KENAPA KITA......

Backpacker SD Tuesday, July 12, 2011

Hari ni SD nak cakap pasal "Kenapa kita sanggup buat walaupun salah" "Kenapa kita selalu stress" "kenapa kita banyak masalah" "kenapa kita selalu pening kepala bila pikir pasal itu ini""Kenapa kita nak lebih dari apa yang kita ada" "Kenapa kita selalu kelam kabut" "kenapa kita tak MERIAH"


Okay! Korang tahu tak yang korang ni semua punyai kemahuan yang super duper melampau! Termasuk la SD juga dan sekarang SD sedang cuba kawal kemahuan itu. Korang perasan tak yang semakin korang besar semakin banyak yang korang nak. Kenapa korang tak nak pakai kereta biasa-biasa yang bayar bulan-bulan RM300 je tapi nak kete yang bayar bulan-bulan RM700. Perasan tak korang akan sangat amat tertekan sebab duit masuk RM2500 tapi RM700 dah bayar hutang kete.

Klik untuk zoom in
Dah tak hepy kan! Lepas tu nak makan mesti nak mewah-mewah. Yer betul! Duit aku banyak kot RM1800 lagi baki, apa ada hal. Tak pernah ke nak pikir EMERGENCY CASE??? Tak kan! SD selalu pegang kata-kata "Expect the Unexpected" Jadi untuk mewujudka suasana aman sentosa tak kira masa SD rendahkan kemahuan SD.


Kalau korang banyak sangat kemahuan macam yang dalam komen tu la nanti korang jadi, sebab apa? sebab money constrain. Korang akan tertekan, terdesak, tersaket dan segala TER. Jadi BERSEDERHANALAH. Mana kita mahu? Bergaya tapi selalu hidup dalam kesempitan duet @ 'money constrain' atau bersederhana dan bahagia sentiasa tanpa hutang?


Lagi satu, SD ada belajar satu benda dari budak yang SD gelar sebagai "bongok-bongok gila-gila"  Dia ajar SD macam mana nak setelkan hal keje tanpa stress dan memang SD amalkan! (masa diambil untuk mendengar dan soal jawab 3 jam gitu la)  Hasilnya SD tak stress walaupun sorang suruh ni sorang suruh tu sorang suruh yang tu sorang suruh tang ni! Caranya "Take it easy" Jangan duk pikir nak kena siap, nak kena siap, nak kena siap.

Pikir satu hal je satu masa then setelkan yag lagi satu. Buat keje tu sambil rileks @ selamber walaupun nak kena anta malam ni. Buat-buat kool je macam takda apa-apa. Lagi satu jangan kelam kabut. Apa-apa pun korang kena kawal kadar keresahan @ kadar kepeningan @ kadar keserabutan korang. Itulah 'key' untuk memastikan korang bahgia sambil buat keje yang banyak sambil buka facebook walaupun customer bercambah tunggu kat kerusi! huh!


p/s SD baru je panjat Bukit Broga...ada kelapangan kat office nanti SD update la pasal Broga...best2

0 Beg Deuter Untuk SD