ENGKAU NI SALAH TEMPAT KER?

Backpacker SD Sunday, November 7, 2010


Owh!!!! Ini memang serius. Korang mesti macam tak percaya dengan semua tahyul ni tapi percaya la benda-benda macam ni memang ada. Sedar tak sedar kita sebenar hidup bersama dengan suasana yang kita tak percaya. Memang banyak orang yang tak percaya benda-benda ni sebab diorang tak pernah jumpa dan tak pernah alami. Bagi sesiapa yang pernah alami benda ni, tanpa ragu-ragu diorang akan menganggukkan kepala diorang dengan yakin dan istiqamahnya.


Korang sebenarnya dah berangan terlalu jauh dan boleh dikatakan korang ni terpesong. Terpesong sangat dan sudah jauh. Korang perlu bantuan untuk kembali ke pangkal jalan. Apakah yang dicarutkan oleh owner blog ni? Merapu meraban? eh!!! tak la, korang je yang merapu-meraban fikiran tu. Benda yang tak boleh nak dipercayai yang SD cakapkan ni bukan la pasal hantu dan segala bagai. Sebab tu la SD cakap korang dah jauh terpesong, bukan terpesong agama tapi terpesong imiginasi. Haish!!!! serius korang ni kuat berangan.




Benda-benda yang tak boleh dipercayai yang SD maksudkan ialah makanan yang SD makan tak nampak seperti apa yang SD minta. Bayangkan SD minta nasi goreng belacan! Terang dan nyata bunyi belacan tu sebab SD cuba masak kat rumah tapi tak jadi. Daripada nasi goreng belacan dia bertukar jadi nasi goreng BERbelacan. Sambung balik, terang dan nyata tau, takda pun nak dengung-dengung, suara semprano ala-ala Ning, takda-takda tapi yang sampai kat SD Nasi goreng yang ada daging masak rendang goreng, hirisan timun dan epal hijau di tepi nasi dan juga telur yang dipotong. Hah!!!! korang rasa korang nak panggil apa nasi ni. Fikir-fikir. Gambar pun dah ada. 


SD masa makan tu berdoa la banyak-banyak moga-moga harga dia tak membengkakkan jatung SD. Mahunya tak berdoa. Hujung-hujung dah nyawa duet ni. Tinggal seminggu je lagi sebelum duit elaun bulan berikutnya masuk tapi duit ada RM20. Nak hidup macam mana kalau takda duit. Masa bayar tu agak lega la kan sebab dengan muka tak cantik dan malas nak layan dia kata Lima ringgit. Fuuhhhh!!!! lega. Siapa-siapa yang teringin nak makan makanan ni boleh la pergi ke Kafeteria Nor yang dekat dengan U-Mall tu. Orang Skudai tahu la. Jangan pulak orang KL duk sibuk nak datang makan kat sini. Apa dah takda keje nak datang semata-mata makan benda ni. Tak berbaloi.....

5 Beg Deuter Untuk SD
  1. TUMPANG LALU~~

    Posted on November 7, 2010 at 9:56 PM

     
  2. SD Said,

    Hahahhahaha....nonsensce je kau ni....

    Posted on November 7, 2010 at 10:04 PM

     
  3. Nabila Said,

    itu namanya Nasi Goreng Merapu!

    Posted on November 8, 2010 at 9:49 AM

     
  4. SD Said,

    nabila : itu la pasal.....merapu-rapu je nasi goreng dia....tapi daging dia sedap.....

    Posted on November 8, 2010 at 12:09 PM

     
  5. Nabila Said,

    betul3!!!idea letak daging tu mcm menarik lah jugak.
    alah...kalau dah lapar tu, semua pun jalan je!

    Posted on November 8, 2010 at 1:17 PM