AJL25 + AYAT-AYAT SENGAL DARI MEREKA-MEREKA

Backpacker SD Monday, January 10, 2011

Perghhhh!!!!! memang gila la kan. Dalam banyak-banyak yang ditarget satu je yang kena. Apa ke jenis juri da tahun ni. Apa-apa pun tak kesah la sapa menang, bukan SD dapat pun duit yang diorang menang tu tapi bengang sebab tekaan satu je betul. Haishhh!!!

Dalam banyak-banyak 'part' dalam AJL ni SD suka part waktu Faizal is Mail dengan Ally is Kandar sembang-sembang. Memang sengal dowh diorang-diorang ni. Memang konfem la kan tahun depan jadi pengacara AJL lagi sekali.Konfem dah satu rezeki kat situ. SD tak berapa minat Faizal tapi Ally, !!! YES. SD suka cara dia mengacara (yang penting faizal is sengal boy). Masa skul-skul dulu setiap pagi kot SD buka MHI semata-mata nak dengar gaya pengacaraan Ally is Kandar.

Kat sini jom kita 'highlight' kata-kata diorang yang sengal dan membuatkan SD gelak buruk gila yang dah macam hape ntah. Kejap!!! siapa tak tengok AJL? tak rugi pun, boleh je nak tengok ulangan kat internet kan. Sekarang mana ada rugi-rugi. Tengok cite kat wayang lambat-lambat pun tak rugi. Sama je cite tu kalau tengok lambat pun. Yang penting tiket hari Rabu murah. hehehehe~~~ (SD jarang la pi tengok wayang sebab tak berkesempatan)

Ayat-ayat sengal masa AJL25


1)
Faizal : Awak perasan tak persembahan yuna ada peningkatan yang ketara? (lepas Yuna habes menyanyi)

Yang ni sebenarnya penonton ingatkan Faizal cakap pasal persembahan Yuna dan begitu jugak la dengan Cheryl. Padahal Faizal cakap pasal piano yang si Yuna guna. Memang betul la piano yang AJL24 kecik dan AJL25 besar punya.

2)
Faizal : Tahu tak anda! persamaan Tomok dengan saya. (Faizal cakap dekat Ally lepas Tomok habes menyanyi)

Masa ni memang sengal dowh Faizal ni. SD pun tak terpikir yang gitu jawapannya. Persamaan dia dengan Tomok - Nama Tomok (Syahindrawan bin Ismail) dan Faizal (Faizal bin Ismail). Kat situ la persamaan dia. Memang sengal!!

3)
Cheryl : tapi kan awak rasakan kenapa Faizal Ismail tak menonjol sebagai penyanyi (Masa ni Ally n Cheryl duk cakap pasal persamaan Tomok n Faizal Ismail)

tiba-tiba suara sumbang ala-ala setan menghasut datang - hah! hah! mengumpat erh! Hello, Hey! Hey!

Memang sengal la babak ni. SD tak tahu la ni dah rancang ke spontan tapi memang menjadi la kan diorang punya reaksi dan tindakbalas. Tak bosan tengok diorang ni.

4)
Faizal : Kembalinya kita ke pentas AJL ke 25. Saya nak cakap sikit pasal KAITAN LANGSUNG LAGU YANG KELIMA NI DENGAN SAYA.

Apa kes "tiada kaitan langsung" bertukar "kaitan langsung". Ayat ni pun tak boleh blah. Memang SENGAL!!

5)
Cheryl : Pendek kata~~~ debaran Black belum habis lagi la kan. Faizal : Huh!! sapa kata? Cheryl : saya kata........ Faizal : Owh!! Ally kata.hakh!! hakh!!

Memang tepat kena kat dada Ally la kan masa ni. Terima je la Ally. Faizal tu siap ada manila kad tulis "FBI is king" kan.

6)
Ally : Derr! Bukan tak boleh pergi der, tak boleh blah der! (Ni Ally betulkan ayat Cheryl yang guna ayat "tak boleh pergi der")

Ha~ Ha~ Ha~ Ha~ memang tak boleh pergi der kalau macam ni cakap lu.

7)
Ally : Dalam bahagian mana yang awak tak paham "penonton AJL sahaja" Faizal : Tapi saya tengah menonton AJL "wahh!!! meriahnya AJL, waaaahhhh! wooohuhu~~ Ally iskandar, Chery!!!"

Dah macam apa dah kan Faizal masa ni, tapi memang terkena la Faizal dengan Ally. Sejibik Ally bagi.

8)
Ally : owh!! deep vein thrombosis.....vai...vei...veiee.....(ni Ally ejek balik apa yang Faizal cakap)

Serius macam budak-budak masa Ally buat benda ni.Hadoyaiiiii!!!!! Macam-macam.

9)
Cheryl : yaaaa!! Nikky yang bagi nama tajuk lagu ni. Faizal : yeeaaa! so sweat....so sweat.... Ally n Cheryl : So sweettttt! so sweetttttt! Faizal : Hello!!! Past tense....Past tense.....kalau read (sebutan present tense) raed (sebutan past tense) sweet (sebutan present tense) sweat(sebutan past tense)

Ni lagi satu lawak yang memang SENGAL habis dowh! memang tak boleh blah. Apa kejadah 'past tense' untuk 'sweet' pulak! mujur tak sakit perut gelak tau!!

10)
Ally : What is your name?, Faizal : My name is Faizal, Ally : Who is faizal? Faizal : faizal is Mail.hakh! hakh! hakh! wuhooo!!! easy...easy...

Serius SENGAL dowh jawapan dia. Tak ku sangka pulak yang si Faizal ni nak jawab macam tu. hakh! hakh! hakh! memang kali kedua tengok pun gelak la. Konfem gelak!
Kawan tanya "siapa adik dia?"  SD tahu dia ada adik yg jadi artis tapi tak tau namanya. Google sikit-sikit then namanya SITI SALEHA
11)
Faizal : Shut up not shut up...Diam tak diam...

Gelak yang tadi pun tak abes lagi dah dia buat lawak baru. Memang SENGAL dowh. ni dah macam "I DON'T WANT BANANA FRUIT TWO TIMES" lagi sekali hadoooyaiiii!!!

12)
tak da dah. Dah abes dah. Rasanya ada lagi lawak-lawak yang SD tak selitkan dalam ni sebab lawak tu tak terpilih sebagai lawak yang boleh buat SD gelak buruk gila hape ntah. Apa-apa pun harap tahun depan pengacaraannya boleh hidup lagi macam tahun ni. Memang SENGAL sangat pengacara kita ini.

Korang-korang yang tak dapat tangkap apa yang SD 'highlightkan' kat sini, elok-elok la pergi tengok lagi sekali AJL25.huhuhu~~~~ Konfem gelak punya.

4 Beg Deuter Untuk SD
  1. Nabila Said,

    betol3!!!serius klakar mlm tadi!

    Posted on January 10, 2011 at 1:30 PM

     
  2. SD Said,

    Kan...kan.....memang aku suka la Ally n Faizal...Cheryl tak masuk sgt ngan diorang, aku perasan la kat situ....Apa2 pun diorang bertiga dah lengkap jadi pengacara AJL......

    Posted on January 10, 2011 at 2:03 PM

     
  3. :)

    gua tengok kat youtube jer, sebab malam tadi asyik tgk bola.
    hehe

    Posted on January 10, 2011 at 3:45 PM

     
  4. SD Said,

    mujur aku tak minat bola.....jadi tak payah nak dilema nak tengok yang mana satu....

    Posted on January 10, 2011 at 5:17 PM