BASEED !!!! BASEED!!!! NAK JADI KAN (CERITA SEBENAR)

Backpacker SD Thursday, July 1, 2010

Baca 'first' entri dulu

Korang dah baca belum slot cerita yang sebelum ni. kalau belum baek baca kat sini sebab takut pulak nanti korang tak paham apa yang nak disampaikan. Ingat lagi tips yang diberi sebelum ni. Kalau tak ingat baca semula bermula dengan rangkap ke enam. Rangkap yer bukan baris.


Al-kesah SD dan jugak adek SD pergi rumah sedara SD. Dekat jer dalam 10 minit je jarak dia naek kereta. kitaorang nak makan buah berbulu kat sana sebab dah masak katanya. Sebelum pergi tu beberapa pesanan ringkas telah masuk ke dalam telinga, bukan handphone yer. Pesanan ringkas berbentuk bunyi suruh beli paip dan adek beradek dia, pastu hantar balik rumah dulu baru pergi rumah sedara. "Malas betul aku nak ulang alik ni" ni ayat yang keluar lepas beli barang-barang tadi.

Watak watak tiada kena mengena dengan yang hidup

Jadi SD terus jer pergi rumah sedara SD dan lepak-lepak kat sana. Sedar tak sedar dah petang kot tak balik-balik lagi. SD cepat-cepat suruh adek SD panjat pokok ambil rambutan.


SD : Baseed!! Ambek rambutan atas pokok. Kamu takik (potong) dahan pokok tu senang sikit. Cepat pun cepat.

Baseed : Okay!!

Mak Iti (sedar SD la ni) : Ehhh!!!! Tak payah la takik (potong) dahan tu. Nak makan lagi kan. Nanti boleh makan lagi. ( 'part' yang ni SD tak paham apa yang dia nak cakap)

SD : Tak payah. Takik jer dahan tu senang keje. Tak yah nak susah susah.

Baseed : Meh Baseed patahkan je la dahan dahan ni. Tak susah nak takik takik. Senang je pun haa.

SD : Lantak kamu la. Aku cakap tak nak dengar. Kan selamat takik jer.


Khusyuk ni duk tengok si Baseed patahkan dahan kecik kecik satu persatu. Nak dijadikan cerita tetiba dahan pokok tu terkoyak. Kreeeuuukkkkk!!!! (SD tak tau la bunyi sebenar dia camne) Debuk Baseed jatuh atas bumbung. 'Steady' jer tak apa2 sebab jarak bumbung ngan tempat dia panjat tu dalam 1 meter. Tinggi pokok rambutan masa tu dalam 3 meter setengah. Tinggi tu, kalau 'direct' jatuh konfem patah riuk tulang tulang badan Tak pun lebam yang sesangat la serius kat badan kan.

Korang dapat rasa tak 'feel' jatuh pokok yang terkopak ni

SD : Haaah!!! Kan dah jatuh. Mujur jatuh atas bumbung kalau tak kan teruk. Jaga jaga baseed bumbung tu takda kayu penahan. Kamu jangan pijak.


(dalam keluarga SD kitaorang guna aku-kamu sebab kitaorang tak panggil Kak Ema, Abang Ijat @ Kak Long, direct je guna nama, sebab tu guna aku-kamu. Cuba korang guna aku-kamu mesti tak biasa kan)


Prannnnngggg!!!!! Kedebuk!!!!! "Ya Allah!!! Baseed. Camne kamu boleh jatuh ni.Kan aku dah cakap jangan pijak. Kenapa pijak". Luka masa tu tak teruk cuma darah keluar kat hidung tak berhenti. Masa tu baru la SD tahu yang berdarah hidung, ala macam cerita china bila lelaki tengok perempuan seksi darah meleleh kat hidung dinamakan "DARAH MENJARUM". Owh!!! belajar satu lagi ayat baru. Darah tak banyak tapi saket dalaman dia agak teruk. Dah malam baru dia punya saket tu terasa.

Apa ko pernah berdarah masa belajar???

Kat Chini ni mana la nak ada doktor malam malam. Klinik tu buka, doktornya takda. Kadang kadang atau dalam hindustannya Khabi Khabi ada kat klinik malam malam. Disebabkan saket yang teramat kitaorang (berlima-mak, Ain, Baseed, Edy n SD) pergi ke Gambang (kalau bawak seratus 45 minit sampai la) untuk cari doktor. Kalau ikutkan SD bagi penadol pastu suruh tido je, esok baru jumpa doktor. Kalau jumpa pun doktor bagi penadol jugak kan. Cuma ada la tambahan ubat dia bagi kat kita.

Boleh tak kalau nak nama anak camni , Serratiopeptidina (edit dari Serratiopeptidase)

Memang kesian kat Baseed kan sebab jatuh jugak dia ke tanah. Hikmahnya, dia dapat cuti 2 hari untuk berehat dan jangan lawan cakap mak kita. Mak SD dah pesan balek rumah dulu, baru pergi rumah sedara tapi SD degil. Ni kali ketiga SD tak dengar cakap dan mudarat tu datang 'on the spot' tapi degil jugak kan. Jiwa remaja la katakan.


Alhamdulillah, habes dah entri kali ni yang kesinambungannya bersambung dengan episod sebelum ni. Sekian.....

2 Beg Deuter Untuk SD
  1. Oh Malaysia Said,

    kesian baseed.. dah takdir nak jatuh.

    Posted on July 4, 2010 at 9:15 AM

     
  2. SD Said,

    takdir...takdir...takdir.... (selamat bercuti amer, teringin nak bercuti mcm ko)

    Posted on July 4, 2010 at 10:04 AM