.
Showing posts with label Kejadian Semasa. Show all posts
Showing posts with label Kejadian Semasa. Show all posts

AKUSEADEAD™ @ KORANG YANG PELIK

Backpacker SD

Dah dekat 2 bulan begitu aktif 'berblogging' dan membaca sana sini. Baru perasan yang blog picisan ini laen sket dari blog-blog yang laen. Baru la perasan yang blog ni tak bercakap pasal pendapat sebabnya pendapat yang ada kebanyakkannya memang buat orang laen pikir pelik pastu akan berkata2 pelik jugak. Pernah sekali tu SD keluarkan pendapat SD tentang dosa bercinta. Bagi SD remaja bercinta memang normal sebab diorang mempunyai nafsu itu(tapi SD tak pernah dan dipanggil pelik oleh kawan2 yang laen).

Pastu terdetik kat hati ni nak tanya kat ustaz masa dalam kelas agama. Soklan berbunyi camni "Ustaz! Saya nak bercinta, contoh la kan, (satu kelas gelak) tapi saya tak nak buat maksiat (kan bertentang mata dengan ada perasaan nafsu (berdating) tu dosa tp klu bercakap ngan kwn puan(belajar) tanpa nafsu dibolehkan) jadi boleh tak saya nak kawen ngan dia tapi atas niat nak elak maksiat berdua2an jer, bukan nak buat benda tu? Kan saya 'berdating' tanpa dosa!" Jawab ustaz" Eh!! Tak boleh, awak kawen sebab nak meghalalkan persetubuhan bukan sebab nak 'dating'..." Jawab aku semula " Abes ustaz saya minat kat dia, kalau tak rembat awal2 nanti orang rembat, tak kan nak hantar rombongan bertunang, konfem tak dapat" Jawab ustaz balik " Tak boleh!!! Tak boleh!!!!"

SD pun duduk la pastu....Kelas bunyi desir desir orang bercakap. Ayat berapi dan berbisa pertama dihembuskan dari belakang. Beliau berkata "Apa la ko ni Sidek! Pelik2 la ko tanya. Ada plak gitu.".....Jawab SD dengan ayat berbisa "Abes kalau aku tak tanya nanti ko jugak yang pelik, tanya ko, ko lagi pelik2 nanti keluar."....ayat kedua yang sama bisanya dihembus dari tepi "Malu aku weh! Takda soklan laen nak tanya ker?" Balas balik, x boleh kalah " Ah ko, malu-malu bendanya! Nak suruh ko tanya! Haram la nak keluar soklan kat mulut ko tu.".....Tu la antara soklan soklan pelik yang pernah ditanya dalam kelas. Cakap cakap kat atas tu x semuanya sama tapi lebih kurang maksudnya begitu la.

Kat Bawah ni disajikan masakan sedap, Eh tak la gambar dak2 kelas yang syok tido. Gambar tak disensor sebab saja niat jahat. Hahahahhahaha~~~

KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
KLIK KLU NAK 'ZOOM IN'
Alhamdulillah!!! Siap dah entri kali ni yang nak cakap pasal PELIK.

NABI MUHAMMAD SAW ADA FACEBOOK

Backpacker SD

Ni dia apa yang aku kata
Okay, SD ada join satu group yang membincangkan perkara-perkara yang menimpa dunia yang nak kiamat ni, mengenai perkara-perkara asas yang kita sepatutnya kuatkan untuk memastikan kita teguh biarpun diserang musuh. Contoh perkara yang kita perlu perbetulkan semula ialah amalan2 kita, pemakaian kita, pendirian kita dan cara hidup kita. X la kata kita kena pakai jubah macam nabi, kena berserban, berjanggut tapi cukup setakat jaga aurat, tinggalkan perkara bida'ah yang dibenci dan jaga solat (ada banyak lagi tapi semua tahu kan apa yang perlu dijaga). Okay kat entri kali ni bukan nak cakap pasal akhlak kita (ala SD pun x baik sangat tapi SD maseh menjaga apa2 yang terang bederang x patut kita buat macam berjudi---jangan terkejut yer kawan SD bincang pasal teka nombor ekor macam bincang soalan assigment, bukan depan SD tapi SD pasang telinga)

Ni antara post2 yang dia tulis
Korang mesti cam bengan2 gitu kan bila SD buat ppost ni, jangan la marah SD. SD cuma nak kongsi dengan bloggerz2 yang laen. Kalau korang nak tengok page dia tekan kat sini. Korang tau tak dia siap ugut tau, kalau sapa2 report FB dia nanti dia akan balas lebih dari apa yang kita buat kat dia. Kalau x silap dari Indon rasanya dia ni, tak tau la laki ke puan tapi penulisan dia memang berbentuk Indonesia.

FIRASAT FIRASAT SETIAP KEJADIAN

Backpacker SD


Ni Cik Google kita yang bagi
Wah....letih seletihnya berdiri lama-lama tadi. Memang dekat sejam lebih gak la kan berdiri tadi. Nak buat camne, dah x boleh nak duduk. Dah siap sume2 baru boleh duduk pastu terus layan blog kesayangan. Sebenarnya tadi SD baru siap masak lauk untuk adek2 SD nak g sekolah pagi esok. Dari mula sampai siap SD buat sorang2 n SD masak malam ni sebab SD malas nak bangun pagi2 untuk masak lauk2 tu sume. Okay la, kali ni nak buat entri pasal

FIRASAT FIRASAT SETIAP KEJADIAN

Kejadian yang akan dipilih kali ini adalah kejadian yang berlaku di dapur. Banyak kejadian kejadian yang berlaku di dapur sebenarnya mempunyai firasat firasat yang tertentu.(SD ada belajar sedikit pasal benda ni)Eh...nak kata kata plak. Nak kata tulis kat komen la. Cakap2 gitu mana SD boleh baca. Okay ada beberapa kejadian yang berlaku di dapur yang SD tahu apa firasatnya.

KEJADIAN

pertama : kenapa bila goreng ikan, kulit ikan melekat kat kuali tu
kedua : kenapa bila basuh anggur kulit anggur masih ada kesan2 warna putih(x paham, g beli anggur n tengok kulit dia tu, ada warna putih kan)
ketiga : kenapa kalau potong bawang air mata keluar
keempat : kenapa kalau makan nasi mesti atas pinggan(kebanyakkannya)

MAKSUD FIRASATNYA

pertama : Mengikut apa yang SD belajar(ceh wah.....kekwat ko), masak ikan sampai kulit melekat kat kuali ni memang selalu terjadi dan jarang sekali terjadi kepada yang selalu memasak. Firasat yang SD tahu (aku cam ahli nujum kat sini yer) ialah sesiapa yang masak ikan kulit melekat kat kuali nampak sangat korang jarang masak.Hua...hua...hua....Abes yang korang tak test minyak tu panas ke tak watpe. Cuba la test dulu dengan membasahkan tangan sikit ngan air paip then renjis kat minyak tadi, klu dia berbunyi bising2 macam orang marah maksudnya minyak kurang panas, kalau x berbunyi maksudnya minyak x panas langsung. Okay selepas renjis tu minyak akan berbunyi bising2 sebab marah kat korang, minyak x suka air okay sebab tu diorang x bercampur. Lepas dia dah senyap masa tu la korang masukkan ikan yg nak digoreng tadi.

Nama dia Maksud, X caya buka ni
Kedua : Perkara ni SD belajar setelah bertungkus lumus menjadi penulis tegar di skrin bercahaya(laptop la...kat mana lagi). Anggur anggur yang korang bilas ngan air tadi sebenarnya x bersih lagi tau. Korang sedap je kan telan anggur tadi ngan bahan2 x sepatutnya. Perasan tak anggur yang korang basuh masih ada putih2. Okay sebenarnya cara basuh anggur yang sebenar ialah korang ambil sikit ubat gigit then sapu kat anggur tadi(mesti ada bertanya banyak mana anggur n ubat gigi) Pernah korang tengok orang makan anggur sebiji, x pernah kan. Maksudnya anggur tadi setangkai okay n ubat gigi ala2 nak gosok gigi gitu. okay yer sapu la sesapunya then bilas anggur tadi ngan air bersih (guna air Hai-O pun boleh, jangan ada yang g umah sebelah udah). Then kalau tengok semula, anggur tadi dah xda putih2nya. Then ...ermmmmm..

Ketiga : Sebenarnya korang yang potong bawang menangis tu kesian kat bawang kot. SD x abes menuntut lagi la bab ni. SD pun hairan kenapalah korang menangis. Kalau bawang boleh cakap, ala2 gini bunyi dia "Der, lu apsal nangis2, gua yang kena potong lu nangis apsal"(rentak ala2 adnan sempit) Sorry la yang ni tunggu SD abes menuntut dulu yer.

Lawak tak?????
Keempat : Okay, nampak x SD highlight kat situ 'kebanyakkan'. Apsal la korang nak makan nasi bawah pinggan. X berjenis betul la kalau korang ni kalau makan nasi bawah pinggan. Kebanyakkan di situ membawa maksud ada gak yang x berjenis buat benda2 pelik ni. Apsal!!! Dah bosan makan atas pinggan. Yang ni SD x menuntut kat mana2 sebab memang SD x pernah lagi jumpa orang x berjenis yang macam ni. (tapi korang ngah menuntut ngan SD skang ni)kan...kan.....
Betulkan....Memang x dinafikan...Highlight kat apa puan asia nak...
Haaaaaa........Itulah kesemua firasat yang SD telah sampaikan. Amacam ada gaya seorang yang berilmu tak SD hari ni. Ada kan....Ala jangan malu2 mengaku je la.(Mengaku apa????) Mengaku SD ni berilmu...hehehhehehe.....Ada sesiapa yang rasa terkena atau dikenakan atau mengena atau perkena atau kena kena. Ada!!!! Angkat tangan....Owh!!!! Ramai.....Okiey Dokiey....

P/S Entry ni sempena SD baru siap masak tadi. Dari maghrib SD masak sampai isyak baru siap.
P/S yang pertama ketiga n keempat tu nak mengenakan korang yer, yang kedua tu betul, memang SD buat kalau anggur ada kat rumah.

KENAL TAK ECRANOPLANES

Backpacker SD


Okay yer, ni maksud SD dr pak cik Google

Aku skang ni nampak trend sekarang x guna ayat ayat aku. Diorang blogger2 lebih suka kata ganti selain 'aku'. Jadi aku di sini nak bersifat lebih sopan dan feminin. Apa yang aku cakap ni, okay selepas ni x nak dah guna 'aku' nak guna singkatan nama yang baru untuk SEADEAD iaitu SD. Dengan ini secara rasminya 'aku' tak akan menggunakan 'aku' lagi. SD akan menjadi nickname aku dalam post aku yang seterusnya. Okay sebenarnya bukan ni tujuan SD nak cakap untuk entri kali ini. Kali ni Sd nak cakap pasal tajuk hari ini iaitu ECRANOPLANES. Apa itu ecranoplanes, sebelum ini SD pun x tahu apa itu ecranoplanes. Selepas membuat bacaan yang terperinci dan dengan bantuan Cik Google(wanita yer dia nie) SD dapat serba sedikit tentang ecranoplanes ni.

Ecranoplanes atau pesawat datar ialah kenderaan yang menyerupai kapal terbang tapi operasinya hanya menggunakan prinsip 'ground effect'. Ecranoplanes boleh bergerak dimana-mana sahaja asalkan tempat tu @ pemukaan tempat untuk dia bergerak ialah mendatar. Apa yang lebih penting ecranoplanes (ground effect planes =GEV) terbang rendah je dari pemukaan bawah iaitu beberepa meter sahaja dari pemukaan. GEV adalah kenderaan rekaan Rusia ketika perang dingin dan tujuan GEV dicipta ialah untuk menjimatkan tenaga dan untuk mengelakkan dari dikesan oleh radar musuh. GEV ni sebenarnya dicipta oleh Soviet Union sebagai kenderaan berkelajuan tinggi (GEV boleh bergerak beberapa ratus km/jam). Pembangunan GEV mendapat sokongan daripada Dmitri Ustinov, Menteri Pertahanan USSR. Tapi kan sayang Dmitri mati pada 1985 dan Menteri Pertahanan yang baru telah membatalkan semua pembiayaan untuk projek ini. Ada tiga jer GEV ni dan salah satunya ada di pangkalan angkatan laut berhampiran Kaspiysk.




Ecranoplane boleh tembak misil tau, bergerak sangat laju di pemukaan air tp x sentuh pemukaan air tu.



Ecranoplanes ni boleh bergerak dimana mana sahaja, tengok la ni dia bergerak di atas darat selepas bergerak diatas air tanpa perlu berhenti pun.


Tengok tu, siap bolah bawa kereta kebal g jalan jalan lagi. Hebat kan!


Fuuuyoooo!!!! Bergerak tinggi sket jer dari air. Hebat!! Hebat!! Rekabentuk sayap dia dah diubah sedikit daripada rekabentuk kapal terbang untuk membolehkan dia terbang rendah.

Gambar2 diatas diambil masa zaman soviet dulu. Gambar kat bawah ni gambar zaman sekarang plak (ada pulak gambar zaman2...gambar zaman dulu ko mana?????)


Gambar tiga yang terakhir ni diambil ketika ecranoplanes ni ditunda oleh bot tunda di sungai Volga untuk ke taman hiburan di Moscow. Mugkin ecranoplane akan jadi satu monumen yang tak akan dipulangkan kembali.


*SD tak tau la nak kreditkan kepada siapa sebab banyak sumber digunakan untuk buat artikel ni.
*SD suka membaca online ni, apa2 yang SD rasa menarik SD akan buat artikel tu di blog SD

DUNIA DI HUJUNG NYAWANYA

Backpacker SD


Memang dahsyat la aku tengok video ni. Terasa macam takut la nak beli rumah dekat ngan kawasan bukit yang dipotong. Tapi yang ni memang dahsyat kan sampai tanah mengalir macam sungai. Aku rasa kat Malaysia xda lagi yang sampai tahap ni, syukur kalau pihak JKR dapat buat kerja sebaik2nya. Jangan diluluskan sebarangan tempat yang nak dibangunkan. Tapi rumah aku tanah landai jer, kata duk kampung. Bukit ada teroka tapi tanam pokok sawit la kan. Okay la korang enjoy @ takut la masa tengok video ni.Okiey dokiey......~~~~~


kredit kepada encik Orang Muo

Award Yang Pertama

Backpacker SD


Anugerah pertama yang aku dapat dar cik puan Nurul. Dia break the rulez then dapat la aku award ni. kalau tak memang tak dapat la kan. Mekaseh diucapkan kepada cik puan Nurul. Award ni kepunyaan asal cik eddy boyz, klu korang perasan ada tulis blog dia kat award tu. Cik puan Nurul kata tujuannya nak up trffic ke blog itu, jadi melawat2 la ye. Okay skang nak cakap pasal serba serbi award ni. X payah la aku nak terang semula kan, salin & tampal (peliknya bunyi) je dari blog cik puan Nurul.


:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.
(bulat2 punya salin & tampal)

Okay sekarang dah tiba masa untuk aku mencari lima orang paling layak (ceh wah.....konon aku layak la ni kan) Okay antara lima orang tu ialah

1.Aiz
2.Chaei
3.Awie
4.syukcurz
5.Cik Na

Korang2 yang ditag amek la yer award korang tu, berat blog aku simpan award korang lama2. Yang ditag klu dah dpt award yang sama maksudnya korang ni kreatif kuas dua la kan. Memang salute la kan, kretif kuasa dua la katakan.

AKU TENGOK VIDEO NIE DUA TIGA KALI

Backpacker SD




Kalau la budak2 coursemate aku gila camni gak, konfem aku ajak diorang buat skali ngan aku...hahahahhahhaa....tapi bukan aku la yang jadi penyanyi utama.....Ni la kan bila lady gaga bertukar jadi lelaki....




In case video takde korang klik kat sini, Direct ke youtube

Karnival IKTIRAF

Backpacker SD


wah aku rasa aku sangat FELDA bila menulis post nie.....


Sebabnyer aku baru jer balik dari program ni......


Sangat bangga menjadi warga FELDA yang terpelajar........


Bersama-sama dengan orang besar kerajaan membincangkan masalah belia....


Terasa diri ini orang besar....hikh....hikh....hikh.....


The bright one in my collection



The green one that I like



Beg sandang tepi koleksi aku



Koleksi yang tiada siapa boleh minta dari aku


Menjadi xtvt aku mengumpul beg dari booth2 yang ada.......


Dan hasilnya sangat memberangsangkan.......


Pelbagai warna beg aku dapat dan dicampur dgn yg dulu......


Sangat colourful la aku punya beg......


Harap2 UTM buat byk program yg aku boleh kumpul beg lagi.....

Keadaan SemaSA dI ruMAh AKu

Backpacker SD

[Dah lama aku x balek umah aku]


[ Apa cerita aku pun tak tau la ]


[ Cerita NUR KASIH la, hehehe ]


[ Ok lah x nak cerita panjang ]


[Tengok gambar gambar ni je la]







Ni jalan masuk depan ke rumah aku








Jalan kena tutup aku masuk ikut jalan
jiran rumah aku





Luasnya longkang dia buat, Kalau aku kecik


dah lama aaku maen kejar2 dalam "torowong"












Nampaknya longkang rumah aku dah maju


Semaju KLCC kah????????

Toman pengganti Ikan Kecilku

Backpacker SD


# wahai toman-toman yang besar.
# Kenapa angkau makan ikan hiasanku.
# Oleh itu kujadikan kau sebagai pengganti

# Kau dikira beruntung kerana aku tidak memakan engkau secara hidup-hidup.
# Jangan engkau lawan kataku lagi......

......
@ Apakah aku sudah bilang sama kau

@ Jangan kau cuba melawan arahanku

@ Tetapi engkau semua degil dengan arahanku

~~Siap boleh wat meeting nak larikan diri lagi~~




> Demi mengelak kau dari terus membawa durjana pada keturunanmu yang lain

> Maka ku suruh hamba2 sahayaku membunuh engkau dan
menghidangkan kau kepadaku

> Aku pasti kaummu akan memusuhi aku untuk tujuh keturunanmu

~~Ala darah ikan toman kuar merah klu putih boleh la nak sumpah tujuh keturunan~~


> Maka dengan taatnya hambaku menunaikan pemintaanku

> Semua ini kerana sikap kau wahai Toman




....

" Cuba kau lihat~~kau dah mati mana boleh tengok~~ "

" Hasil autopsi menunjukkan engkau memang pendurjana "

" aku tidak salah lagi "

"Ha Ha Ha Ha .................. "

~~Sedap woo Toman segar goreng kari jer~~


Ala x kejam pun aku kan??????? Yang mati jer aku makan, yang hidup aku letak jer dalam akuarium. Lawa sangat corak kat badan ikan Toman tuh. Sayang nak makan jadi bela la kan. Mantainnance nak jaga x usah cakap la. Kopak duit aku. Akuarium ni kat bilik kawan aku. Yang pegang ikan tadi tuh. Hamba sahayaku.......Masa niey baru jer pas cuci akuarium tuh. Beli second hand punya kotor ya amat.........

Ok la....Selamat Bercuti.............