DONGGUK UNIVERSITY TEMPAT KOSMETIK

Backpacker SD Wednesday, December 15, 2010





Masa keluar 'hostel' rasa macam biasa je tapi bila dah sampai kat Dongguk University, ya ammpuuunnnnn!!! sejuk dia memang tak tahan. Kalau kat Malaysia kita panggil "angin sepoi-sepoi bahasa" tapi kat sini jangan sangka angin sepoi-sepoi tadi berbudi bahasa, dia membunuh ada. Sekali angin lalu, sejuk menusuk sampai ke tulang. Kitaorang Budak-budak GOP Korea gelarkan mereka sebagai "ANGIN MEMBUNUH" 


Suhu masa ni -11 darjah celcius sebab Dongguk University ni atas bukit. Dah tu pulak angin yang melayang-layang bukan main lagi. Memang malang la sebab SD pakai sarung tangan yang nipis tu je dan lagi 'cotton' pulak tu. Lepas melawat-lawat segala jenis mesin kat sana kitaorang pergi makan makanan Korea. Kitaorang pergi 'seafood restaurant' untuk mencuba-cuba makanan Korea.
Ni SD versi ber"hood" di depan Dongguk University
Nantikan versi yang lain pulak (muzik suspen sikit)
(klik untuk zoom in)

Abaikan budak yang lentok tu
Dia baru telan ubat selesema
Tumpukan perhatian pada budak kedua dari kiri korang

Ni semua alat-alat untuk buat ujian kulit
Lepas buat ujian baru boleh tentukan jenis kosmetik
Tak paham!!! Sila abaikan gambar ni

Di puncak awan Dongguk University
Ni atas perpustakaan dia (rasanya paling tinggi)

Cantek kan. Tak payah nak naik menara Seoul pun dah boleh tengok

Ni makanan-makanan yang kitaorang makan kat sana. Sayur, jeruk dan segala benda dalam bekas kecik-kecik tu semua percuma je. Memang kita order 'main dish' pastu diorang bagi makanan sampingan yang sangat mengenyangkan sampai tak lalu nak makan mee eoudong SD tu. Sayang betul. Dah tak abes makan. Lagi yang tak 'best', dalam mee eoudong tu ada seekor udang tapi SD tak perasan 'then' si Epol ni amek dan makan dengan tak bersalahnya. huhuhuhuhu~~~~~ seday sekejap.
Minum ala ala Korea kan.....

 Biarkan mereka pilih makanan
yang SD tau posing, cakap dan makan


Gambar-gambar yang kecik ni boleh klik untuk zoom in
Gambar nombor 1,2,3,4,6 percuma, yang lain bayar










Yang ni memang tak perasan orang duk amek gambar kata lapar kan
(sayur-sayur kat sana sedap jugak walaupun cuma rebus pastu gaul)

Lepas tu kitaorang pergi Korea House tengok2 makanan-makanan tradisional replika  kat Korea. Banyak gila makanan tradisional diorang yang nampak macam sedap. Rasa??? Tak tahu la sebab rasanya sama je rasanya, hiasan je lain-lain.


Gambar-gambar ni pun boleh zoom in




'Then' kitaorang balik...Eh!!!!! ada lagi la. Mana boleh balik. Siang lagi kot. Jadi demi tak membazirkan tiket yang mahal lagi mencanak-canak tu kitaorang pergi melawat ala-ala versi PM Malaysia melawat PM Korea. BOLEH? hahahahhaha~~~~ Korang tengok je la gambar-gambar kat bawah ni. Nak terang pun tak reti. Masa ni suhu kan -12 degree, jadi takda mood nak jenjalan dan pusing-pusing lama-lama.

Klik la untuk tumbesaran (minum susu banyak-banyak k)








Sungai kat sini dah keras tapi
tak boleh pijak lagi sebab nipis

Ni la rumah tradisional diorang
kita pun ada kan, versi melayu punya
(banyak lagi gambar2 kat sini tapi tak larat la nak upload)


Kat depan pintu gerbang Korea Folk village

Ni la dia SD versi tutup semua
masa ni SD memang surrender
even tangan SD pun dah rasa beku
(klik untuk tumbesaran)

2 Beg Deuter Untuk SD
  1. Anonymous Said,

    waaa ! bestnye dpt pergi Dongguk University. Kt sana ramai artis korea kn ?

    Posted on October 28, 2011 at 2:05 PM

     
  2. SD Said,

    ah'ah dia pun ada tunjuk artis2 yg grad kat situ n sedang belajar kat situ sbb u ni kan u art.....

    tp x jumpa pun sbb kami skjap je kat sana......

    Posted on October 28, 2011 at 5:02 PM