.

PEPERIKSAAN TERAKHIR DI UTM

Backpacker SD

Hari ini ialah hari terakhir SD mengambil exam selama hayat SD belajar dekat UTM ni. Sem depan semua subjek yang SD amek semua tak ada exam. Lebih kepada project work. Seperti sem lepas SD nak dedikasikan pos kali ini untuk subjek-subjek yang SD amek semasa sem ketujuh SD di UTM~ Secara jujur sem ni adalah sem paling gagh sekali dalam hidup SD di UTM ni.


Serius SD cakap kalau SD cerita hidup SD dekat adek-adek SD yang nak masuk matrik tu mesti dia boleh batalkan niat dia nak masuk u. Tapi kata orang, tengok juga kos apa kita amek kat u kan. Macam SD amek Kejuruteraan Kimia Gas~ Sangat saket dan its well known this course is one of the tough course even hard to eligible and enter this course. SD tahu kenapa dia amek budak-budak pointer tinggi je~ SD bukan nak berlagak tapi ni sekadar berkongsi cerita. SD buat blog kan untuk berkongsi pengalaman, pendapat dan kenangan SD di dunia Allah ni.


Ni senarai subjek yang SD amek masa sem tujuh ;


1) Plant Design
2) Projek Sarjana Muda 1
3) Safety for Plant Design
4) Reticulation System and Storage
5) Effective Communication
6) Process Control Lab
7) Seperation Process 2 Lab
8) Project Management
9) Horticulture Technologi


SD tak nak cerita satu-satu sebab tak habes nanti kalau SD cerita satu-satu~ SD akan tunjukkan serba sedikit gambar2 pasal apa yang SD belajar dalam semua subjek ni.


Ini ialah subjek Plant Design yang mana SD kena buat satu "kilang" untuk process bahan kimia dan mengasingkan bahan-bahan kimia tu semua
Ini ialah subjek project Management yang mana kami kena belajar pasal dalam buat sesuatu projek yang juta-juta berapa lama masa diperlukan, apa yang boleh ditangguh,bila setiap 'sub-work' boleh siap....gitu la kira-kiranya~
Ini pulak subjek yang mana SD belajar pasal keselamatan dan langkah2 perlu diambil kalau nak buka syarikat berkiatan kimia atau adek2 dia. Kita jarang dengar kemalangan kat tempat2 industri macam ni kan sebab diorang memang sangat teliti dan semua benda even yang remeh pun dianggap besar. Satu je sebabnya sekali kemalangan satu plant hancur! Takda dah rosak sini sket sana sket.
Ini pula subjek untuk proses penimpanan bahan2 bakar macam LPG (gas dalam tong gas masak) LNG (gas yang kereta NGV guna tu). Sebab proses penyimpanan ni bermain dengan tekanan tinggi dan suhu rendah jadi segala benda nak kena amek kira.Walau tanah tempat nak letak tong pun kena amek kira.
Ini gambar untuk lab seperation. Gambar ni duk cerita pasal macam mana nak jadikan serbuk dari cecair....Senang cerita ni la mesin buat susu tepung, santan serbuk, kopi serbuk xda hampas.....Ni la mesinnya cuma ni skala lab je la.....kecik molek nak buat serbuk secawan kopi pun x lepas~




Yang gambar terakhir ni pulak Lab Process Control. Dalam lab ni kami akan belajar macam mana nak kawal mesin-mesin yang ada dengan menggunakan arahan komputer secara analaog @ senang cerita kita masukkan arahan satu-satu pakai code dia 'then' mesin tu akan buat kerja dia. Menarik tapi kami tak paham sepatah haram pun masa buat lab ni. Bila dah siap buat baru la paham serba serbi sebab sangat kompleks dia punya 'key in' analog data.

Jadi sampai sini je la coretan SD untuk SEM7......Banyak yang SD lalui termasuk la bergaduh, demam, saket kepala, hilang selera makan, tidur tak tentu hala dan sebagainya~~~

Backpacker SD

Kali ni SD nak berkongsi satu bangunan yang kalau kita sebut je mesti korang semua boleh bayangkan macam mana rupa bangunan tu. Okay! SD nak korang teka gambar-gambar yang SD tunjukkan kat bawah ni bangunan untuk apa~ Takda hadiah la..... Blog SD bukan popular sangat sampai boleh bagi-bagi hadiah. Kalau nak hadiah pergi oh!Tidak sebab dia ada buat pertandingan pisau percuma.








Korang teka apa? Shopping complex? Hospital? Universiti? Bangunan pejabat? Salah! Salah! Salah! Jawapan dia ialah inilah parking kereta. Bangunan ni direka oleh Zaha Hadid Architects. SD "copy n paste" je artikel ni dari website diorang. Lawa kan!

Perkara yang SD selalu fikir ialah bukan kenapa bangunan-bangunan kat Malaysia tak cantik @ 'eye catching' tapi kenapa dekat Malaysia tak ada langsung perancangan untuk menaik taraf sistem keretapi ringan (LRT, STAR, PUTRA) ke tahap yang lebih maju sistemnya seperti apa yang ada di Singapura dan Korea Selatan? Malaysia dengan Singapura tak baik sangat tapi Malaysia dengan Korea Selatan rasanya sangat la akrab! Ye la....PM kita siap melawat Korea Selatan pastu jenjalan kat sungai sana kot! Tak tahu?

G la google k~ Lawat sini kalau nak baca lebih mendalam~

KUALA LUMPUR TRIP

Backpacker SD

Di tahun 2012 ni SD akan mulakan dengan menatapkan beberapa keping nukilan gambar yang SD ambil masa jalan-jalan di KL. Walaupun SD ni rakyat Malaysia tapi SD tak pernah jalan0jalan kat KL ala-ala tourist. Maksudnya jalan-jalan tengok sana, tengok sini, pergi situ pergi sini. Masa SD berumur 22 tahun tu la kali pertama SD menjadi tourist di Kuala Lumpur. Gambar SD tak banyak pun sebab semua gambar-gambar ni datangnya dari kamera SD dan SD guna dSLR yang membawa maksud       "JANGAN SYOK SENDIRI AMEK GAMBAR SENDIRI PAKAI dSLR


huhuhuhu~~~ SD baru sedar yang punya dSLR bermaksud menangkap bukan ditangkap. Sapa-sapa kat luar sana yang 'cam-whore' sila jangan beli dSLR sebab kalau korang nak suruh orang lain amek gambar korang guna "kamera mahal yang nak semua orang beri perhatian kat korang" tu. Harap maaf la. Gambar memang pelik-pelik dan macam ragam.

Itu saja yang SD nak tulis. Gambar-gambar ni diambil di Taman Rama-Rama dan serius SD cakap 'its NOT worth to visit Taman Rama-Rama' dan gambar SD yang sensorang tu dekat restoran jejantas PLUS~~