.

BENDA YANG KORANG TAK AKAN DAPAT KALAU .............

Backpacker SD

KORANG TAK PERGI KOREA SELATAN!


lalalalala~~~~ Mood Korea tu maseh ada lagi walaupun dah berbulan-bulan kitaorang pergi Korea. Gila apa nak lupa saat terindah kat sana. Kat Malaysia mana ada salji (eh! rumah 4 musim tu tutup ye sekarang ni. Bulan Julai nanti baru buka. 'under maintenance' katanya) SD saja je nak 'show off' kat korang yang benda apa yang korang tak akan dapat kalau korang tak pergi Korea. Kita mulakan dengan barang yang pertama iaitu :-

1) Kusyen Gendang Korea

Kusyen ni~ hah?? Bukan kusyen la~ tapi 'keychain'. Itu la pentingnya 'english education'~~ 'Keychain' ni SD dapat masa buat survey pasal Korea. Nanti masa kat airport tengah korang duk syok syok tunggu 'flight' akan ada minah korea bawa form dan suruh korang isi. Lepas tu dia bagi la 'keychain' ni. Ada lambang Bendera Korea okay kat muka gendang tu. Tak nampak pulak dari sini.

2) Bekas Air Susu Pisang

Botol air susu pisang ni sangat la sedap bagi SD tapi Kak Zarina tak suka sebab katanya rasa macam air ubat. SD pulak cakap sangat~~~~ la sedap. Air ni beli masa lepas puas berkamera bagai kat Nami Island. (ala tempat berlakon cerita seruan nami tu, kan mawi nyanyi soundtrack dia)SD simpan lagi bekas dia sebab ADA KAT MALAYSIA? ADA?

3) T-Money

T-money ni kalau kat malaysia Touch n Go la. Kita touch then kita go. Sama je konsep dia. Mula-mula SD top-up dulu kad ni, lepas tu nak g jalan-jalan dengan guna subway dia, touch je kad ni. Kat Malaysia susah kot nak buat macam ni sebab sistem subway kita sangat la bercelaru. Nak tahu sistem subway Korea macam mana? Korang pergi Singapore, memang sama je sistem dia. Subway bawah tanah, bersambung-sambung dan tak perlu la nak tukar-tukar pintu gate kalau kena tukar dari LRT ke Monorail (contoh je) sebab semua dalam satu bumbung.

4)Tiket Nami Island


Okay yang ni memang sangat best k. Simpan memang kena buat frame sepatutnya. Nak-nak pulak permandangan masa bersalji. Memang sangat 'lovely'. Nak tengok gambar-gambar cantek buka sini.


5)Tin Air Sprite Tulisan Korea


Ni SD dapat masa makan dekat satu kedai makanan arab halal. Memang menangis la kalau korang nak makan kat sini hari-hari. Sekali makan sampai 15000won sama la dengan RM50 Malaysia. SD pun baru tahu yang dekat Korea makanan yang dikategorikan murah ialah dalam linkungan 7000won ke bawah. Sup ikan dalam 10000won dalam kategori mahal. Ehh!!! Hari tu masa kat sana SD makan Telur masak apa ntah harga dia 10000won. Jadi makanan kitaorang kat sana memang mahal-mahal. Yang murah-murah tak boleh makan sebab tak halal. Kitaorang makan kat kedai yang jual 'only seafood here'.


6) N Seoul Tower tiket @ Namsan Tower


Sapa tengok cerita Boy Over Flower? Cerita-cerita Korea memang banyak scene dekat sini. Jadi SD dah sampai kat sana. Tak la megah mana pun untuk kata yang SD dah sampai kat sana tapi korang pernah sampai?? Tak kan...hehehehe~~~ Jangan marah yer.


7) Tiket ke Everland, Gelang Everland & Gambar Naik T-Express



Yang ni SD nak cakap satu je. KAK ZARINAAAAAA SD DAH NAEK T-EXPRESS!!!!!! (sambil jerit kuat2) hehehehe~~~ akak ni la yang banyak tolong SD untuk terus hidup kat Korea tu. Untuk pengetahuan korang T-Express ni kerangka dia diperbuat dari kayu, tak ada sebatang besi pun. Bolt&nat dan 'rail' dia je guna besi. Gila apa kau nak buat landasan guna kayu. Mau SD tercampak nanti. 'Roller Coaster' ni adalah paling curam di Korea, Asia dan ada juga kata Dunia. Yang pasti di Asia ni la paling curam.


8)Badge Button Korea-Malaysia


Yang ni lagi la istimewa. Korang memang tak akan dapat benda ni kat pasar-pasar jalan kat KOrea. Hanya ada di Kedutaan Malaysia. Kitaorang memang bertuah sebab dapat pergi kedutaan sebab sangat susah nak jumpa kerabat-kerabat sana. Diorang banyak kerja kat luar. Biasa la kan, kata hubungan diplomatik.


Inilah barang-barang yang tak ada kat Malaysia kecuali Korea Selatan. Sila-sila la pergi Korea Selatan ye tapi jangan salah pilih musim k. Best kat sana 2 musim je musim sejuk dan musim bunga. Musim sejuk tu pergi bila dah dekat-dekat nak Krismas k sebab nanti salji turun 


Adek-beradek GESS INDURE
;
*SD bernasib baek masa kat sana, walaupun krismas lambat lagi masa tu tapi salji tetap turun dekat tempat kitaorang menginap
** muzik latar 'korea instrument music'

TELUR TAKDA KULIT

Backpacker SD

Macam Hareeemmmmmmm!!! Susah-susah je selama hayat ni nak kupas telur. Kalau la dari dulu lagi dah tau, takda la malas nak tolong mak kat dapur kupas telur kalau tiba-tiba ada yang minta nak makan nasi lemak kan. (alasan je la kau SD, selama ni pun macam kau rajen!) eh!! siapa pulak yang menulis tu? kau kan rajen~~~ (sambil mata ke atas, tangan ke bahu)

eh!!!! tajuk tak sama dengan cerita. Tunggu la sat, tak abes cerita lagi ni. Kat bawah ni dia tunjuk cara senang nak kupas telur dah takda la bersepah-sepah korang punya kulit telur tu. Macam kupas TELUR TAKDA KULIT. (tu ada ja kena ngan tajuk!) Senang ja.

step 1 : Masak la dulu telur tu. Jangan separuh masak udah la. Kalau tak macam mana nak kupas macam TELUR TAKDA KULIT

step 2 : Ketuk kedua-dua bahagian hujung telur tu then kupas yang hujung tu.
        

step 3 : tiup telur tu dengan mulut dekat satu hujung dan hujung satu lagi tu siap sedia nak sambut telur tu keluar dari cenkerangnya eh! kulitnya.


ni Men Blow! Gagah perkasa dan bertatu yer!
tapi nak tiup telur je pun, tak yah la nak tatu2

Yang ni namanya Kids Blow! cumel-cumel gitew!

Kesian pun ada tengok dia nak tiup telur ni.
Nama skill ni ialah Ladies Blow

Jadi, dah siap pun mengupas telur seperti TELUR TAKDA KULIT! lalalala~~~


susah-susah sangat korang tengok je video ni. Syok pun syok! Klik Sini

BERPECAH BELAH KERANA FACEBOOK!

Backpacker SD

Aku memang macem hareemmmmmm. Nak gelak? nak takut? nak bersalah? nak bergurau? nak mengata? nak menyindir? nak memboikot? nak bajet "baek"? nak kata "memang baek pun"? nak kata apa lagi? ermmmmmm....dah abes dah...serius SD mengaku salah SD sebab menyindir orang tak kena tempat. Benda ni pun SD nak bawa bergurau tapi tak sangka pulak jadi serius.

Al-kesahnya SD ingat boleh la bawa bergurau benda-benda yang sensitif dan panas ni sebab SD selalu je kena ajuk lembut, pondan, usop wilcha n 'wat-so-ever' dengan dia. SD okay je (untuk pengetahuan korang-korang, SD ada sikit lembut dalam diri tapi lembut bukan buat-buat dan lembut SD tak nampak sangat, kadang-kadang bila dah beria sangat terkeluar la lembut tu) Korang rasa SD yang cuba bertahun-tahun nak jadi keras ni tapi tak boleh-boleh terasa ke tak kalau kena ajuk ala-ala pondan. Mesti la terasa tapi kenapa SD terima je sebab SD anggap dia boleh bergurau macam tu. Jadi no hal la SD nak bergurau macam tu jugak.

SD fikir, kejadahnya korang nak makan hati. Orang bergurau kot. Tak kan tak boleh. Kalau kau perempuan ye, kau boleh nak terasa sebab itu memang sifat keperluan dalam perempuan.Jadi bagi SD nak panggil SD lembut ke, gelap ke n 'wat-so-ever' boleh je tapi kalau SD maen kasar sila la terima kembali. "I take what u give me, and i give back to u wat u give me, n suppose to be u shuld take it like i take it or maybe almost the same"

SD mengaku salah SD sebab terlampau pedas sindiran yang diberi ditambah pulak situasi dia yang memang stress gila-gila sebab baru lepas kena marah ngan orang atas. Jadi minta maaf je jalan penyelesaian. Apa-apa pun korang baca la perkembangannya. SD nak lepaskan tekanan sebab benda ni, tekanan tak tekanan la tapi sikit-sikit dia pun SD perlukan sesuatu untuk melepaskannya. Kalau tak dapat cakap blog la tempat jadi ledakannya. 'Well'~~~ SD ada dua cara terbaek untuk lepaskan stress yang jenis macam ni, pertama-menceritakan @ bercakap dengan orang laen dan kedua buat post kat blog. Kalau dulu-dulu takda blog SD akan buat sajak dan ilham memang mencurah-curah masa tu.


Perkembangan cerita dan plot


Klik untuk "zoom in"

Klik untuk "zoom in"

Klik untuk "zoom in"