BASEED !!!! BASEED!!!! NAK JADI KAN

Backpacker SD Wednesday, June 30, 2010

Kerja rumah yang hari2 kena buat

Perghhhhh!!!!!!! Semenjak dua ni cuti kat kampung memang best. Terasa la cuti tu kata orang. Terasa nikmatnya walau dah berkurun abad duduk saja kat rumah ni. Jiran selalu tanya berapa lama cuti????? Dibalas dengan ayat sengal yang tak boleh blah, "2 bulan....dah kematu dah buntut duk umah". Selamber jer SD cakap camtu kat mak cik - mak cik semua.hehehehehhe...... Nikmat betul duk umah kalau bangun pagi2, pastu jalan2 kat belakang rumah. Redup je mata memandang (ceh wah!! jiwang sudey) Tak redup mana pun tapi okay la nak 'nuetralkan' semula pandangan bangunan2 kat U tu.

Korang selalu tak makan manggis fresh dari pokok?

Bangun pagi2 pergi belakang rumah, lepak bawah pokok BUAH UNGU. Sambil minum2 tu tetiba ehhh!!!! ada BUAH UNGU la. Banyak pulak tu. Apa lagi, tersentap segala yang terhijab (pinjam kata2 Lord Zara) Sedang asyik meratah (makan) BUAH UNGU tiba2 Buuukkkkk!!!!!! Ya Allah!!! Sapa yang jatuh tuh. Cepat2 SD berlari ke depan sikit nak pi tengok kot2 teruk. Owh!!! tak teruk pun dia jatuh walaupun dari bunyi macam teruk. SD pun angkat BUAH BERDURI bawa bawah pokok BUAH UNGU sebab takut ada yang terjatuh lagi. "Adeeeekkkkk!!!!! Amek parang kat umah". Masyuk ko segar2 lagi tu.

Durian tinggi kamera murah ni hasilnya

Sedar tak sedar dah tengahari rupanya. Dahaga la pulak kan. Ermmmm..... Nak pi cari BUAH SAIZ KEPALA la. Ada warna kuning, ada warna hijau dan ada jugak warna coklat. Yang warna coklat tu dalam bahasa melayu lama disebut BUAH KOTAI yang membawa maksud BUAH TUA. SD amek yang warna kuning sebab tingginya cuma 2 meter lebih tapi klu yang hijau sampai 7 - 8 meter tingginya. Tak mampu nak dongak tinggi2.

Gini la tingginya pokok kelapa tu, puas nak mendongak

Okay dah rasa macam lega jer lepas telan BUAH BESAR KEPALA. Berehat2 di pangkin terasa nikmat berada di kampung. Perghhhhhh!!!!! Kaw-Kaw......hahahahahhaha......Okay Petang sket dekat-dekat nak asar, turun rumah lagi. Owh!!!! Rumah SD maseh bertangga, dan tangga yang menyedihkan. Tak nak cerita. Kali ni nak pergi makan BUAH BERBULU pulak. Sayuuuuuuppp jer buah-buahnya. Tinggi sangat tapi itu biasa je sebab dari kecik panjat pokok kan. Bila dah besar segala celah pokok boleh teroka.


Dengan tak malunya SD nak cakap yang berat SD cuma 48KG. Berat ni tak berubah sejak SD dari tingkatan 5. Bayangkan dah 4 tahun berat kekal begitu. Jadi saiz badan pun memang tak banyak berubah. Kalau naik tinggi sikit, kelebaran akan kurang sikit. Sebabnya, entah!!!! yang penting UMUR TIDAK BERKADAR LANGSUNG DENGAN BERAT. Sangat sains kat situ. Dengan berat begitu, rasa2nya tak ada masalah kot nak panjat pokok sebab pijak dahan besar lengan pun tak patah @ terkopak.

Model ni diimport dari Sabak Bernam (anak buah)

SD akan panjat setinggi semampu (macam lagu wali band kan, "sekuat semampu tuk sayang....Kerna bagiku kau kehormatanku....Dengarkan...Dengarkan aku...."sambung la sendiri) Petik sana petik sini, patah sana patah sini. SD tak patah yer. Janganlah jadi!!!! Aminnnn.....

Ada beberapa petua kat sini yang SD nak bagitau pasal panjat memanjat ni.


Katakan korang tiba-tiba bangun2 tidur sedar2 ada atas bumbung dan korang memang jenis golongan tak mampu ditanggung bumbung. (jangan la marah...) Korang silalah pijak bumbung tu macam kat dalam gambar kat bawah ni (pijak kawasan line @ paku) sebabnya tak nak jadi adegan 'magic' menghilangkan orang. Ye tak ye kan. Kereta mayat cakap Magic tu haram. Tak paham....heehhehehhehe...Pi la baca kat blog dia.

Cantik tak??????

Tips lain pulak, kalau korang baru nak ceburi bidang panjat memanjat ni. Berlatih dengan memanjat pokok taugeh dulu. Kalau lepas yang tu naikkan sikit tahap kesusahan tu sikit2 sebab nak elak terjatuh tanpa sedar. Kan magic tu. Tiba2 ada kat bawah. Baca bismillah sebelum panjat, banyakkan beri tumpuan masa memanjat, jangan korang nak duk galak kat atas pokok tu. Kang tak pasal2 berlaku magic. Tapi kalau pokok tu tingginya 4 kaki @ tambah tolak satu meter, nak galak 'all out' pun suka ko la. Jatuh pun tak macam magic dah masa tu.


Lagi satu nak bagitau, dahan pokok BUAH UNGU sangat liat ye. Jadi kalau nak pijak sampai ke hujung pun takpa. Lagi pokok yang satu kategori dengan BUAH UNGU, pokok jambu batu. Dahan diorang memang sangat angkuh. Tapi kalau korang panjat pokok berbulu, jambu air, pokok buah berduri, mempelam (kadang2 pokok mempelam ada yang sama kategori dengan pokok UNGU) korang kena beringat la kan. Kalau yang kategori ngan SD sikit2 je tp yang x sama kategori tu, beringat lebih okay.


Tak paham ker kenapa SD buat entri berbentuk BUAH-BUAHAN. Korang pernah tak beli buku MARI MEWARNA BUAH-BUAHAN ? Pernah kan!! takda kena mengena dengan yang itu. Entri kali ni adalah al-kesah untuk entri hari esok punya. Ni pengenalan bagi entri esok.

Ni namanya Buah Belimbing Buluh kering

Alhamdulillah!!!! Habes menulis untuk kali ini. Slot sambungan cerita akan dibuat esok ya. Tak mau la buat dua entri sehari. Tak AKUSEADEAD langsung.hehehehhehe~~~~~

5 Beg Deuter Untuk SD
  1. SD Said,

    minta maaf kepada Budak Jahat...huhuhuhu...aku baru tukar dari diskus ke asal.....diskus x mesra alam.....

    Posted on June 30, 2010 at 1:22 PM

     
  2. kak ina mail Said,

    yang lain akak dah pernah nampak.tu.... yang belimbing buluh kering tu tak pernha dengar sebelum ni.dorang buat apa bila dah kering tu?

    Posted on June 30, 2010 at 2:03 PM

     
  3. SD Said,

    kak ina : ada yang makan gitu jer...x berapa nak sedap tapi klu nak ilang mengantuk boleh jer???? Kat umah ni guna buat ganti asam keping untuk masak sambal ikan bilis. Rasa sambal lagi sedap. Saya x masak, akak saya masak.huhuhuhu~~~~`

    Posted on June 30, 2010 at 2:14 PM

     
  4. waa..bestnye..ade durian..ade manggis..ade kepala eh kelapa..waaa..nk gak..huhu

    kalau sudi komen la entry saya..
    test

    Posted on June 30, 2010 at 9:10 PM

     
  5. SD Said,

    zierwa : nak meh datang sini...awal bulan tujuh ni kemuncak durian gugur.....sedap woo durian kat umah aku ni.....gred A punya...hahahhahahaha.....

    Posted on June 30, 2010 at 11:06 PM