SD NAK CAKAP SIKIT (PART 1)

Backpacker SD Saturday, October 2, 2010


Orang cakap biarlah lambat asalkan kita sedar kan dan nak berubah. Masa mula-mula nak buat artikel ni SD rasa malu sikit sebab dah tua baru nak sedar tapi 'okay' apa sebab ada perubahan positif. ye tak? Kali ni SD nak cakap sikit pasal mendapat rahmat daripada Allah iaitu satu-satunya tuhan di muka bumi ini.'NO OFFENSE TO NON-MUSLIM READER' Sejak baru-baru ni SD dah mula bawa kereta sendiri untuk ke kelas jadi banyak doa SD kena amalkan supaya tiada apa-apa kecelakaan semasa memandu. Biasanya SD hanya akan baca ayat kursi sahaja tetapi SD rasa SD perlu cari satu doa yang akan melindungi diri SD dari pagi hingga la ke petang.


Kesnya, SD tengah cari lagu-lagu nak save dalam 'playlist' sebab nanti senag sikit bila nak dengar lagu kan. Tak payah la nak cari-cari lagi bila nak dengar lagu baru. 'Then' SD terjumpa la satu fail yang bernama "DOA PAGI". SD pun dengar la dan cari maksud serta cara sebutan yang betul. Lepas je baca maksudnya SD faham yang doa ni akan melindungi kita dari pagi hingga ke petang jika baca waktu pagi setiap hari.


Haah!!! Ni satu lagi yang SD tak suka pasal orang yang rasa dia ni alim sangat (tak tahu la dia memang alim atau alim kat dunia maya). Kenapa bila kita cakap pasal benda-benda macam ni akan ada yang menulis komen-komen yang pelik. Contohnya bila SD tulis, kita mesti amalkan doa ni untuk melindungi diri, pastu akan ada komen "BERINGATLAH WAHAI KAWAN-KAWAN BUKAN DOA INI YANG MELINDUNGI KITA TAPI ALLAH LAH YANG MELINDUNGI KITA"

Tak ke macam BODOH orang yang cakap macam tu. Dah terang berderang dalam doa tu ada nama ALLAH dan kita siap merayu-rayu kepada ALLAH supaya melindungi kita. Jadi bagi SD tak menjadi persoalan tentang itu dan tak perlu la nak kata bukan doa yang melindungi kita. Orang bijak pandai agama kata jangan meyukarkan sesuatu yang tak sukar. Kalau boleh jamak tu, sebaik-baiknya jamak lah. Tak perlu nak tunjuk alim tak bertempat.


Kat bawah/atas ni SD sertakan bacaan doa di waktu pagi, maksudnya, sebutan dalam tulisan rumi dan link untuk men'download' mp3 format. Harap korang semua mengamalkan apa yang SD amalkan ini sebab kita akan terlindung dari segala perkara yang kita tak hendak. Insyaallah!!! Kalau korang terlibat dalam mana-mana kecelakaan walau dah baca doa ini jangan pula korang salahkan SD atau menyalahkan siapa-siapa tetapi cari lah hikmah kejadian itu.

Link : Tekan sini okay!Buka guna Mozilla @ IE (internet Explorer) jangan guna Chrome.
*** setahu SD page SD ni tak boleh copy tapi boleh copy gambar-gambar yang ada. Jadi SD bagi semua yang perlu dalam bentuk gambar atau korang semua boleh pergi kat sini.

1 Comment
  1. Anonymous Said,

    lirik ahlan bina dlm bahasa arab tulisan jawi ada x?? :)

    Posted on November 6, 2012 at 9:59 PM