.

FEEL THE COLD

Backpacker SD




Kitaorang dah pun dapat rasa kesejukan Bario walaupun tak sampai ke Bario lagi. Masa nak pergi sana memang sangat kelam-kabut dan bermacam-macam ragam sebab semua gila teruja bila tahu yang diorang nak pergi Bario.

Bangga bertambah bertuah, itu apa yang kitaorang rasa bila dapat peluang ini. Sampai saja Bario kitaorang lagi la dapat rasa kesejukan perkampungan Bario tu ditambah dengan suasana kampung yang memang jarang dapat kitaorang jumpa. Dengan sawah padi, suhu yang sejuk, tak ada moto atau kereta yang bising memekak dan berada di tanah tinggi. Itu yang seronok bila pergi ke Bario.



Kitaorang naik Twin Otter dari Miri ke Bario. Twin Otter tu macam van kecil yang boleh terbang. Orang yang paling bertuah saya la sebab dapat duduk kerusi dibelakang kerusi pilot. Segala radar, bacaan ketinggian gunung, segala bagai butang, penekan minyak dan semuanya la. Lepas tengok cara pilot tu bawa Twin Otter baru la saya tahu yang bawa kapal terbang ni susah bila nak naik dan mendarat je. Bila dah terbang semua senang je sebab kat atas sana takda pokok, takda simpang, takda sungai yang ada awan je.


Tujuan asal kitaorang pergi Bario adalah untuk mendekati anak-anak Bario yang terdiri daripada pelbagai kaum. Nama diorang semua unik-unik dan susah nak ingat. Kadang-kadang tu bila tanya nama diorang jawab tapi kita balas Haa!!! Sedap nama awak. Padahal tak tahu dia sebut apa. Masa tu memang gelak la kan sebab buat-buat faham.


Kitaorang juga bermesra dengan masyarakat setempat di Bario. Dengan sedikit ilmu yang ada kitaorang mengajar diorang semua tentang pembuatan baja organik. Diorang mengadu pada kitaorang yang hasil padi tak ada lebihan untuk dijual ke luar, serangan serangga perosak dan macam-macam lagi la. Jadi mungkin ini satu titik permulaan yang bagus bagi meningkatkan hasil pertanian diorang dan yang paling penting baja yang kami ajarkan adalah baja organik. SELAMATKAN DUNIA KITA


Orang memberi kita merasa, kita bagi orang satu benda dan orang bagi kita satu benda atau mungkin banyak benda. Itu yang kitaorang dapat kat sana. Kitaorang belajar cara buat ikan bilis tumbuk versi Bario. Sangat sedap walaupun ikan bilis tu tak dimasak dan sangat senang nak dibuat. Apa-apa pun masakan diorang sangat sedap. Owh!!! Ni nak bagitau, diorang masak guna garam bukit tau. Sangat susah nak buat garam bukit tu dan sangat jauh tempat buat garam tu.


Banyak benda yang kitaorang buat masa kat Bario. Yang penat ada, yang tak penat ada, yang menyeramkan ada, yang menyeronokkan ada senang kata semua la ada. Kat bawah ni ada gambar-gambar kitaorang sepanjang aktiviti kat sana.


Kami pergi ke ladang nanas yang berada di bukit. Nanas kat Bario manis dan kecil saiznya. Ada juga yang bawa balik ke semenanjung sebagai ole-ole. Owh!!! Beras Bario adalah tergolong dalam beras berkualiti tinggi. Diorang cakap sesetengah orang sahaja dapat makan beras diorang sebab penghasilan beras Bario kebanyakkannya untuk kegunaan sendiri. Kitaorang dapat sedikit hasil pemberian penduduk kampung.


Ni la tempat diorang buat garam diorang. Hebat kan masyarakat Bario. Semua diorang ada. Garam ni dibuat di atas bukit. Lama jugak la perjalanan kitaorang nak ke sana. Letih memang tak dapat nak cerita. Air 2 botol pun tak cukup nak hilangkan letih kitaorang. Yang boleh hilangkan letih kitaorang cuma garam bukit tu je. memang nasib kitaorang. Masa sampai kat sana, pembuat tu baru je siap simpan garam yang dah siap. Gaya kitaorang beli dah macam gaya perempuan kaya beli beg Gucci kat kedai Giordano.Hahahahaha!!!!


Kitaorang jugak boleh dikatakan meredah hutan & mendaki gunung sebab perjalanan ke telaga garam, kitaorang kena turun naik bukit, lintas sungai, naik titi kayu, titi kayu dan sebagainya la. 


Perkara terakhir kitaorang buat ialah mandi di empangan mini Bario. Sedar tak sedar, diorang lagi maju dari masyarakat kampung di semenanjung sebab elektrik pun diorang buat sendiri. Inilah perkara terakhir kitaorang buat sebelum balik dari Bario ke Semenanjung.


Semoga kitaorang dapat pergi ke sana buat kali kedua untuk melihat perubahan setelah apa yang kitaorang perkenalkan. WE LOVE BARIO


SD NAK MINTAK TOLONG KORANG KORANG SEMUA UNTUK KLIK SINI DAN PERGI KE BAWAH. DI SITU ADA BUTANG LIKE FB TOLONG KLIK K UNTUK MEMBOLEHKAN SD MENANG PERTANDINGAN NI K TOLONG K

IKAN MATA BESAR MASAK ASAM

Backpacker SD

Wahhhhh!!!!!! Semenjak dua ni memang tak mencarut-carut dah kalau makan malam. Kalau dulu makan malam ni untuk cukup syarat je sebab tak nak perut lapar tengah malam. Kalau pergi kedai mesti minta benda yang sama, kalau tak nasi goreng kampung, nasi goreng belacan, kalau tak nasi lemak minta bakso, kadang-kadang minta nasi goreng ikan masin tak pun nasi goreng pattaya. Malas nak minta yang jenis masak berlauk sebab tak berapa nak menyelerakan. Mesti ada kata " Bersyukurlah, sekurang-kurangnya dapat makan. Kat Afrika tuh ada yang mati sebab lapar tau!!!!!" Kalau SD kena macam ni SD jawab macam ni " Lah!!!! Sejak bila aku tak bersyukur, siap baca doa lepas makan kot. Kau!!! sebut tak alhamdulillah???? Aku bukan tak bersyukur, aku cuma nak apa yang lebih elok untuk aku je. Salah?????"

Haaaaaa!!!!! Tu memang versi SD menjawab. Sangat tak puas hati kalau orang cakap benda-benda macam ni. Ehhhh!!!!! Entri kali ni bukan nak membebel tapi nak menunjuk-nunjuk kat korang-korang semua makanan yang SD makan semalam. Owh!!!! Hidangan disediakan untuk 4 orang tapi tukang masak seorang je. Memang kalau kat dapur ni, seorang je kena handle sebab kalau ramai sangat chefnya kelam kabut dapur ala-ala macam Malaysia ada 2 3 orang PM la gayanya kot. Entah!!! Korang pandai-pandai la bayangkan sendiri.

Okay, mula-mula untuk masak masakan ni korang kena goreng ikan dulu. Pastikan ikan tu goreng dengan sangat teramat paling garing. Kalau boleh kelar-kelar sikit badan. Ish!!!!! Ganaznya kau. Jahat gila kelar-kelar badan orang. Hoiiiitttt!!!! Kelar badan ikan la ngek. Kalau badan orang nama menunya Badan Orang Masak Asam......Eeeerrmmmmmm......Sedap ke tak??? 


Korang yang dah cuba bagitau SD k. Lepas dah goreng dengan sangat teramat paling garing, angkat ikan tu dan toskan dari minyak-minyak yang meleleh-leleh tu.. Lepas tu mayang sesuku bawang besar. Hah!!!! tak tahu mayang bawang tu apa. Mayang tu sama la dengan hiris bawang nipis-nipis. Potong bawang ni ada jenis-jenis dia. Ada potong dadu, hiris,belah,potong dan mayang. Semua ni lebih kepada cara potongan. Tak nak ikut pun takpa, nak potong macam mana pun suka hati la. Okay!!!! lepas tu hiris sebiji bawang putih atau dalam inggerisnya white onion. Owh!!!!! silap erk. Okay-okay. Garlic!!!! (ni mesti google translate----->kata budak2 yang baca sekarang ni) Fine!!!!!!! Tumiskan kedua-dua hirisan bawang tadi. 


Lepas dah naik bau ala-ala bau bawang besar goreng (kalau bau lain tu baek korang jaga-jaga) masukkan air asam jawa. Sekarang ni hidangan SD untuk 4 ekor ikan jadi asam jawa SD masukkan sesudu besar. Air asam jawa ni korang masukkan dalam bekas berisi air (air dalam bekas tu lebih kurang segelas gelas kaca yang biasa tu) Kacaukan asam jawa tu sampai larut. Buang biji-biji tu semua untuk memudahkan proses makan nanti.


Okay!!! Sabar arrrr!!!! buat satu-satu la. Masukkan air asam jawa dalam periuk menumis tadi. Bila dah menggelegak air tadi masukkan potongan bawang besar, bawang putih dan cili kecil. Okay!!! kat sini lain pulak. Mayang bawang besar yang lagi 3/4 tadi (kan kita guna sesuku untuk menumis tadi, tak ingat???) tebal-tebal, agak-agak dalam sesuku bawang tu kita bahagi dua je. Bawang putih pulak belah dua dan cili potong serong pada bahagian tengah. (alah!!!! korang nak potong macam mana pun potong la janji korang letak dalam periuk benda-benda ni tapi kalau nak lawa mata memandang ikut la yer)


Macam SD, SD suka makan cili tu jadi nak kurangkan pedas cili tu, SD masak air tadi sampai cili tu layu. Sapa-sapa yang suka makan cili tu keras-keras jangan masak lama-lama sangat. Okay waktu ni kadang-kadang air tadi dah kering. Jadi untuk memberi kuah pada masakkan ni masukkan lagi air panas sesuka hati korang. Macam SD suka kuah sikit-sikit. Tak banyak tak sikit. 


Pastikan air panas, jangan air paip atau air sejuk. Bila dah menggelegak masukkan ikan yang kita goreng tadi. Biarkan ikan tadi beberapa minit ( 3-4 minit dah okay dah) pastu balikkan @ kaliskan @ ubah kedudukan @kalihkan @ apa-apa yang korang faham dan biarkan lagi beberapa minit. Okay lepas ni tutup api @ suis dan masakan dah siap. Boleh la korang makan. Makan masa panas-panas k sebab bila ikan dah kembang dalam kuah tu dah tak berapa nak sedap. Elok kalau nasi korang nak makan tu tak panas tak sejuk. Kiranya takda la korang tergedik-gedik masa makan nanti. Okay!!!! Hari ni nak makan nasi putih dengan sambal ikan bilis dan telur dadar. Tak mencarut dah!!!!!

KO BOLEH TAK SENYAP !!!!!

Backpacker SD


Owh!!!!! serius, memang serius. Gelaran yang pensyarah bahasa inggeris beri kat dia masa dia ambil kursus bahasa selama tiga bulan ialah "Blue Strict". Maksud idiom ni pulak sangat best, orang yang suka bercakap. Memang kena sebijik dekat muka dia tapi dia suka dowh. Siap bangun dan berdiri kat depan dan pandang semua orang yang jumlahnya tambah tolak seratus orang dan pakai baju kemeja putih dan bercakap dalam bahasa inggeris pasal politik. Walaweh kau, memang "blue strict" la kan.

Cakap tak nak kalah. Sapa-sapa yang cuba-cuba nak lawan kata dengan dia siap la. Bayangkan, eh!!!! tak boleh bayangkan erk???? Okay 'imagine' okay (sama je kot) 'imagine' okay bila balik je kelas mesti lepak-lepak dalam asrama kan (khas untuk budak asrama je la kan). Duduk sembang-sembang, cakap-cakap, gurau-gurau, sepak-sepak, tengking-tengking dan segala benda haram la yang budak asrama buat. Nak jadi cerita dia ni tengah lawan mulut dengan kawan dia (LAWAN MULUT~~~~dulu ada seorang kawan ni duk pikir lawan mulut ni cium mulut. Ah!!! pelik budak tu. Abaikan!!!) 

Pastu kawan dia ni macam nak kalah dah kot, terkedu-kedu, ter'errrr-errrrr. Melihat keadaan yang berat sebelah ni datang 2 orang membantu. Ni duduk atas katil lain-lain ni tapi saling menghadap. Ala macam ala-ala parlimen gitu la. Tak kalah lagi kawan dia ni, 2 orang lagi masuk. Owh!!!! makin rancak perbalahan ni (entah apa yang dibalahkan pun tak tahu la, dah lama kot, masa sekolah menengah rendah) masuk lagi 2 orang membantu. 'Last-last' semua berkumpul nak dengar kan benda mengarut yang diorang duk balah. Korang tahu tak apa yang pelik masa diorang balah ni. Haaaa!!!! yang peliknya diorang ni 6 lawan satu, yang lain penonton. Yang satu ni la si "blue strict" tu.

Abes!!!! dah 6 lawan 1. Mana boleh menang beb. Konfem kalah tapi kalah dalam iiiimaannnn. Eh!!! kalah dalam maruah. Kan...kan....bermaruah kan. Pernah sekali sebab suka sangat la meluahkan kata-kata tak henti-henti, kawan dia cakap gini "Eh!!!! ko ni memang tak boleh duk diam erk???? Cuba diam sikit" sekali dia buat sungguh kau. Biasa pagi-pagi dengar suara dia jer. Memang abes semua orang dia tegur tapi kali ni senyap je kelas. Kawan dia cakap lagi. "Hah!! aman sikit" tu baru hari pertama. Hari kedua dia senyap jugak dan seterusnya. Sikit pun ayat tak keluar dari mulut dia. Angguk, geleng, angkat bahu.... Tu je la yang dia buat. Orang tanya soalan dia terang seringkas boleh. Kalau lukisan kejuruteraan dengan math dia tunjuk jalan kerja je, kalau sejarah dia buka nota yang ada jawapan. Terang pun sikit-sikit. Ala-ala la senang cakap.

Haaaa!!!! Dah seminggu kot dia senyap jer. Biasa bila waktu study cakap dan jalan sama seiring jer tapi kali ni lain. Kawan dia pun tegur la kan, takut-takut la dah bisu. "Eh!!!! ko jangan la senyap betul-betul" owh!!!!! no...no....no.....korang tahu dia jawab apa " kau nak aku kurang cakap, aku kurang la. Kalau dah nak kurangkan cakap, aku kurangkan sungguh-sungguh, kalau nak aku cakap, aku cakap sungguh-sungguh" Haaa!!!! memang kelas la jawapan dia.

Sejak hari tu diorang tak tegur dah dia kalau dia cakap banyak. Diorang layan jer. Kang tak bercakap pulak kan. Motif SD tulis entri kali ni???? Owh!!!! entah la. Tak tahu pulak apa motifnya, idea ni pun datang lepas SD basuh muka kat bilik air dan nak tido tapi sebab TERajin sikit SD tulis dulu. Esok sambung masuk-masuk gambar. Kesimpulannya, korang dah bazir masa baca entri ni. Tadaaaa!!!! Entri hilang stress.............

ENGKAU NI SALAH TEMPAT KER?

Backpacker SD


Owh!!!! Ini memang serius. Korang mesti macam tak percaya dengan semua tahyul ni tapi percaya la benda-benda macam ni memang ada. Sedar tak sedar kita sebenar hidup bersama dengan suasana yang kita tak percaya. Memang banyak orang yang tak percaya benda-benda ni sebab diorang tak pernah jumpa dan tak pernah alami. Bagi sesiapa yang pernah alami benda ni, tanpa ragu-ragu diorang akan menganggukkan kepala diorang dengan yakin dan istiqamahnya.


Korang sebenarnya dah berangan terlalu jauh dan boleh dikatakan korang ni terpesong. Terpesong sangat dan sudah jauh. Korang perlu bantuan untuk kembali ke pangkal jalan. Apakah yang dicarutkan oleh owner blog ni? Merapu meraban? eh!!! tak la, korang je yang merapu-meraban fikiran tu. Benda yang tak boleh nak dipercayai yang SD cakapkan ni bukan la pasal hantu dan segala bagai. Sebab tu la SD cakap korang dah jauh terpesong, bukan terpesong agama tapi terpesong imiginasi. Haish!!!! serius korang ni kuat berangan.




Benda-benda yang tak boleh dipercayai yang SD maksudkan ialah makanan yang SD makan tak nampak seperti apa yang SD minta. Bayangkan SD minta nasi goreng belacan! Terang dan nyata bunyi belacan tu sebab SD cuba masak kat rumah tapi tak jadi. Daripada nasi goreng belacan dia bertukar jadi nasi goreng BERbelacan. Sambung balik, terang dan nyata tau, takda pun nak dengung-dengung, suara semprano ala-ala Ning, takda-takda tapi yang sampai kat SD Nasi goreng yang ada daging masak rendang goreng, hirisan timun dan epal hijau di tepi nasi dan juga telur yang dipotong. Hah!!!! korang rasa korang nak panggil apa nasi ni. Fikir-fikir. Gambar pun dah ada. 


SD masa makan tu berdoa la banyak-banyak moga-moga harga dia tak membengkakkan jatung SD. Mahunya tak berdoa. Hujung-hujung dah nyawa duet ni. Tinggal seminggu je lagi sebelum duit elaun bulan berikutnya masuk tapi duit ada RM20. Nak hidup macam mana kalau takda duit. Masa bayar tu agak lega la kan sebab dengan muka tak cantik dan malas nak layan dia kata Lima ringgit. Fuuhhhh!!!! lega. Siapa-siapa yang teringin nak makan makanan ni boleh la pergi ke Kafeteria Nor yang dekat dengan U-Mall tu. Orang Skudai tahu la. Jangan pulak orang KL duk sibuk nak datang makan kat sini. Apa dah takda keje nak datang semata-mata makan benda ni. Tak berbaloi.....

KESAN MENONTON IBU.MEE.SEGERA

Backpacker SD




Eh!!! Eh!!! Aku ada sweater coat. Kau ada??? Aku hantar sweater coat kat ddobi, Kau mampu??? Aku terkejut tengok harga dia, kau mampu??? Hahahahaha......ibu mee segera boleh la diibaratkan dengan scary movie....suka kena-kenakan orang...... tapi memang cerita ni kena sebijik kat hidung artis-artis yang dimaksudkan.

Punyalah syok tengok cerita ni kan, sampai terbawa-bawa ke alam semulajadi, eh!!! alam realiti dah. Cakap sikit 'ending' mesti ada "mampu!!" cakap sikit 'ending' mesti "ko ada??" LUL~~~~ dah macam adek-adek gitiew. Apa-apa pun tadi hantar dobi 'then' biasanya baju-baju nie main timbang kilo jer. Nieh kali pertama nieh hantar baju kat dobi ni. Siap bawa asing-asing ni sebab nak timbang kilo je kan.

Sekali amek nak kau, dia bawa keluar ingatkan nak timbang tapi direnungnya sweater coat (SD panggil "'sweater coat'" sebab dia sweater tapi panjang macam 'coat' then SD eja 'coat' bukan kot sebab takut ada yg kata kot yang biasa ayat kita guna tu. ala yang macam ni ayatnya, "Kau nak ikut tak aku g makan? Nak kot" Hah!! kan sama tu) sambung balik ke cerita asal, sekali dia tengok satu-satu, Mampos!!!! Sehelai coat dia caj RM16 kau tau. Gila kau hantar baju sehelai RM16. Dah macam baju sutera kena basuh perlahan-lahan dah gaya harga basuhan dia.




Ala-ala macam ni la baju SD beli tu tapi pakai zip n tekstur kain lain (gambar tak sempat amek dah anta dobi)


Gambar tak ada la pulak nak upload kan, SD okay lagi panjang = RM16. Kawan SD yang kesian tu, baju nipis then macam 'sweater' yang biasa kita pakai je saiznya tapi harga sama jer, RM16. Yang untung ada jugak, baju sikit punya putih, panjang tak panjang tapi kalah SD punya baju kena caj RM15 jer. Key pad lock punya tokey. Harap-harap berbaloi hantar kat dia. Moga makin bersinar baju-baju itu.


SD beli baju ni untuk persediaan ke Korea Selatan. Tak lama dah nak pergi ni. Nanti la SD'review' pasal perjalanan cerita macam mana boleh nak pergi ke Korea. Eh!!!! korang tahu tak tiket g Korea bulan Jun murah la sesangatnya, pergi n balik RM600 je. eh!! mahal korang kata. Harga tiket SD beli ni boleh 2 kali tau pergi sana tapi MAMPU!!! tak mampu la kan. huhuhuhu~~~ nanti nak cerita pasal Nasi Goreng Belacan pulak. Korang mesti cuba nasi dia ni. Tak macam promoter la pulak kan. Okay, sekian.