MENTOR 4 @ MAJALAH 3

Backpacker SD Monday, July 5, 2010

Entri kali ni nak bercerita pasal cerita cerita kat dalam TV yang ditonton semenjak dua tiga hari ni. Memang bertani habes habesan sebab dah nak balik U semula kan. Jadi kena selesaikan apa yang tak selesai. Antara benda benda yang kena buat tanam pokok untuk sokong tebing tanah, pokok tepi bilik, cili api yang baru semai dan kemas tempat melepak kat belakang rumah. Tempat SD ngan mak SD melepak bila waktu tengahari.


Badan kalau dah penat takda seleranya nak buka laptop ni. Duk depan tv tengok la cerita puas puas. Cerita yang dilayan Noktah Erna (sampai habes episod tu tengok)~~~boleh pulak kan culik bini sendiri, 'last2' yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat, Don't Get Eliminate pulak cerita pasal kumpulan kumpulan berlawan nak menang pertandingan ala cerita dia macam cerita Takashi Castle (entah betul ke tidak ejanya, dulu2 punya ingatan ni), Ninja Warrior pulak sampai last episod tengok memang berdebar debar nak tengok sapa yang boleh ke peringkat akhir dan rasa macam tak puas lagi tapi kalau kat internet takda sarikata bahasa melayu sebab tu malas nak search, dan yang last skali, haaa yang ni tak layan tapi empuya mak suka tengok rancangan ni, setiap minggu tak pernah miss Mentor 4 yang Mohammad menang tu "terima kaseh orang orang kampung batu enam" lebih kurang gitu la ayat dia. Tu la rancangan layanan seluruh keluarga.


Okay, kita tahu yang setiap kejadian tu ada hikmahnya dan ada kegunaannya tapi kalau korang pikir pikir semula banyak benda yang kat dunia ni kita tak tau lagi, apa la kegunaannya. Macam macam lah. Korang pikir la sendiri yang laen laen tu contoh yang nak bagitau ni lalat. Apsal la lalat ni duk ada je kat kita. Menyusahkan betul lah. Nak tidur waktu siang memang tak boleh kalau ada umat-umat ni. Buat sakit hati je kalau tidur.


Macam yang dicakapkan tadi rupa rupanya setiap kejadian tu memang ada kegunaannya tapi kita je yang maseh tak tahu akan kegunaan ciptaan tu. kat dalam video kat bawah ni ada diceritakan kegunaan lalat dalam kehidupan kita terutamanya bagi penyakit diabetes. Korang tengok la sendiri video yang didownload dan diedit oleh SD sendiri. Agak geli geli sikit yer video ni, jadi JANGAN MAKAN SAMBIL TONTON VIDEO ni. Nanti ada pulak yang marah marah kan. Stay tune ngan video kat bawah ni k.



Alhamdulillah, siap jugak entri ringkas kali ni. Tak banyak gambar digunakan sebab takda yang sesuwei.

2 Beg Deuter Untuk SD
  1. hehe..lme da x tgk tv...
    kalau sudi komen la entry saya..
    teruk sangat ke

    Posted on July 6, 2010 at 4:32 PM

     
  2. SD Said,

    kena banyak tengok tv ni.....nanti tak up to date dengan benda2 camni.....macam aku suka tengok rancangan dokumentasi mcm majalah tiga, discovery, national gegraphy, agrotek n adek beradek dia la.

    Posted on August 13, 2010 at 12:54 AM