.

TELUR TAKDA KULIT

Backpacker SD

Macam Hareeemmmmmmm!!! Susah-susah je selama hayat ni nak kupas telur. Kalau la dari dulu lagi dah tau, takda la malas nak tolong mak kat dapur kupas telur kalau tiba-tiba ada yang minta nak makan nasi lemak kan. (alasan je la kau SD, selama ni pun macam kau rajen!) eh!! siapa pulak yang menulis tu? kau kan rajen~~~ (sambil mata ke atas, tangan ke bahu)

eh!!!! tajuk tak sama dengan cerita. Tunggu la sat, tak abes cerita lagi ni. Kat bawah ni dia tunjuk cara senang nak kupas telur dah takda la bersepah-sepah korang punya kulit telur tu. Macam kupas TELUR TAKDA KULIT. (tu ada ja kena ngan tajuk!) Senang ja.

step 1 : Masak la dulu telur tu. Jangan separuh masak udah la. Kalau tak macam mana nak kupas macam TELUR TAKDA KULIT

step 2 : Ketuk kedua-dua bahagian hujung telur tu then kupas yang hujung tu.
        

step 3 : tiup telur tu dengan mulut dekat satu hujung dan hujung satu lagi tu siap sedia nak sambut telur tu keluar dari cenkerangnya eh! kulitnya.


ni Men Blow! Gagah perkasa dan bertatu yer!
tapi nak tiup telur je pun, tak yah la nak tatu2

Yang ni namanya Kids Blow! cumel-cumel gitew!

Kesian pun ada tengok dia nak tiup telur ni.
Nama skill ni ialah Ladies Blow

Jadi, dah siap pun mengupas telur seperti TELUR TAKDA KULIT! lalalala~~~


susah-susah sangat korang tengok je video ni. Syok pun syok! Klik Sini

BERPECAH BELAH KERANA FACEBOOK!

Backpacker SD

Aku memang macem hareemmmmmm. Nak gelak? nak takut? nak bersalah? nak bergurau? nak mengata? nak menyindir? nak memboikot? nak bajet "baek"? nak kata "memang baek pun"? nak kata apa lagi? ermmmmmm....dah abes dah...serius SD mengaku salah SD sebab menyindir orang tak kena tempat. Benda ni pun SD nak bawa bergurau tapi tak sangka pulak jadi serius.

Al-kesahnya SD ingat boleh la bawa bergurau benda-benda yang sensitif dan panas ni sebab SD selalu je kena ajuk lembut, pondan, usop wilcha n 'wat-so-ever' dengan dia. SD okay je (untuk pengetahuan korang-korang, SD ada sikit lembut dalam diri tapi lembut bukan buat-buat dan lembut SD tak nampak sangat, kadang-kadang bila dah beria sangat terkeluar la lembut tu) Korang rasa SD yang cuba bertahun-tahun nak jadi keras ni tapi tak boleh-boleh terasa ke tak kalau kena ajuk ala-ala pondan. Mesti la terasa tapi kenapa SD terima je sebab SD anggap dia boleh bergurau macam tu. Jadi no hal la SD nak bergurau macam tu jugak.

SD fikir, kejadahnya korang nak makan hati. Orang bergurau kot. Tak kan tak boleh. Kalau kau perempuan ye, kau boleh nak terasa sebab itu memang sifat keperluan dalam perempuan.Jadi bagi SD nak panggil SD lembut ke, gelap ke n 'wat-so-ever' boleh je tapi kalau SD maen kasar sila la terima kembali. "I take what u give me, and i give back to u wat u give me, n suppose to be u shuld take it like i take it or maybe almost the same"

SD mengaku salah SD sebab terlampau pedas sindiran yang diberi ditambah pulak situasi dia yang memang stress gila-gila sebab baru lepas kena marah ngan orang atas. Jadi minta maaf je jalan penyelesaian. Apa-apa pun korang baca la perkembangannya. SD nak lepaskan tekanan sebab benda ni, tekanan tak tekanan la tapi sikit-sikit dia pun SD perlukan sesuatu untuk melepaskannya. Kalau tak dapat cakap blog la tempat jadi ledakannya. 'Well'~~~ SD ada dua cara terbaek untuk lepaskan stress yang jenis macam ni, pertama-menceritakan @ bercakap dengan orang laen dan kedua buat post kat blog. Kalau dulu-dulu takda blog SD akan buat sajak dan ilham memang mencurah-curah masa tu.


Perkembangan cerita dan plot


Klik untuk "zoom in"

Klik untuk "zoom in"

Klik untuk "zoom in"



EARTH HOUR, PERLU KE? BAHAGIAN 2

Backpacker SD

Apa keperluan atau hajat atau tujuan sebenar WWF buat earth hour ni? okay yang duk marah-marah kat SD pasai tak mau tutup lampu dan memberi komen-komen yang negatif meh sini SD nak tunjuk sat kat hangpa semua pasai pa SD tak tutup lampu. SD tak baca pun benda-benda ni tapi SD tengok ja sapa penganjurnya SD tahu @ dapat rasakan apa yang depa cuba nak sampaikan kat kita ni.

Kita jangan la duk BODOH sangat duk pikiaq yang tutup lampu sejam tu boleh turunkan suhu bumi atau kita tutup sejam sebab nak hormat bumi, apa! SEJAM ja ka nak hormat bumi? sepanjang masa k SD hormat bumi. Ni dia hangpa baca komen-komen SD dengan bebudak kat fb pasai earth hour ni. Jangan cepat melenting dan jangan nak jadi bodoh dengan kata bila hangpa ikut earth hour ni dengan tutup lampu sejam hangpa amat sayang bumi. Faham dulu tujuan sebenaq depa duk buat earth hour ni dan lepas tu sebab hangpa sayang sangat kat bumi ni(sambil tangan kat bahu mata ke atas) apa lagi buat la apa yang SD sarankan.



p/s : SD berasal dari Perak tapi tak pernah pun tinggal sana. sekali sekala ja balik. kalau silap mana2 ayat perak tu paham2 je la kan....

p/s/s : sekarang yang melenting lebih2 tu @ open minded dah paham ke apa itu earth hour?

p/s/s/s : yang duk kata benda ni freemanson la konspirasi la.... kereta mayat cakap jangan taksub sangat dan jangan mudah melenting dan jangan semua benda pun nak freemanson walaupun ada yg betul disengajakan

EARTH HOUR, PERLU KE?

Backpacker SD


SD cadangkan korang baca komen kat situ satu persatu, lepas tu akan faham
kenapa ada yang rasa dia sangat bagus sebab sokong earth hour, akan ada pikir dia
sangat bagus sebab tak bertelingkah dalam komen-komen tu (sebenarnya tujuan
oh! media buat post tu memang nak tengok kita saling komen mengomen keluarkan
pendapat tapi yg melenting tak pasal2 tu bawa2 bersabar, komen tu komen la tapi jgn
melenting) akan ada yang pikir dia sgt bagus sebab selamatkan bumi dengan
"tutup lampu sejam" (tangan kat bahu mata ke atas) dan ada yang macam2 lagi la
SD kategori mana? korang fikir la sendiri SD kategori mana. KOLOT??

Sebenarnya SD tak nak buat apa-apa post sebab baru je tukar alamat blog yang baru. Lepas je tukar abes semua widget-widget rosak dan tak save pun template lama. Tak tahu pun akan jadi macam ni. Takpe la. Nanti waktu buat praktikal boleh la baiki apa yang patut sebab orang kata praktikal ni tak banyak keje. Ketua bagi ala kadar je kat kita. Harap dapat banyak ilmu pasal apa yang belajar kat U masa praktikal ni.

Okeh!!! Kita cakap pasal tajuk utama. SD nak cakap yang EARTH HOUR ni tak perlu! Tak perlu! sekali lagi Tak Perlu! kenapa nak tutup lampu? katanya sejam tutup lampu boleh turunkan suhu bumi. katanya tutup lampu sejam boleh selamatkan penggunaan gas semulajadi untuk hasilkan elektrik dan macam-macam lagi kata dia. SD pulak kata, kita bebudak kampung ni setiap malam tutup lampu bila nak tido. Lampu laptop pun kita tutup, lampu meja pun kita tutup. Lampu apa lagi? hah! lampu aladin pun kita tutup. Kita tanam pokok berapa banyak dekat rumah, kita siang-siang tak buka lampu dan macam-macam lagi teknik dan gaya kita buat yang sebenarnya lagi menyelamatkan bumi dari diorang yang kat barat tuh.

Tu dah berapa banyak dah tu. Dicampur tolak dah berapa banyak kali dah kita sambut "EARTH HOUR" (sambil mata ke atas tangan di bahu) dalam setahun. Jadi tak perlu la nak membaratkan pemikiran kita untuk sambut earth hour. Baik korang pikir macammana nak cepat paham segala kejadah yang gila banyak dan berbelit-belit dalam buku yang tebalnya 500 muka dan perlu belajar sendiri sebab subjeknya UTM buat PBL yang mambawa maksud subjek kena belajar sendiri. Ada lecturer tukang tanda kertas je dan lecturer itu mengharap gila kita jawab soalan macam dalam skema sedangkan kita belajar sendiri.



Segala bagai konspirasi keluar kan! SD tak tahu la benda2 konspirasi ni.
Yang SD tau kebaikan dari "EARTH HOUR" ni tak mana pun bagi SD
Apa yang SD buat selama SD hidup rasanya lagi banyak menjaga bumi
tanam pokok, guna elektrik bila perlu, buang sampah kat tempatnya
dan macam2 lagi la. Korang-korang rasa korang tak kolot ke?
Korang la yang kata kat korang kan, bukan orang lain.

SAMBUNGAN KEDUA ESOK K!