.

SELANGOR HERE WE COME

Backpacker SD

Selamat datang diucapkan kepada saya sendiri ke rumah baru ini. Best dan tak best la kan. Rumah murah tambah besar. Apa-apa pun makan sangatlah mencekik sampai tak sanggup nak bilang berapa ringgit nak kena siap-siap untuk sebulan. Cadang-cadangnya nak masak sendiri untuk makan malam tapi tengok lah macam mana sebab dah balik dari keje ni letih bukan main lagi.


Apa-apa pun jom layan gambar SD dekat rumah baru. huhuhuhu~~~ biasa-biasa je tapi saja nak buat gempak sebab masuk rumah baru la katakan.


Klik kalau nak zoom











TRANSMISSION LINE NEED PROPER INSTRUMENTATIONS FOR THE PROCESS CONTROL OF SEPARATION PROCESS AND FOR POLLUTION CONTROL

Backpacker SD

Sapa cakap waaaaaahhhhh!!!! best la kos kau. Memang best sampai hari-hari rasa nak belajar je. (mata ke atas tangan ke bahu) eh!!! Sempena hari ni (AHAD 8 MEI 2011) hari terakhir SD belajar di UTM untuk sem 6 ni. SD nak buat satu entri khas untuk menghargai subjek-subjek yang SD belajar selama berada di sem 6 ni.


Jom kita mulakan dengan menerangkan kenapa panjang sangat tajuk entri kali ni. Sebenarnya (rasanya korang dah tahu kot tajuk tu nama subjek SD amek, eh!! tak tau?) nama-nama subjek yang SD amek ada dalam tajuk kat atas ni.
1) Transmission Line (Penghantaran Gas)
2) Instrumentations (Proses Intrumentasi)
3) Process Control (Kawalan Proses & Dinamik)
4) Separation Process (Proses Pemisahan)
5) Pollution Control (Kawalan Pencemaran)


Dari 5 subjek ni 3 subjek adalah berbentuk pemahaman dan hafalan. Pollution, Instrumentations & Pollution SD kena paham apa benda yang subjek ni cerita pastu kena la hafal dia punya fakta. Owh!!! walaupun ni subjek hafal tapi soalan dia memang menguji kefahaman. Bayangkanlah SD hafal yang air sungai ada 5 peringkat proses pembersihan sebelum boleh diminum tapi sekali soalan keluar,  adakah langkah yang kelima itu perlu? Mengapa? Jadi kalau hafal tapi tak paham konfem tak boleh jawab.
Ni subjek Intrumentations

memang betul la duk kat U ni tak sama duk kat sekolah. Yang lagi dua tu subjek mengira yang mana kalau kat mall macam Giant, Jusco, The Store; kedai-kedai francais macam KFC, McD diorang akan guna tangki LPG. Ala tangki masak kat rumah kita la. Yang beza diorang dengan kita, diorang perlu letak tangki tu kat luar dari mall then pasang sistem paip macam sistem paip air sampai la ke dapur memasak diorang. Jadi SD la BAKAL bertanggungjawab untuk pasang dan memeriksa benda tu selamat ke tak. Yang ni untuk subjek Transmission Line.
SD rasa tak salah kot SD upload gambar ni
Takut la maklumat rahsia, tak boleh share online
Ni la dia pipeline gas di semenanjung malaysia

Untuk Process Control SD belajar cara macam mana nak kawal sistem tangki. Senang cerita kalau korang tengah masak kan, berapa suhu, berapa tekanan dan semua la kena kawal sebab tu nama dia process control. Subjek ni sangat la mencabar sebab UTM dah mula buat PBL (Personal Base Learning) untuk subjek ni maksudnya korang kena belajar sendiri subjek ni. Lecturer masuk kelas cuma buat review je, sikit pun tak ajar. Kalau kita tanya dia akan jawab dengan pertanyaan sebab nak suruh kita fikir. Gila kan! Memang gila.
Ni la water treatment process sebelum boleh minum


SD tak tahu macam mana SD mengharungi subjek ni. Syukur la SD boleh jugak faham subjek ni. Walau apa pun SD dah pun menghabeskan sem 6 ni dengan jayanya. Harap dapat la pointer tinggi sebab kata dah faham. Kalau tak tinggi biarlah atas 3. Baru syok tengok pointer nanti..... uhuhuhu~~~~ Lepas ni mau berLI di Selangor, Seri Kembangan, Balakong. Harap banyak la yang dapat belajar masa praktikal nanti. Sekian.

MASA KECIK KECIK!!! INDAH SANGAT

Backpacker SD

budak2 yg lahir pd thn 80 n 90an mesti ingat mase skola rendah dulu

- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit, beli walaupun cerita buku tu dah tau.

-salesman susu pon camtu gak.

- kat library budak2 mmg baca buku tp nak tengok gamba je.
bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best tp yg berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg @ kotak pensel bertingkat-tingkat pastu ade sharpener kat tgh2 die. 




- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.


- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...


- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak.Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan diekat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles, dragon ball,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni.kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite ygpermanent.huhu~pas r kt member2 korang....mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...hehehehehe..."


Kredit kepada : Encik Kazama Through Lone sini sini sini

WHAT THE HECK!

Backpacker SD

Macam Hareeemmmmmm! Apa yang dia maksudkan dengan lebih baek jujur dari hipokrit? What kind of people you are? Kalaupun suka buka tudung, suka tengok blue dan suka macam-macam. Tak perlu la kata "lebih baik jujur dari hipokrit". Memang betul la nanti akan sampai satu zaman yang mana orang tidak berasa malu untuk mengaku dia berbuat dosa.

Orang marah gila pasal "saya gay! saya okay!" sebab membawa anasir buruk lagi terkutuk ke dunia melayu. Sepatutnya reaksi yang sama diberi untuk benda-benda yang "bangga buat dosa ni". Dah pernah baca 2 3 post kat FB pasal bangga pergi clubbing siap pegang cawan ada arak. Upload semua gambar yang amek kat sana. Bangga peluk sana, peluk sini. Owh!! Kalaupun suka buat dosa jangan la cakap "sekurang2nya aku tak hipokrit" Korang g la baca post kereta mayat pasal benda ni. Malas nak cari post pasal "sekurang2nya aku tak hipokrit"


Aduh! saketnya hati..... 


Ke korang nak kata;
Tengok video lucah itu tak salah! anggapan yang tengok video lucah itu salah sebenarnya yang salah!


Ke korang nak kata;
Kot-kot la bawa "videyo eksyen" dari amerika~~ bukan "videyo eksyen" tapi "video action"


ke korang nak kata;
Itu la la pentingnya video lucah education~~