TAK NAK KAWEN!

Backpacker SD Friday, February 4, 2011

Entri kali nak berlandaskan hukum syariah eh!! bukan! bukan! Entri kali ni berlandaskan soalan dari fb pasal apa yang korang nak buat sebelum korang kawen?? Hah!!! korang nak buat apa sebelum korang kawen? SD perasan banyak orang yang dah ada tangga ni suka kata "aku banyak lagi benda nak buat, macam dot..dot...dot...." gitu la gaya bunyinya.


Tapi diorang kata bila dah kawen lagi besttttt~~~~ Memang la best, benda haram dah halal, yang tutup dah boleh buka. Nikmat dunia dah dapat katanya. huhuhuhu~~~~ kesian insan bergelar andartu n bujang terlajak, tak dapat nak merasa nikmat dunia.


Okay! Ni benda-benda yang SD nak buat sebelum SD kawen.


1) Mula-mula SD nak langsaikan pinjaman ptptn eh!! SD x guna ptptn. SD nak langsaikan pinjaman ASB dengan Maybank. Ni pinjaman saham yang SD buat untuk masa depan.


2) Dah setel pinjaman, SD nak kerja sungguh-sungguh dalam masa 5 tahun sebab nak kumpul duit nak buat rumah bungalow dekat kampung. Rumah sekarang tak lawa dan bilik kecik. Nanti bilik nak buat king bedroom semua.


3) Harapan mak bapak dah tunai, SD nak buka satu bisnes yang boleh membuat keuntungan dengan mudah macam bisnes tekxtile ke, bisnes barangan-barangan lelaki ke. Apa-apa je lah janji boleh dijadikan bisnes dan tak kacau keje tetap SD.


4) SD nak beli kete lawa dan selesa. Semestinya kete import. Kenapa kete import? kenapa tak kete Malaysia? Sapa nak sokong buatan Malaysia kalau macam ni? SD nak cakap satu je! Kalau SD mampu beli yang import SD beli import. Kalau tak mampu yang import SD beli je yang Malaysia punya. Lagipun SD dah ada satu kete Malaysia.


5) SD nak jelajah dunia. Takda la. SD nak jelajah satu asia tenggara je dan tambah la negara-negara omputih n arab sikit macam New Zealand, Australia, UAE (Dubai) dan mana-mana yang berkenan di hati la.


6) SD nak belajar buat bisnes macam Bukhari. Kan Bukhari buat bisnes sampai boleh buka satu yayasan Bukhari yang selalu bantu orang. SD pulak nak buat satu bisnes gak sampai berjaya macam Bukhari. (dah buka je satu 'company' terus kawen)


Lepas je SD buat semua ni baru la SD nak pikir pasal kawen. Sapa nak jadi calon? Takda calon? SD susah-susah sangat suruh je mak SD carikan. Iya la, SD agak-agak masa ni umur SD dalam 35 tahun. Dah tua tu! baru nak kawen. Rasa-rasanya kawan SD dah ada yang beranak 3 kot masa ni.


Tak kesah la. Biarkan diorang nak beranak 3, SD nak anak 5. Eh!! Mana boleh ko dah tua masa nak anak kelima. Laaa~~~~ SD kan laki, laki umur 70 pun mampu buat anak berkualiti lagi. Perempuan ye! Tak elok kalau dah tua-tua beranak sebab tak bagus. memang la tak dir dapat anak cacat tu tuhan tentukan tapi kita boleh elak kan? kan....kan...


Jadi~~ inilah benda-benda yang SD nak buat dalam masa sebelum SD kawen. Mungkin ada yang tak tercapai tapi apa yang penting niat tu ada. Bila ada niat dan kita betul-betul nak. Tuhan iaitu Allah akan beri jugak. Yang jadi persoalan bila ia akan jadi. Contohnya masa SD mula-mula masuk U (tahun 1) SD selalu berangan nak g negara sejuk n pakai baju tebal-tebal.


'Then' tak disangka-sangka UTM buat GOP program dan syukur SD sampai ke Korea Selatan, musim salji lagi tu. Lagi!! SD pernah plan nak beli kamera DSLR (awal 2009) tapi tak dapat sebab duit tu kena buat benda lain. Seday~~~ Yang bestnya hujung tahun 2010 SD dapat satu DSLR. Cikai tak cikai la. Gambar yang SD amek cantek-cantek jugak. Yang lagi penting tukang tangkap dia hensem. HA! HA! HA! HA!


Well! Jangan takut untuk berangan tapi jangan berangan berlebih-lebih nanti jatuh pokok kelapa pulak!

2 Beg Deuter Untuk SD
  1. qalahbar Said,

    semoga tercapai cita-cita anda...

    Posted on February 13, 2011 at 9:25 PM

     
  2. SD Said,

    macam perli je gaya tulis tp aku tau ni doa utk aku.....amiinnnnn~~~~ banyak nak kena korban ni....

    Posted on February 14, 2011 at 12:23 AM