DAH BERKARAT DAN TAK DISERVIS

Backpacker SD Friday, August 13, 2010


Waktu Berbuka "kes nak traffik la ni kan"

Bila ditenung tenung, diselak selak, dilihat lihat AKUSEADEAD ni. Dah lama rupanya tak kemas kini (pindah bahasa baek punya dari ayat asal update) artikel artikel baru. Memang betul la bila dah mula semula semester baru, tak akan ada masa nak berblog dan berjalan jalan maya. Nak menulis bukan main hentam taram je. Mesti ada masa masa kan. Idea pulak mesti nak yang 'voke' kan. Mula je masuk semester sampai hari ni baru lima artikel dari blog orang lain di baca. Dari blog sendiri lagi la kan.


Terlebih mencarut pulak kan. Haish!!!! tak baik betul mencarut bulan2 puasa ni. Sebelum apa apa SD nak bagitau korang semua yang alamat keagunganlautmati.blogspot.com akan ditukar ke AKUSEADEAD.blogspot.com. di atas sebab musabab nak jadikan alamat yang lebih nampak bersifat diri sendiri dan ada kena mengena.hohohohohohoho~~~~~~ sangat dramatis ayat. Takpe takpe.



Kenapa bila tekan "5 entry" Cik Goo bagi ni

Entri kali ni nak bercerita pasal, Eh!!!! lupa pulak nak cakap tak termasuk entri yang ni ada 5 entri yang ditulis kat microsoft office word tapi tak 'post' kat blog sebab tak berkesempatan. Jadi bila nak 'post' tu rasa macam dah tak sesuai dengan waktu dah. Tajuk kali ni nak cakap pasal Ramadhan Di Zaman Kecilku. Tajuk yang kat atas tu bersempena dah sebulan tak muncul di khalayak ramai.


Antara korang korang semua ni kan, siapa yang ada kenangan pasal ramadhan masa kecil yang memang tak boleh blah. SD ada satu yang memang tak boleh blah. Ada ke patut mak SD buat macam tu kat SD. Memang tak patut. Tak kesian langsung kat anak dia ni. Mujur bila besar bertambah hensem, kalau tak abes dah jatuh market. Bak kata adek SD, " Market arr Sidek".

Cerita dia macam ni, SD masa kecil kecil mana la tahan nak puasa puasa ni. Dulu dulu kan puasa waktu cuti sekolah. Dah nama pun cuti, pagi petang siang malam memang main je la kan. Tu je benda yang ada. Kalau kalau ada nitendo tu memang bertuah la anak orang rumah tu. Game susun susun bata pun mahal kot zaman kecil dulu. Mampu tengok je budak budak besar main. Dah nama anak kampung, berlari sana, melompat sini, terajang sana, sepak sini memang tak hengat dunia la kan.


Bila dah petang tu, terasa la sesangatnya lapar. Balik je rumah, bila nak g bilik air lalu la kat tempat letak lauk. Errmmmmmm!!!! Harum macam basuh guna sabun Daia. Sekali bila buka Wahhhh!!!! Sedap ooo lauk mak SD masak (Eleh!!! bulan puasa kan, sardin tin pun nampak sedap) SD dengan bantuan kajian dari CSI pun merancang satu jenayah yang sangat bahaya. Segala perancangan dibuat terperinci. Semua mangsa dan suspek dah dikenalpasti. Masa dan tempat pun dah masuk sekali. Bila tengok je kiri kanan, pastu tengok kat dapur takda orang, ruang tamu pun kosong, SD pun apa lagi bukak tudung saji pastu tarik satu lauk.

Cara tak SD kena baling

Tanpa bantuan CSI SD makan kat situ jugak senyap senyap. Sekali sebab tak ada bantuan CSI, suspek masuk dalam rumah dari pintu dapur. Dia nampak SD sedang buat operasi. Ayat tak boleh blah senang senang je keluar dari mulut suspek "Hah!!! curi lauk puasa" SD lagi sekali tanpa bantuan CSI lari ke ruang tamu secepat sedaya. Macam yang SD kata tadi sebab tak ada bantuan dari CSI SD kantoi. Suspek lepas je jeirt tadi terus je capai bekas minum air (macam dalam gambar)dan baling kat SD. Zuuuuuupsssss!!!!! Tepat kena sasaran. Titik markah tertinggi pulak tu. DAHI SD.


Adoih!!!!! Sakitttttt........SD tertangkap. Semuanya salah CSI sebab tak membantu. Bila SD tengok cermin, ada hadiah kat dahi SD. Memang sangat sedih. Buat jahat tapi kantoi. Dah malu diri sendiri. Tu la pasal, nak buat jahat jangan sorang sorang, kan dah kena pun sorang sorang.Hehehehhehehehe....Tu la kenangan SD masa kecil kecil bila tiba bulan berlapar ni. Harap korang terhibur la ye untuk entri kali ni. SELAMAT BERPUASA!!!!



ALhamdulillah!!! Siap entri ni dan berjaya diterbitkan.

5 Beg Deuter Untuk SD
  1. fndrocka Said,

    aku pernah kantoi nak minum air...tapi tak sempat minum pun..baru nak tegik dah kantoi.

    Posted on August 22, 2010 at 9:24 PM

     
  2. fndrocka Said,

    aku pernah kantoi nak minum air...tapi tak sempat minum pun..baru nak tegik dah kantoi.

    Posted on August 22, 2010 at 9:27 PM

     
  3. SD Said,

    Hahahahhahahha....lagi kesian kat ko....Aku sempat gak la kan makan lauk tu......

    Posted on August 23, 2010 at 5:54 AM

     
  4. ARieF Said,

    dulu kecik2 pnyelah liat nk bgun sahur..
    smpai ngis2..
    hahaha..

    btw..
    bro..
    lawa icon2 kt sebelah ni..
    bwt sndri kn..
    nice..

    Posted on August 29, 2010 at 7:30 AM

     
  5. SD Said,

    Arief : Normal la tu kan budak kecik. Siap boleh bangun pagi2 pastu buka periuk. Tak ingat yg dia puasa...huhuhu~~~~~Ikon tu cari je kat internet pastu edit n touch up sket.

    Posted on August 29, 2010 at 11:30 AM