.
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

FEEL THE COLD

Backpacker SD




Kitaorang dah pun dapat rasa kesejukan Bario walaupun tak sampai ke Bario lagi. Masa nak pergi sana memang sangat kelam-kabut dan bermacam-macam ragam sebab semua gila teruja bila tahu yang diorang nak pergi Bario.

Bangga bertambah bertuah, itu apa yang kitaorang rasa bila dapat peluang ini. Sampai saja Bario kitaorang lagi la dapat rasa kesejukan perkampungan Bario tu ditambah dengan suasana kampung yang memang jarang dapat kitaorang jumpa. Dengan sawah padi, suhu yang sejuk, tak ada moto atau kereta yang bising memekak dan berada di tanah tinggi. Itu yang seronok bila pergi ke Bario.



Kitaorang naik Twin Otter dari Miri ke Bario. Twin Otter tu macam van kecil yang boleh terbang. Orang yang paling bertuah saya la sebab dapat duduk kerusi dibelakang kerusi pilot. Segala radar, bacaan ketinggian gunung, segala bagai butang, penekan minyak dan semuanya la. Lepas tengok cara pilot tu bawa Twin Otter baru la saya tahu yang bawa kapal terbang ni susah bila nak naik dan mendarat je. Bila dah terbang semua senang je sebab kat atas sana takda pokok, takda simpang, takda sungai yang ada awan je.


Tujuan asal kitaorang pergi Bario adalah untuk mendekati anak-anak Bario yang terdiri daripada pelbagai kaum. Nama diorang semua unik-unik dan susah nak ingat. Kadang-kadang tu bila tanya nama diorang jawab tapi kita balas Haa!!! Sedap nama awak. Padahal tak tahu dia sebut apa. Masa tu memang gelak la kan sebab buat-buat faham.


Kitaorang juga bermesra dengan masyarakat setempat di Bario. Dengan sedikit ilmu yang ada kitaorang mengajar diorang semua tentang pembuatan baja organik. Diorang mengadu pada kitaorang yang hasil padi tak ada lebihan untuk dijual ke luar, serangan serangga perosak dan macam-macam lagi la. Jadi mungkin ini satu titik permulaan yang bagus bagi meningkatkan hasil pertanian diorang dan yang paling penting baja yang kami ajarkan adalah baja organik. SELAMATKAN DUNIA KITA


Orang memberi kita merasa, kita bagi orang satu benda dan orang bagi kita satu benda atau mungkin banyak benda. Itu yang kitaorang dapat kat sana. Kitaorang belajar cara buat ikan bilis tumbuk versi Bario. Sangat sedap walaupun ikan bilis tu tak dimasak dan sangat senang nak dibuat. Apa-apa pun masakan diorang sangat sedap. Owh!!! Ni nak bagitau, diorang masak guna garam bukit tau. Sangat susah nak buat garam bukit tu dan sangat jauh tempat buat garam tu.


Banyak benda yang kitaorang buat masa kat Bario. Yang penat ada, yang tak penat ada, yang menyeramkan ada, yang menyeronokkan ada senang kata semua la ada. Kat bawah ni ada gambar-gambar kitaorang sepanjang aktiviti kat sana.


Kami pergi ke ladang nanas yang berada di bukit. Nanas kat Bario manis dan kecil saiznya. Ada juga yang bawa balik ke semenanjung sebagai ole-ole. Owh!!! Beras Bario adalah tergolong dalam beras berkualiti tinggi. Diorang cakap sesetengah orang sahaja dapat makan beras diorang sebab penghasilan beras Bario kebanyakkannya untuk kegunaan sendiri. Kitaorang dapat sedikit hasil pemberian penduduk kampung.


Ni la tempat diorang buat garam diorang. Hebat kan masyarakat Bario. Semua diorang ada. Garam ni dibuat di atas bukit. Lama jugak la perjalanan kitaorang nak ke sana. Letih memang tak dapat nak cerita. Air 2 botol pun tak cukup nak hilangkan letih kitaorang. Yang boleh hilangkan letih kitaorang cuma garam bukit tu je. memang nasib kitaorang. Masa sampai kat sana, pembuat tu baru je siap simpan garam yang dah siap. Gaya kitaorang beli dah macam gaya perempuan kaya beli beg Gucci kat kedai Giordano.Hahahahaha!!!!


Kitaorang jugak boleh dikatakan meredah hutan & mendaki gunung sebab perjalanan ke telaga garam, kitaorang kena turun naik bukit, lintas sungai, naik titi kayu, titi kayu dan sebagainya la. 


Perkara terakhir kitaorang buat ialah mandi di empangan mini Bario. Sedar tak sedar, diorang lagi maju dari masyarakat kampung di semenanjung sebab elektrik pun diorang buat sendiri. Inilah perkara terakhir kitaorang buat sebelum balik dari Bario ke Semenanjung.


Semoga kitaorang dapat pergi ke sana buat kali kedua untuk melihat perubahan setelah apa yang kitaorang perkenalkan. WE LOVE BARIO


SD NAK MINTAK TOLONG KORANG KORANG SEMUA UNTUK KLIK SINI DAN PERGI KE BAWAH. DI SITU ADA BUTANG LIKE FB TOLONG KLIK K UNTUK MEMBOLEHKAN SD MENANG PERTANDINGAN NI K TOLONG K

CARA MERAJUK TERBAIK UNTUK BALIK KAMPUNG

Backpacker SD

Sempena nak beraya ni kan, ramai la yang berebut nak balik beraya kat kampung mak la kampung ayah la sampai gaduh-gaduh nak balik raya. Ada pulak yang merajuk-rajuk lepas tu kan sebab tak dapat balik kampung dia. Kat sini SD ada sikit petua yang korang boleh guna yang boleh buat oihak lawan cair dan ikut cakap korang. Apa-apa pun korang kena la praktis dulu pastu baru la boleh mencuba dengan teknik baru ni.

Teknik yang SD nak bagi ni jugak boleh dipraktiskan oleh kaum-kaum kecil yang nak ajak mak bapak pergi jalan-jalan. Jadi mak bapak kat luar sana korang wajib tengok video ni. Takut-takut nanti tertipu pulak dengan anak sendiri kan. Pikir tak pikir la kan SD nak tunjukkan teknik ni sebab kalau dah tunjuk abes la terbongkar rahsia SD tapi sebab pikir nak kongsi dengan orang lain SD bagi jugak la kan tips ni.

Tengok betul-betul tau step yang SD ajar. Nanti terlepas satu step dah tak menjadi pulak teknik ni. Dah SD dicop kaki tipu pulak kan.


Di kesempatan ini SD nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Orang selalu cakap batin takda salah kan tapi sedar tak sedar percakapan itu juga dikira batin. Mana tahu ada yang terasa hati dengan kata-kata kita, penulisan kita atau teguran kita. Itulah dinamakan batin.

AKUSEADEAD™ @ KORANG YANG PELIK

Backpacker SD

Dah dekat 2 bulan begitu aktif 'berblogging' dan membaca sana sini. Baru perasan yang blog picisan ini laen sket dari blog-blog yang laen. Baru la perasan yang blog ni tak bercakap pasal pendapat sebabnya pendapat yang ada kebanyakkannya memang buat orang laen pikir pelik pastu akan berkata2 pelik jugak. Pernah sekali tu SD keluarkan pendapat SD tentang dosa bercinta. Bagi SD remaja bercinta memang normal sebab diorang mempunyai nafsu itu(tapi SD tak pernah dan dipanggil pelik oleh kawan2 yang laen).

Pastu terdetik kat hati ni nak tanya kat ustaz masa dalam kelas agama. Soklan berbunyi camni "Ustaz! Saya nak bercinta, contoh la kan, (satu kelas gelak) tapi saya tak nak buat maksiat (kan bertentang mata dengan ada perasaan nafsu (berdating) tu dosa tp klu bercakap ngan kwn puan(belajar) tanpa nafsu dibolehkan) jadi boleh tak saya nak kawen ngan dia tapi atas niat nak elak maksiat berdua2an jer, bukan nak buat benda tu? Kan saya 'berdating' tanpa dosa!" Jawab ustaz" Eh!! Tak boleh, awak kawen sebab nak meghalalkan persetubuhan bukan sebab nak 'dating'..." Jawab aku semula " Abes ustaz saya minat kat dia, kalau tak rembat awal2 nanti orang rembat, tak kan nak hantar rombongan bertunang, konfem tak dapat" Jawab ustaz balik " Tak boleh!!! Tak boleh!!!!"

SD pun duduk la pastu....Kelas bunyi desir desir orang bercakap. Ayat berapi dan berbisa pertama dihembuskan dari belakang. Beliau berkata "Apa la ko ni Sidek! Pelik2 la ko tanya. Ada plak gitu.".....Jawab SD dengan ayat berbisa "Abes kalau aku tak tanya nanti ko jugak yang pelik, tanya ko, ko lagi pelik2 nanti keluar."....ayat kedua yang sama bisanya dihembus dari tepi "Malu aku weh! Takda soklan laen nak tanya ker?" Balas balik, x boleh kalah " Ah ko, malu-malu bendanya! Nak suruh ko tanya! Haram la nak keluar soklan kat mulut ko tu.".....Tu la antara soklan soklan pelik yang pernah ditanya dalam kelas. Cakap cakap kat atas tu x semuanya sama tapi lebih kurang maksudnya begitu la.

Kat Bawah ni disajikan masakan sedap, Eh tak la gambar dak2 kelas yang syok tido. Gambar tak disensor sebab saja niat jahat. Hahahahhahaha~~~

KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
Alhamdulillah!!! Siap dah entri kali ni yang nak cakap pasal PELIK.

NUKLEAR AKAN ROSAKKAN MALAYSIA

Backpacker SD


Ukraine, Rusia. Apa kena mengena ngan tajuk!!!!
Cicak meninggalkan jejak tepi laptop menanda kawasannya dengan penanda berwarna hitam putih, hujan turun renyai2 berbaju angin tak seberapa dan berkain kilat, cengkerik bersembang sakan mengumpat pasal lagenda budak setan yang banyak peluk peluk (bestnyer farid kamil!!!!) dan aku yang ber'earfon' konon konon bising macam duk kat pasar (waktu mengumpat sekitar 2 pagi dan SD sorang jer berjaga sebab siang siang bagi can kat adek adek maen laptop) .


Pukul...3 pagi!!!! (gaya P Ramlee nyanyi)
Hari ni, eh dah berapa hari erk tak 'update'. Kena tukar ayat ni, "4 hari ni" SD nak bercakap pasal benda benda yang berkait dengan kursus SD kat U. Korang tau tak sumber elektrik kat Malaysia ni 70% datangnya dari 'power plant'. Yang lebay lebay tu elektrik datang dari putaran empangan. Pastu pulak yang solar solar tu sikit jer. 'Power plant' tu camne dia buat elektrik (ayat kampung ko!). Okay, gas dari hasil cari gali ( macam methana @ butana) dihantar ke 'power plant'....eh, korang baca kat sini la. Panjang sangat nak terang. Jadi diorang yang duk uruskan pasal power plant ni risau kalau2 kita kekurangan sumber gas tak mampu tampung kapasiti penggunaan elektrik kat malaysia.(sebab tu kita kena jimat elektrik)


Ni tempat yang SD lawat kat Melaka
Jadi diorang pun bercadang cadang nak guna nuklear. Sebenarnya nuklear ni yang buruknya kalau nak jaga bahan buangan dia tu. banyak negara diorang simpan kat mana mana tempat yang takda orang tinggal then tanam hasil buangan nuklear kat situ. Macam kat padang pasir, belah belah afrika @ mana mana yang orang x akan duduk la. Jadi SD rasa Malaysia tak perlu kot nak buat nuklear nuklear ni sebab sekali dia meletup. Mak kau pun x nak tengok. Kenapa mak???? Entah....

'Power Plant' yang guna nuklear di Ukraine
Pernah dengar tak pasal kejadian bernama 'Chernobyl disaster' atau dalam BM nya malapetaka Chernobyl. Kejadian ni sebenarnya pasal stesen nuklear yang meletup dan konfem konfem la kan habes kawasan dekat dekat situ kena radiasi nuklear tu. Benda ni terjadi sebab kegagalan ujian reaktor nuklear masa pukul 1.23 pagi 26 April 1986. Habes la senang cakap! kawasan dekat situ kena radiasi. tambah tolak 200, 000 orang kena pindah sebab kesan radiasi yang bahaya. Korang tau kan, radiasi ni boleh bawa kanser dan boleh buat sel kita bermutasi (eh! kanser tu sama je la ngan sel bermutasi). Ala maksudnya nanti dapat anak yang pelik pelik la......

Bunga yang bermutasi dan kanak kanak bernama Igor
Korang tak nak kan jadi kat Malaysia sebab nanti takda tempat kita nak duduk plak sebab Malaysia ni kecik jer, sekali meletup nuklear reaktor abes kita. Kat bawah ni ada gambar yang sadis sadis kesan nuklear reaktor meletup. Berita baek, tempat ni boleh dilawat tau tapi pakai sut ni.

'mask' tu macam Ehsan (upin ipin) punya kan
Okay skang masa untuk merasa gambar gambar yang dicuri di laman laman maya. SD x nak la bagi kredit, sebab cari kat ternet banyak je 'link' dia. Okay selamat merasa.

KLIK GAMBAR KALAU NAK 'ZOOM IN'

Patung yang ditinggalkan ..................................Topeng semasa proses menyelamat

keadaan kawasan yang ditinggalkan

Nak kata apa!!!!! Gaya kawasan zombie pun ada.

Agak-agaknya la kan...Zombie land berlakon kat sini ker????

Ni bangunan pentadbiran kalau tak silap, belah kanan tu tulisan Rusia la, takkan arab kot!

'Airport' yang ditinggalkan........................Kenderaan menyelamat dan membersih ...................................................................kawasan x boleh guna dah sebab beradiasi
Yang ni kete kete askar ........................................Yang ni kete bomba untuk padam api

Yang ni pun sama, tapi bas ni guna untuk ................ Takut tak tengok gambar tu, zombie kot angkut penduduk ...............................................................yang conteng!!!!

P/S : Penulisan ini bertemankan lagu Hey, Soul Sister. Lagu dah lama kot tapi baru je dengar. Terus layan, nanti nak masukkan dalam video.



LOGO YAHUDI TIBA2 DALAM LAPTOP AKU

Backpacker SD


J0285926.WMF
Sedar tak sedar, Si Yahudi ni memang sangat2 la pandai. Dia telah meninggalkan jejak mereka di setiap orang di seluruh pelosok dunia, ceruk2 kampung dan juga mana2 lubang yang diorang rasa boleh diisi. Diorang memang tak pernah terlepas pandang walau benda2 yang kecil. Gambar yang kat atas tu korang perasan tak apa2.

Owh.....Inilah gambar sembilan lilin yang SD maksudkan
Kalau tak perasan meh sini SD nak bagitau. Ada bintang dengan 6 bucu iaitu logo yahudi. Tekan la kat cik google SD "yahudi". Konfem keluar image bintang 6 bucu ni. Kemudian ada 9 lilin yang bersempena dengan perayaan Hannukah. Perayaan orang yahudi. SD tak tahu sangat perayaan hannukah ni tapi si yahudi ni sambut selama 9 hari. Lilin yang ditengah2 akan digunakan untuk menyalakan lilin2 yanglain dikiri dan kanan lilin yang tengah tu. Tak tahu la apa simbolik diorang buat gitu tapi yang pasti diorang dah berketurunan buat perayaan ni.


Owh...politik di situ...SD tekan bintang 6 bucu keluar ini...Jangan la SD kena banned pasni
Korang pernah tak makan burgerdeal @ kentang lenyek goreng @ kalau kat supermaket kita panggil 'harshbrown' @ kalau kat McD breakfast ada menu 'Hash Brown' macam gambar kat bawah ni.

Bukanlah SD nak suruh korang boikot McD tapi SD nak bagitau apa itu 'Burgerdeal' @ 'hashbrown'. Kadang2 ada gak yang tak kenal 'hashbrown' sebab diorang panggil makanan ni dengan nama lain.

Okay la, apa yang nak diherankan kan. Makanan je pun. Apa kena mengena ngan yahudi. Okay makanan ni merupakan makanan wajib untuk diorang masa perayaan hannukah. Diorang tak panggil 'hashbrown' tapi diorang panggil "latkes". Latkes ialah simbolik makanan perayaan diorang macam kita, raya Aidilfitri mesti ada lemang ngan rendang kan.


Okay sesiapa yang menggunakan 'Microsoft Office' sila ambil perhatian. Korang2 semua pun ada logo tersebut, bukanlah virus yang memasukkan dalam laptop SD tapi SD menggunakan 'Micosoft product'. Jadi memang bila install, logo ni akan ada. Sesiapa nak delete logo tu boleh la ikut step ni. Jangan risau, file tu hanyalah file gambar, takda kena mengena ngan program komputer kita.

1. korang masuk file "local disk (c:)"
2.masuk file "program files"
3.masuk file "microsoft office"
4.tekan folder "Media"
5.tekan folder "CAGCAT10"
6.Cari file namanya "J0285926.WMF"
7.Delete la file tu, cuba tengok sama tak ngan gambar dalam artikel ni. Sama kan....

Okay, sekian alhamdulillah......Habis artikel kali ni.

SUNGAI MALAYSIA KOTOR TAK?????

Backpacker SD


Cik Google SD memang pelik sket, tekan kotor dia bagi ni, bagi la gambar sampah

Jalan-Jalan Cari Makan....Orang cakap "jauh perjalanan luas pemandangan" tapi kalau hari2 guna jalan yang sama dia bertukar camni plak "Jauh perjalanan sempit pemikiran". Habis hari2 tengok benda yang sama je, 'last2' dia pikir pasal pemandangan tu jer. Sebenarnya nak cakap yang SD dah dua kali naik kete lalu jalan yang sama g tempat yang sama. Orang mintak hantar, kita tolong. Pasni x tau la nak jalan ke mana plak.(Apa???? Xda kena mengena ngan tajuk!!!!! 'Rileks' lu. Tak mula lagi citer, 'intro' pun belum)

Okay, yang ni ada kena mengena ngan tajuk. SD tengok kat Malaysia ni banyak sungai yang kotor. Bila jalan-jalan kat bandar2, jalan kat taman2 dan banyak lagi la tempat. Selalu nampak sungai2 kotor (SD, aku rasa ko konfius la sungai ngan longkang besar) Oh, ye erk. Tak perasan plak sungai ngan longkang, cam sama jer. Sungai klang tu, nak panggil sungai ke longkang besar. Hah!!! Jawab la.

Tadi......SD ada baca artikel2 inggeris pasal sungai-sungai yang terkotor di dunia. Highlight kat situ DI DUNIA. Agak-agak korang la kan, sungai kat Malaysia ada tak termasuk skali. Penduduk paling kurang adab kita tergolong tau (ni ntah pengkaji mana ntah datang wat survey pasal benda ni, adab yang dikaji dari segi menolong orang klu kertas2 terjatuh, beri laluan kat orang tua n adik beradik tu la, bukan adab kesopanan tau) Okay kembali ke topik asal, dah puas pikir dah. Malaysia tergolong ke tak????? Okay baca satu-satu gambar ni(BACA!!!!! gambar kan). Ala bising plak, ikut je.....



Sungai Citarum, Indonesia

Sungai Ni nampak kotor kan dan kalau korang perasan sungai ni kotor dengan sampah, sangat banyak sampah. Yang lebih mengejutkan sungai yang tiada hidupan(highlight disitu, TIADA HIDUPAN) ini merupakan sumber utama air untuk pertanian dan juga sumber air minuman (orang panggil kawasan tadahan air gitu). Macammana dengan keadaan sungai @ kawasan tadahan air Malaysia????? (Boleh dibuat entry baru yang itu)



Sungai Yamuna, India

Yamuna ialah anak sungai terbesar di daerah Ganges, India. Apsal sungai ni jadi camni, maunya tak!! Korang bayangkan 58% dari hasil buangan New Delhi disalurkan ke sungai ni. Patut ke dia buat lagu tu. Kerajaan diorang pernah gak cuba nak bersihkan semula sungai ni tapi sia2 je sebab mentaliti dan juga tiada sifat nature love, sungai ni kekal begini.


Sungai Buriganga, Bangladesh

Kan dah cakap jauh perjalanan luas pemandangan tapi kalau ni la pemandangan korang masa jalan2 tu, apa korang rasa??????(nak jawab tulis kat komen) Sungai ni adalah sungai utama yang mengalir bersebelahan bandar Dhaka, ibu negara Bangladesh (patut la kena kejar dek polis pun diorang x nak balik sana) Sungai yang dikatakan mati secara biologinya ni mengandungi 80% bahan yang tidak dirawat macam bahan buangan kilang dengan polyethenes yang termendap di bawah air


Sungai Kuning, Lanzhou, China

Dah sampai China dah kita, sedar tak sedar jauh jugak kita berjalan-jalan. Sungai ini namanya 'Yellow River' yang mana merupakan sungai kedua terpanjang di China dan menjadi sumber utama untuk penduduk di sebelah utara China(boleh dikatakan sungai ni di Lanzhou). Itu dulu la kan sebelum sungai ni dicemari dengan tumpahan minyak yang x henti2 dan juga pencemaran perindustrian.


Sungai Marilao, Filipina

Sekarang korang fahamkan kenapa kat mula-mula tu ada jJCM. sekarang ni kita akan berhenti di Filipina (gaya seorang 'tourguide' bercakap) Kalau kat Indon (weh!!! mana boleh sebut Indon dah sekarang, kerajaan marah sebab orang Indonesia tak suka dengan gelaran tu) kalau kat Indonesia ada banyak plastik kan, kat sini laen pulak, batang pisang, bangkai anjing yang bengkak-bengkak (ala yang macam kembung-kembung tu),plastik dan selipar getah @ korang panggil selipar jepun (eh!! boleh buat entri jugak ni) banyak sangat.

Sungai ni sepatutnya kena tukar nama "sumber bahan kimia Filipina". Mana taknya, korang bayangkan bahan toksik yang ada kat dalam sungai ni belaka(semua) bahaya macam Cadmium, Chromium, Copper dan Arsenic(arsenic tuuuuu, korang boleh mati) Tengok kain rentang tu, hermph tak payah la buat, sia2 je. Selamba jer kilang2 buang sisa terus dalam sungai, penduduk kampung pun apa lagi. Berkata si penduduk (rekaan aku yer) "Kilang boleh buang benda pelik2, kami pun boleh la buang benda pelik2, x pelik pun setakat anjing mati sekor"...hahahhahahha.....giler klakar....Okay dah2...kita beralih ke India balik.....


Ganges river, India

Sungai ni terhasil daripada glasier Gangotri tapi tengok sampah tu glasier Gangotri pun malu nak mengaku air tu dia punya.Ishhh...Ish....Ish....Korang tau tak sungai ni sungai paling mulia bagi masyarakat Hindu kat sana. Boleh la nak cakap lebih kurang 2, 000, 000 orang (highlight kat situ ada ENAM 0 yer) mandi kat sini setiap hari. Tengok keadaan dari gambar dah tau sungai ni kotor dengan sampah(mungkin baru pas festival kot) Kat bawah ni ada gambar2 yang lain. Yang aku SD pelik kenapa diorang anggap sungai ni suci tapi tak terdetik ke nak jaga kesucian ni dia kata suci sungai ni.BODOH Link yang membicarakan tentang sungai Ganges.


Klik gambar untuk besarkan gambar

Dah...Dah...Lagi lama kita bincang, lagi banyak keburukkan. Baik kita melancong ke tempat laen mencari sungai2 tercemar. Kali ni kita pusing semula ke Chini(Eh!! Ni rumah SD la) China.



Songhua river, China

Kedudukan sungai ni di timur laut China, dan merupakan anak sungai terbesar bagi sungai Heilong. Sungai ni tercemar dengan benzene(banyak guna kat makmal ni) pada November 2005. Yang paling kesiannya, bekalan air Harbin ditutup disebabkan hal ni.

Korang tak tertanya ke, kenapa negara2 sedang membangun dan negara ketiga logik la negara ketiga negara kotor diorang sibuk kejar nak jadi negara kedua je yang dalam senarai. Takkkkkkk!!!!!! Tak habis lagi entry ni. 'Tour guide' nak bagitau ni, dah tukar duet ke belum ni. Kita nak ke USA ni. Kang menyesal tak tukar.Poyo je kau ni!!



Sungai Mississippi, USA

Percaya atau tidak, sungai ni merupakan sumber alam semulajadi dan ekonomi utama bagi Amerika Syarikat. Lagi sekali percaya atau tidak, 40% air kat Amerika tu mengalir kat sungai ni. Percaya atu tidak juga, eh xda dah....xda dah....Sungai ni dicemari oleh pertanian pusat di Teluk Mexico(1.5 million tan metric Nitrogen setiap tahun bersamaan 1 500 000 000 kg metric) Sedar atau tidak juga(ada lagi ayat ni...hehehehhe...) ni jam yang ke 3(3 jam) SD sedang menaip artikel ni.



Sungai Sarno, Italy

Beri nama kat anak kucing best gak ni. Negara yang maju dan cantik ni juga tak terkecuali dari menjadi model negara tercemar.Ehh...korang tau tak ada kajian mengatakan yang spageti bukan berasal dari Italy tapi China(eh....lagi sekali boleh wat entry) Mee dikatakan telah berada di China lebih awal. SD x kaji lagi yang ni. Weh!! SD ko lari tajuk la. Eh!!! Tersasul. Okay! Sungai ni mengalir melalui Pompeii ke selatan bandar Naples dan merupakan sungai yang paling tercemar di eropah.(Highlight kat situ EROPAH) Macam biasalah kan, kalau sungai tercemar je mesti pertanian, ------kalau pertanian jer mesti sungai tercemar------(yang ni salah yer),sungai ni tercemar dengan bahan buangan pertanian dan industri yang tak dirawat. Yang ni seday sikit sebab sungai tanpa segan silu masuk dalam laut sambil mencemardulikan laut.  Key Pad LOck kau Itali, abes laut pun ko nak cemarduli. Ko ingat ko raja dunia.



Sungai Raja(King), Australia

Fuhh!!!! Penatnya nak menaip, dah masuk jam ke berapa ni. Fuhh!!! Penatnya nak membaca, dah masuk minit ke berapa dah ni. Dua2 bawak bersabar. Sungai ni sangat berkuasa, kata King, king apa? King Kong....hua...hua...hua...LOL(laugh out loud-----SD tau ada yg tak tau maksud sebenar LOL).....Sungai yang berkuasa tapi tak berdaulat ni nak kata tercemar tak tapi ayatnya lebih kurang camni, menderita dengan tahap keasidan melampau hasil perlombongan yang mengalirkan 1.5 juta tan metric sulfida sehingga 1995.Sekarang berapa la agaknya?????

Dah habes pun cakap tulis pasal sungai2 yang tercemar teruk. Banyak lagi sungai2 yang tercemar tapi ni je yang SD dapat senaraikan. Kalau nak tahu lagi cari kat cik Google SD. Dia x kesah pun. Tanya je kat dia.Okiey Dokiey......tutup ngan bacaan alhamdulillah.....

p/s habes menaip pukul 2.30 pagi mula menaip dalam pukul 10.30 mlm
p/s publish lambat sebab malam2 orang x baca jd tunggu pagi esoknya
p/s Malaysia ada ke tak??? ni kan persoalan kita. Takde x bermaksud x kotor tapi maseh terkawal