ENGKAU PANDAI ADA AKU KESAH

Backpacker SD Monday, May 24, 2010

Cik Google bagi ni bila cari "pandai"
Eh!! Jap...Jap....Apsal tajuk kali ni lain!!! Mana pergi info2 yang ko suka tulis tu. Kata suka membaca, tulis la info2 yang orang tak tau.Helllllooooo......SD pun nak gak 'blogwalking' kat sana sini. Dah dua hari 'full' tau 'blogwalking'. Disebabkan itu x sempat menyempat nak baca artikel artikel fakta. Penat la kan baca artikel fakta. Bukan satu dua nak baca, nak nak plak yang versi inggeris. Puas SD nak 'translate'. Baca pasal fakta2 ni syok sebab benda baru kan tapi itu lah. Mana la nak sempat 'blogwalking'. Okay kali ni SD x nak buat versi fakta sebab tiada info.

Cik Google bagi ni bila tekan "fakta"
Kali ni SD nak cakap pasal kos yang SD amek kat UTM ni. Saya UTM bloggerz.....Sapa2 yang tengah baca ni UTM Bloggerz angkat tangan....hahahhahhaa.....Ramaiiiii......Dah...dah..ketiak masam x mandi pagi.....Okay kat sini SD amek Kejuruteraan Kimia Gas. Apa tu?? Ni kos berkenaan dengan petroleum tapi sebenarnya sangat lain. Kalau korang nak tahu(yang dah tau jangan sombong...berdosa) dalam tanah tu ada minyak petroleum dan juga gas. SD punya bahagian yang gas tu. SD 'minor' gas okay. Bercakap pasal kenapa SD amek Kejuruteraan Kimia Gas. Ada beberapa sebab kenepa SD amek kos ni:-

Budak ni curi Gas tau tak, kat China
Pertama: SD minat la sesangat2 dengan kimia(abes amek je la kos kimia-kata si pembaca)Ehhhh...Mana boleh. SD x nak 'end up' jadi cikgu(SD garang yer klu mengajar) @ saintis(bosan la duk dalam makmal) @ pakar kimia(still dalam makmal). Jadi masa minta UPU tu tekan la Kejuruteraan Kimia.

Kedua: SD tahu sangat kos ni sangat susah. SD dah letih belajar sebenarnya. Jadi masa isi UPU SD cari kos yang SD suka dengan tahap kesenangan yang paling tinggi. Mula2 SD nak amek Kejuruteraan Petroleum( tak jadi sebab tau dah mesti susah) pastu nak amek Kejruteraan Kimia Tulen(x jadi gak sebab duk pikir mesti belajar banyak benda-memang pun macam Kejuruteraan Awam yang belajar serba sedikit pasal 'minor' dia)

Pastu SD pikir2 amek minor Kejuruteraan Kimia la. SD cari apa kos 'minor' Kejuruteraan Kimia.(ada tiga minor Gas,Bioproses,Polimer) SD tak tahu menahu pun apa itu polimer. Dalam hati pikir yang buat2 plastik tu ke? ye la kot. Tak jadi. Bioproses??? Ni mesti kimia ala2 biologi. "Ish...Aku x pernah pun blaja biologi."(Maaf yer SD bengong sket bab hafal2 ni)(masa kat skul amek sains teknikal) 'Last choice' SD amek la Gas.

Ketiga: Apa yer sebab ketiga.Takda dah. Ada dua sebab je kenapa SD amek minor Gas. 5 pilihan SD amek yg ni tp lain2 tempat. Yang selebihnya seperti kejuruteraan alam sekitar, kejuruteraan perhutanan dan forensik.(saja 'test' letak forensik pilihan kelapan, nak tengok ada ke rezeki kat forensik)
Cipan aku curi kat Cipanus

Okay SD tak la pandai sangat sebab tu SD nak cari kos yg SD suka dengan kesenangan tahap cipan(kenapa cipan...senang ke dia...errrrmmmmm) Then bila dah belajar. Apa kejadah senangnyer kos kau ni. X senang pun. Macam 'key pad lock' jer susahnya. Syukur la dapat masuk U. Belajar je sampai abes. Yang penting SD nak elakkan 'repeat' paper sebab banyak subjek yang bernama 'subjek berantai' (untuk yang x tau maksudnya x lulus subjek A x boleh amek subjek B)Tak ke haru jiwa korang kena main tolak2. Okay lah SD rasa dah panjang sangat dah ni. Karangan SPM x panjang camni(memang la SPM lima muka, ko satu muka sbb taip panjang mana pun satu muka...huaaaa...huaaa....hua...)Udah...Udah....Kita tutup bacaan kita ngan Alhamdulillah (abes gak ko punya karangan).

P/S baru je join 'contest' nestle coffee mate.....kat sini...
P/S sume gambar kredit kepada cik Google (kali kedua nak nyatakan puan yer Cik google ni)

4 Beg Deuter Untuk SD
  1. 'AQILAH Said,

    heee, belajar yg kite minat macam kurang sikit beban berat tuh kan...:)

    Posted on May 26, 2010 at 11:57 PM

     
  2. SD Said,

    aqilah belajar apa yer???klu kej kimia ni memang berat(tak sangka pun seberat ni)....x caya tanya Cik Dayah tp dia x online dah skang.

    Posted on May 27, 2010 at 11:59 AM

     
  3. haha lawak giler doeee entry SD. saya pun nak ambil yang minor2 je. tapi hati keliru lagi. maybe ambil yng bioprocess la kot walaupun saya cuba untuk lari drpd bnda mnghafal2 ni. tapi gas mcm best. tpi masalah saya satu je, "saya takut ngan laut" . persoalan saya, boleh ke orng cam saya proceed ke bidng gas tu?

    Posted on January 9, 2015 at 4:42 PM

     
  4. SD Said,

    Tak kesah pun takut laut, bukan semua budak minyak end up atas laut.btw kat utm kej kimia gas dah jadi gas&petroleum, certain subjek kej kimia dah xda.

    Posted on January 9, 2015 at 5:09 PM