.

HARI YANG SEDIH DAN GEMBIRA

Backpacker SD


Bilamana SD sedang menulis post kali ini, SD sebenarnya dah agak ringan sedikit tapi kalau timbang berat kat jusco tu tak berubah pun beratnya. SD yang rasa ringan sebenarnya sebab dah lepas satu tanggungjawab. Walaupun tugas dan tanggungjawab SD tak la banyak sangat dan tak la berat tapi bila dah pegang tanggungjawab tu memang terasa berat amanah tu. Alhamdulillah SD berjaya menjalankan tanggungjawab tu dengan penuh jayanya. Siap tinggal jejak lagi untuk diingati. Mungkin dalam 2 3 tahun ni diingati.'Okay what!!!' dari terus tak diingati kan.




Perkara yang paling best sekali, SD yang mulakan titik pembaharuan dalam dunia persatuan. harap lepas ni makin maju hendaknya persatuan GESS. 'GUD LUCK!!!!!' Harap kepala akan bertambah ringan bila GOP yang dirancang ni menjadi atau apa-apa sahaja. Sakit kepala memang kaw-kaw punya. Apa-apa pun kepada peminjam ptptn macam mana korang rasa kalau ptptn buat macam ni.








TAK BANYAK NAK CERITA

Backpacker SD

SD tak banyak nak cerita. Memang betul la, bila dah sibuk sangat, mood nak menulis tu hilang senang-senang jer. Pastu bila nak menulis mula la pikir-pikir ayat. SD tak suka nak tulis benda mengarut-mengarut nieh. Biar tak update blog dari tulis artikel yang bukan-bukan. Orang baca pun naik menyampah. Bunyinya ala-ala macam ni " Ko ni nak update blog ker nak buat sampah!!!" Takda pun orang kata camtu, cuma tak nak la yang macam tu.

Kali ni SD nak upload gambar poster untuk program yang SD join hari sabtu lepas. Agak menarik gambar tu dan SD belajar secara maya dengan abang 'kedaigambar'. SD ada tutorial yang abang 'kedaigambar' bagi jadi bila lapang SD buka la tutorial tu. Korang-korang yang duduk kat UTM Skudai ni yang nak tutorial tu boleh la bagitau SD. SD bagi jer, untung-untung korang boleh REKAkan apa-apa untuk SD kan. huhuhu~~~~ okay tak nak cakap panjang, tengok la gambar nan sekeping ni k.


SD NAK CAKAP SIKIT (PART 2)

Backpacker SD






Kau sini! Berdiri kat depan pulak. Sekarang kau jadi dia. Aku nak tengok apa perasaan kau kat depan. Gembira?? Gementar?? Biasa jer?? Bengang?? Aku kena cakap elok2 dengan kau tp kau ada buat kat aku? Aku kena menyembah ampun nak minta tolong kat kau, masa aku tolong kau ada kau sembah ampun? terima kasih pun setakat sebut. Bila orang minta kerjasama kau, kau tak hormat langsung siap buat tak layan lagi tapi bila kau buat silap kau suruh orang tegur kau secara hormat pulak. Hello!!!! dunia mana yang orang hormat kau tapi kau tak perlu hormat orang.

Lain la kalau kau ni orang yang berduet kaya raya. Sesetan mana pun perangai kau orang tetap ada kat sebelah sebab orang nak berkawan dengan harta kau. kalau pulak kau berpangkat! sesetan mana pun perangai kau orang tetap nak berkawan dengan kau sebab orang nak guna nama kau untuk senang orang-orang itu melompat nanti. Kau sibuk nak kata itu kata ini segala bagai orang yang silap. cuba kau fikir semula dalam banyak-banyak perkara, apa yang kau buat itu semua betul! Ahhh!!!! perasan kau sahaja. Kawan-kawan ko pun setuju dengan kau??? Ya. Diorang setuju walau apa yang kau buat salah sebab kata kawan kan. Kena jaga hati budi.



Owh!!! ada lagi. Apa faedah aku nak tolong sana tolong sini. Bukan dapat apa-apa pun. Lah!!!! kata dah besar. Tak tahu ker semua benda tu memberi pengalaman kepada kau. Aku dah cukup pengalaman la. Lahh!!!! kalau dah cukup pengalaman kenapa buat perangai macam orang yang duduk pedalaman zaman dulu2. Cuba fikir semula, bila kau tolong orang, sekurang-kurangnya kau tahu penat lelah nak tolong dia. Tanpa penat lelah tu susah untuk kau hargai benda-benda laen kat sekeliling kau sebab kau dah biasa mendapat apa yang kau mahu. Kau rasa dunia kau dah sempurna. Ingat la yang kehidupan kita ni bukan ada warna hitam dan putih sahaja. Owh!!!! kau buta warna. Maaflah sebab terkena pulak aku kata kat kau. Dunia kau memang hitam dengan putih jer.

Aku nak pesan dekat sini. Bila nak buat sesuatu fikirlah jika kau berada di tempat orang lain. jangan jadi insan sombong dan bongkak sebab kau tak ke mana. Owh!!!! kau kata kau berduet, berkerjaya, berbini cantik, berlaki hensem, rumah mewah, bahagia sampai ke anak cucu. Fikirlah kata-kata nyanyian Justin timberlake "what's goes around comes around" Lah!!! konon baek la tak kenal justin timberlake. Helloooo!!!!! kalau sungguh ko tak kenal takda maknanya kau tu baek.

Sekian.

SD NAK CAKAP SIKIT (PART 1)

Backpacker SD


Orang cakap biarlah lambat asalkan kita sedar kan dan nak berubah. Masa mula-mula nak buat artikel ni SD rasa malu sikit sebab dah tua baru nak sedar tapi 'okay' apa sebab ada perubahan positif. ye tak? Kali ni SD nak cakap sikit pasal mendapat rahmat daripada Allah iaitu satu-satunya tuhan di muka bumi ini.'NO OFFENSE TO NON-MUSLIM READER' Sejak baru-baru ni SD dah mula bawa kereta sendiri untuk ke kelas jadi banyak doa SD kena amalkan supaya tiada apa-apa kecelakaan semasa memandu. Biasanya SD hanya akan baca ayat kursi sahaja tetapi SD rasa SD perlu cari satu doa yang akan melindungi diri SD dari pagi hingga la ke petang.


Kesnya, SD tengah cari lagu-lagu nak save dalam 'playlist' sebab nanti senag sikit bila nak dengar lagu kan. Tak payah la nak cari-cari lagi bila nak dengar lagu baru. 'Then' SD terjumpa la satu fail yang bernama "DOA PAGI". SD pun dengar la dan cari maksud serta cara sebutan yang betul. Lepas je baca maksudnya SD faham yang doa ni akan melindungi kita dari pagi hingga ke petang jika baca waktu pagi setiap hari.


Haah!!! Ni satu lagi yang SD tak suka pasal orang yang rasa dia ni alim sangat (tak tahu la dia memang alim atau alim kat dunia maya). Kenapa bila kita cakap pasal benda-benda macam ni akan ada yang menulis komen-komen yang pelik. Contohnya bila SD tulis, kita mesti amalkan doa ni untuk melindungi diri, pastu akan ada komen "BERINGATLAH WAHAI KAWAN-KAWAN BUKAN DOA INI YANG MELINDUNGI KITA TAPI ALLAH LAH YANG MELINDUNGI KITA"

Tak ke macam BODOH orang yang cakap macam tu. Dah terang berderang dalam doa tu ada nama ALLAH dan kita siap merayu-rayu kepada ALLAH supaya melindungi kita. Jadi bagi SD tak menjadi persoalan tentang itu dan tak perlu la nak kata bukan doa yang melindungi kita. Orang bijak pandai agama kata jangan meyukarkan sesuatu yang tak sukar. Kalau boleh jamak tu, sebaik-baiknya jamak lah. Tak perlu nak tunjuk alim tak bertempat.


Kat bawah/atas ni SD sertakan bacaan doa di waktu pagi, maksudnya, sebutan dalam tulisan rumi dan link untuk men'download' mp3 format. Harap korang semua mengamalkan apa yang SD amalkan ini sebab kita akan terlindung dari segala perkara yang kita tak hendak. Insyaallah!!! Kalau korang terlibat dalam mana-mana kecelakaan walau dah baca doa ini jangan pula korang salahkan SD atau menyalahkan siapa-siapa tetapi cari lah hikmah kejadian itu.

Link : Tekan sini okay!Buka guna Mozilla @ IE (internet Explorer) jangan guna Chrome.
*** setahu SD page SD ni tak boleh copy tapi boleh copy gambar-gambar yang ada. Jadi SD bagi semua yang perlu dalam bentuk gambar atau korang semua boleh pergi kat sini.