Ada saya kesah! Itu katanya la bila ditegur. Betul la dia cakap, fb dia sukew atiew diew lerw nak tulis apew pun. Caye tak disturb owrang laen puwn. Owh!!! sangat sengal yer SD nak baca. Ada gak yang SD tegur tapi cara elok-elok dan ada jugak yang SD tengok je sebab tak berapa nak kenal sangat.
Apa-apa pun SD nak cakap, tak perlu la nak buat-buat comel kat fb. PERLU KE??? tak kannnn~~~ Kalau la betul comel, tunjuk kat dunia betul udah la. Dah pulak tu, maen campur-campur bahasa pulak tu. Hadoiiii la. Kalau yang membaca tu terasa, SD minta maaf la. SD cuma menyatakan apa yang terbuku di hati. Kalau korang nak tulis macam kat gambar ni tulis je la. Takda halangan!
Menjadi seorang yang tak ambil kesah dalam banyak perkara sangat menguntungkan dan menenangkan. Biar la benda pelik-pelik jadi pun, kita tetap begitu. Kalau ada benda yang sedih jadi, kita sedih kejap-kejap je. Pastu kita hidup macam biasa je. Kalau kena marah dengan orang yang rapat dengan kita, kita terasa hati tapi esok kita dah lupa. Orang kata kita depan-depan, kita sedih tapi bila makan tengahari kita dah tak ingat benda tadi.
Petang kita bertumbuk sebab sorang nak rehat sorang nak g main bola tapi makan malam nanti kita makan sama-sama. Kawan tinggalkan kita pergi jenjalan, sedih sangat tapi lepas tu terus berterus terang kenapa jalan tak ajak. Kan elok begini kalau ramai yang bersikap ambil mudah dan berterus terang. Tak ada lah sesi pujuk memujuk.
Owh!!!! SD bukan nak cakap SD tengah gaduh ke apa tapi tiba-tiba macam rasa pelik sangat kalau tengok lelaki yang jenis "makan hati" ni. Tak la, kalau nak terasa boleh tapi jangan la nak pendam dalam hati. Tak payah la nak gaduh-gaduh. Menambah perasaan sakit,sedih dan letih dalam badan je. Lepas tu cakap terus je apa yang korang rasa tapi biar beradap dan kena caranya.
Semalam lepas 2 tahun menanti janji dari seseorang yang bernama Encik Zakian. SD sangat kecewa bila dikhabarkan yang dia dah menipu SD. Dia kata akan masukkan nama SD dalam senarai pelajar yang mengambil pelajaran Scuba tapi sampai 2 tahun dia berdalih akhirnya SD dapat tahu yang SD kena tipu. Kelas, kuiz, latihan seharian dan duit semua SD dah buat, tapi ????? janji hanya janji. SD terpaksa ulang lagi sekali subjek ko-q dan akan ambil berseorangan bersama-sama dengan junior-junior lain.
Kita ni hidup jangan menonjol sangat, nanti ada yang samar2 kat belakang duk dengki kat kita
Bangun pagi waktu cuti-cuti ni memang best sebab tak payah nak mandi cepat-cepat. Tak payah sibuk nak bancuh air. Tak payah pilih baju. Semua la tak payah! Bangun mandi pergi buat benda yang kita suka. SD macam biasa la, bila habis je lauk dalam peti, pergi pasar membeli-belah la kat sana. Seronok memasak memang hanya orang yang suka masak je tahu. Tak suka masak!!! Then jangan cuba-cuba nak masak sebab masak ni leceh dan banyak keje.
Kadang-kadang tak tahu pun nak buat apa bila buka laptop. Buka FB, buka blog, baca berita, baca blog. Kadang-kadang tu bosan jugak buka FB, seminit buka then tutup semula. Dan tadi SD tengok video yang agak menyentuh hati dan perasaan juga. Betapa bersyukurnya duduk kat Malaysia ni.
Korang rasa pemandangan bilik SD ni cantek ke tak?
Yang pertama tu cerita sedih, yang kedua tu cerita ketenangan dan yang ketiga tu cerita kesyukuran. Hari ni dan semalam (rabu dan khamis)SD punya warna sangat warna-warni dan yang penting kita enjoyyyy!!!!
Hehehehehe~~~ Hari ni (Sabtu) SD ngan member-member pergi jenjalan kat Pandan City Mall yang sebenarnya hanyalah pasar malam berbumbung. SD tak banyak benda nak beli sebab kena jimat. Setakat barang keperluan tu boleh la. 'well' ada orang tu berharta tapi tak berduit dan ada orang tu berduit tapi tak berharta. Korang kategori mana?
Ni jam baru beli sebab jam yang lama pecah masa kat Korea
Takda keje kan, kat Korea gak dia nak pecah
Ni video yang SD tengok dan sangat menyentuh perasaan
Pagi tadi SD dengan kawan SD pergi pasar basah kat Taman U nak beli barang-barang nak masak untuk seminggu. 'Then' dah sampai sana kan, mesti la telan nasi dagang dia dulu. SD kategorikan sedap nasi dagang dia. Ehh!!!! Nasi sambal udang dia pun sedap tapi air teh tarik dia, 'low class' sangat. Tak boleh nak dibandingkan dengan air kat meranti la kan.
Ehh!!! lupa pulak nak bagitau. SD baru je beli peti ais baru n dapur baru. Gara-gara makan kat luar yang selalu kena masakan yang tak sedap. SD masak untuk makan malam je, masak yang 'simple-simple' tu boleh la. Kalau suruh masak yang pelik-pelik tu, korang balik rumah je nanti suruh la mak korang masak.
Tengah duk pilih-pilih barang ni, tiba-tiba kitaorang tersembang satu benda. Macam mana boleh tercerita benda ni? korang abaikan. Terus kita pergi ke dialog yang dibincangkan.
Dak Cik : Eh!!! Dak Muk kenapa ko beli 2 nasi lemak?
Dak Muk : Untuk orang rumah. Eh!!! Tak lama lagi mak dapat menantu!!
Dak Cik : Owh!!! Dah lama ker. Tak bagitau pun.
Dak Muk : [senyum] (dak cit cemburu k pada abangnya sebab dipuji maknya)
Dak Cit : Mak!!! Tak lama lagi mak dapat cucu (dengan senyum gembira dan 'excited')
Dak Cik : Wahhh!!!! gembiranyaaaa..... Mak dapat cucu dah....... Tak sabar rasanya....
tiba-tiba~~~~
Dak Cik : Eh!!!! Bila kau kawen? ...... ??????
semua terdiam........ Konfem anak luar nikah.......Dak Cit salah cakap....Dak Wa tak ada pulak masa ni. Memang 'right on the time' la.....[sengal betul anak tu pergi bagitau dia ada anak luar nikah]
Sila layan video kat bawah ni yer, Misha Omar versi Aliffsha Omar