KO BOLEH TAK SENYAP !!!!!

Backpacker SD Monday, November 8, 2010


Owh!!!!! serius, memang serius. Gelaran yang pensyarah bahasa inggeris beri kat dia masa dia ambil kursus bahasa selama tiga bulan ialah "Blue Strict". Maksud idiom ni pulak sangat best, orang yang suka bercakap. Memang kena sebijik dekat muka dia tapi dia suka dowh. Siap bangun dan berdiri kat depan dan pandang semua orang yang jumlahnya tambah tolak seratus orang dan pakai baju kemeja putih dan bercakap dalam bahasa inggeris pasal politik. Walaweh kau, memang "blue strict" la kan.

Cakap tak nak kalah. Sapa-sapa yang cuba-cuba nak lawan kata dengan dia siap la. Bayangkan, eh!!!! tak boleh bayangkan erk???? Okay 'imagine' okay (sama je kot) 'imagine' okay bila balik je kelas mesti lepak-lepak dalam asrama kan (khas untuk budak asrama je la kan). Duduk sembang-sembang, cakap-cakap, gurau-gurau, sepak-sepak, tengking-tengking dan segala benda haram la yang budak asrama buat. Nak jadi cerita dia ni tengah lawan mulut dengan kawan dia (LAWAN MULUT~~~~dulu ada seorang kawan ni duk pikir lawan mulut ni cium mulut. Ah!!! pelik budak tu. Abaikan!!!) 

Pastu kawan dia ni macam nak kalah dah kot, terkedu-kedu, ter'errrr-errrrr. Melihat keadaan yang berat sebelah ni datang 2 orang membantu. Ni duduk atas katil lain-lain ni tapi saling menghadap. Ala macam ala-ala parlimen gitu la. Tak kalah lagi kawan dia ni, 2 orang lagi masuk. Owh!!!! makin rancak perbalahan ni (entah apa yang dibalahkan pun tak tahu la, dah lama kot, masa sekolah menengah rendah) masuk lagi 2 orang membantu. 'Last-last' semua berkumpul nak dengar kan benda mengarut yang diorang duk balah. Korang tahu tak apa yang pelik masa diorang balah ni. Haaaa!!!! yang peliknya diorang ni 6 lawan satu, yang lain penonton. Yang satu ni la si "blue strict" tu.

Abes!!!! dah 6 lawan 1. Mana boleh menang beb. Konfem kalah tapi kalah dalam iiiimaannnn. Eh!!! kalah dalam maruah. Kan...kan....bermaruah kan. Pernah sekali sebab suka sangat la meluahkan kata-kata tak henti-henti, kawan dia cakap gini "Eh!!!! ko ni memang tak boleh duk diam erk???? Cuba diam sikit" sekali dia buat sungguh kau. Biasa pagi-pagi dengar suara dia jer. Memang abes semua orang dia tegur tapi kali ni senyap je kelas. Kawan dia cakap lagi. "Hah!! aman sikit" tu baru hari pertama. Hari kedua dia senyap jugak dan seterusnya. Sikit pun ayat tak keluar dari mulut dia. Angguk, geleng, angkat bahu.... Tu je la yang dia buat. Orang tanya soalan dia terang seringkas boleh. Kalau lukisan kejuruteraan dengan math dia tunjuk jalan kerja je, kalau sejarah dia buka nota yang ada jawapan. Terang pun sikit-sikit. Ala-ala la senang cakap.

Haaaa!!!! Dah seminggu kot dia senyap jer. Biasa bila waktu study cakap dan jalan sama seiring jer tapi kali ni lain. Kawan dia pun tegur la kan, takut-takut la dah bisu. "Eh!!!! ko jangan la senyap betul-betul" owh!!!!! no...no....no.....korang tahu dia jawab apa " kau nak aku kurang cakap, aku kurang la. Kalau dah nak kurangkan cakap, aku kurangkan sungguh-sungguh, kalau nak aku cakap, aku cakap sungguh-sungguh" Haaa!!!! memang kelas la jawapan dia.

Sejak hari tu diorang tak tegur dah dia kalau dia cakap banyak. Diorang layan jer. Kang tak bercakap pulak kan. Motif SD tulis entri kali ni???? Owh!!!! entah la. Tak tahu pulak apa motifnya, idea ni pun datang lepas SD basuh muka kat bilik air dan nak tido tapi sebab TERajin sikit SD tulis dulu. Esok sambung masuk-masuk gambar. Kesimpulannya, korang dah bazir masa baca entri ni. Tadaaaa!!!! Entri hilang stress.............

2 Beg Deuter Untuk SD
  1. pekejadah ha?

    Posted on November 8, 2010 at 4:50 PM

     
  2. SD Said,

    kan...kan....idea lepas cuci muka....

    Posted on November 8, 2010 at 4:58 PM