kat chat box bahagian atas...aku sorok kat situ sebab mengacau page aku jer menbe alah tue...

    Posted on May 23, 2010 at 2:29 PM